Monday, August 2, 2010

RPS Banun dalam kenangan...

Hahaha.. suka rasa hati ni bila tengok muka keluar paper.. huhu.. i like..



Nie keratan akhbar KOSMO (Isnin, 02 Ogos 2010).. beli jangan tak beli! promote you..

Tak ada nak citer apa sangat pun. Program ni bersempena Ko-K khidmat masyarakat bagi kursus kami untuk yang terakhir kalinya. Lepas ni, dah tak ada ko-k lagi.

Sepanjang program ni berlangsung, banyak iktibar yang diperolehi. Antara yang paling terkesan di hati dan masih terngiang-ngiang di telinga ni, saat slot aku mengendalikan Program Bijak Belajar untuk slot kedua "Mencapai Matlamat".

Sedar tahap pendidikan anak orang asli berada di satu tahap yang perlu perhatian khusus, aku sedaya-upaya menyelami dasar naluri dan cuba berada di satu tahap yang sama seperti mereka. Menjadikan diri aku seperti kanak-kanak seusia mereka dan cuba memahami semula erti bermain. Alhamdulillah, aku merasakan satu perasaan yang tuhan sahaja tahu bahawa aku amat merindui suasana sekolah.

Aku : Ni apa? (sambil tangan kiriku memegang sebiji bola dan menunjukkan ke arah mereka.)

Mereka : Bola !

Aku : Pandai. Eja bola sama-sama. 1, 2, 3..

Mereka : B, O, bo.. L, A, la.. BOLA

Aku : Bagus.. (Seronok aku melayan mereka.. ) Bola dalam bahasa inggeris aper? (teringat aku tiba-tiba kepada budak tesl.. hurm..)

Mereka : Ball !
Aku : Pandai. (sambil tersenyum.. ) ok, akak nak dengar adik-adik eja ball sama-sama.. 1, 2, 3..

Mereka : B, O, L.. bol !

Satu kantin tempat kami membuat program itu bergema kuat dengan gelak tawa orang ramai, terutamanya classmate aku. Tak ketinggalan juga para pensyarah, juga guru-guru adik-adik tersebut. Aku pun tak terkecuali. Namun, terdetik di hati, ada kekurangan yang besar juga jurang yang terlihat di depan mata yang perlu ditutup dan dilindung dari membiarkan adik-adik ini terus jatuh tersungkur.

Aku cuba mengawal keadaan semula. Hati mula dirundung sayu dan sedih melihat mereka begitu. Sebak di dada tuhan sahaja yang tahu. Subhanallah, Maha Suci Allah yang menjadikan manusia berbeza-beza. Kekurangan mereka menuntut kita yang dikurniakan kelebihan untuk berfikir cara mengatasi dan membantu sedaya mungkin.

Aku : Salah lah dik. Kita eja ball sama-sama ye. Ikut akak eja. B..

Mereka : B..

Aku : A..

Mereka : A..

Aku : L..

Mereka : L..

Aku : L..

Mereka : L..

Aku : Ball..

Mereka : Ball..

Aku : Pandai..

Sehingga sekarang, peristiwa itu masih segar dalam ingatan aku. Terlalu besar beza dan jurang antara mereka dengan bekas anak murid aku. Jauh mereka tertinggal sehingga kita kadang tanpa sedar terlupa akan mereka yang amat memerlukan perhatian. Semoga kita bukan berada dalam golongan hamba-Nya yang lalai. Amin..


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

2 comments:

Abang Stalker said...

:) amin..semoga sy juga bkn dikalangan org2 yg lalai.

Saiazuan said...

waaa best nyeeeee :D

sronok layan kanak2 ni, innocent je :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...