Friday, December 17, 2010

Aku terlalu KECEWA

Lama kot kita tak berjumpa. Kenapa yer? Huh.. Aku tak tahu apa yang nak dikongsikan sebenarnya. Tapi yang nyata, aku sekarang berada di 'syurga dunia' (rumahku syurgaku). 

13 Disember 2010, hari terakhir aku menjawab exam. Kecewa? Aku tak tahu apa yang aku rasa. Aku kecewa dengan diri aku sendiri. Aku belum pernah rasa kecewa yang membuatkan aku cuba untuk menghilangkan diri dari semua seperti sekarang ni. Apa yang aku buat? Aku cuba untuk tidak berhubung dengan sesiapa. Kenapa aku macam nie, aku sendiri tak tahu. 

Aku dah cuba yang terbaik untuk exam. Dua paper yang buat aku terlalu down; Financial Management II dan juga Applied Statistics. I'm learn from ZERO with anything in my mind about both of da paper, but apa yang terjadi pada hari kejadian, sangatlah mengecewakan. Sangat-sangat.

Mungkin untuk paper yang kedua (Applied Statistics) aku masih boleh menyembunyikan kekecewaan aku. Tapi untuk paper pertama, memang aku sedih sangat-sangat. Basah paper tue dengan air mata aku. Sepertinya aku tak pernah study, sedangkan aku dah berhempas-pulas memahami setiap apa yang aku pelajari. Tawakkal jalan terakhir aku untuk kedua-dua paper itu.

Tue pasal exam. Pasal yang lain pula. Biasa lah hidup di asrama. Hurm.. Aku masih bukan seorang sahabat yang cukup baik mungkin. Even aku dah cuba sedaya-upaya menjadi seorang SAHABAT, aku masih bukan sesiapa bagi sesiapa di sana. Kenapa kehidupan ini terlalu menyakitkan kadang-kadang? Oh, tuhan sedang menguji kekuatan aku sebagai hamba-Nya. Tapi, aku kadang tak terdaya menahan semuanya. Aku cuba berlagak bahagia dan seperti tiada apa-apa yang melanda, tapi aku manusia biasa.

Aku sangat berharap, pengajian aku tidak mengambil masa yang lebih dari yang dijangkakan. Moga-moga aku tamat pengajianku. Mungkin, aku bukan ditemukan bahagia di situ. Aku cuba redha dan pasrah. Teman yang ada akan aku kenang sampai bila-bila. Moga-moga semua bertemu bahagia.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

4 comments:

::wif lil secrets:: said...

relax gang...saye memahami anda..ta mo la cdey2 kay...chillax.. :)

izfanora said...

tq.. cuba utk releks..

geekz36 said...

kadang2 dah baca tp time exam blur gak. sabarlah menghadapi

izfanora said...

nie bkn kes blur.. nie kes soalan membunuh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...