Wednesday, July 21, 2010

Pengorbanan

Adakah semua orang rela berkorban? Cam lagu P.Ramlee,

~~ berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia... ~~

Xsemua orang rela berkorban. Sebab paling utama, takut kebajikan diri sendiri terabai. Tuhan dah letakkan dengan cantik, setiap apa yang kiter peroleh 'wajib' dikongsi dengan orang lain. Sebabnya, bukan semua yang diberikan kepada kita, milik kita. Sedar xsedar, semakin hilang manusia yang sanggup berkorban dalam dunia ni. Masing2masing mengejar 'dunia' masing-masing, sehinggakan tanpa disedari ada insan yang sangat dekat dengan kita merasa sangat terabai dan tersisih. Astaghfirullah.. Jauh sungguh kita terlalai. (mengingatkan diri sendiri yang kadang juga terlupa dengan kelebihan yang dikurniakan-Nya..)

Ada satu cerita yang nak dikongsi bersama. moga-moga ia menjadi teladan kita bersama, InsyaAllah.. Cerita pendek yang dalam kehidupan seharian dilalui, tapi tanpa sedar sangat memberi makna dan berjasa...

PENSIL : Maafkan saya pemadam..

PEMADAM : Kenapa? Awak tak wat salah ape2 pun..
PENSIL : Maafkan sy sbb setiap kali sy wat salah, awk sentiasa ada utk padam kesalahan sy. Tapi, setiap kali awk padamkan kesalahan sy, awk akan jadi makin kecil dan kecil.


PEMADAM : Sy tak kisah.. Dah jadi tanggungjawab sy padamkan kesalahan awk. Walaupun 1hari nanti sy sedar, sy akan lenyap dan awk akan gantikan sy dengan pemadam yg lain..
Memang tidak terjadi pemadam dan pensil berkata dan berbual bicara. Namun, ia bukan suatu mitos atau cerita nenek moyang. Ia adalah kenyataan di depan mata setiap manusia. Hanya sedar atau tidak, ia berada di sisi kita, sama seperti kita tidak menyedari kehadiran seorang insan yang sentiasa ada di sisi dan melakukan PENGORBANAN...


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

1 comment:

Abang Stalker said...

pengorbanan yg xde tolok tandingannya adalah pengorbanan ibu dan bapa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...