Tuesday, December 7, 2010

Bapak Pac Man

Salam tahun baru semua. Semoga tahun baru menceriakan dan menjanjikan keadaan yang lebih baik dari yang sebelumnya. Semoga hajat dan azam tahun lalu tercapai. Jangan letak azam yang terlalu tinggi setinggi langit sehingga tak bisa dicapai, tapi gantungkan azam di tempat yang mampu digapai. Bila tak berjaya, masih mampu diusaha.

Entri hari ini bukan mahu bercerita tentang tahun baru. Bukan tak mahu ambil kesempatan yang ada, tapi, kebanyakkan blog bercerita tentang tahun baru. Kita tukar sikit topik. =) Tak salahkan?

Baiklah. Saat ini, aku bersama teman-teman masih dengan hal masing-masing. Kehidupan di hostel, biasalah. Ada yang sedang menonton, ada yang study (maklumlah, exam tak habis lagi), ada yang duduk bercerita, tak kurang juga yang laju menaip. Hahaha.. Macam aku lah tue. Tujuan aku pulang awal ke hostel sebenarnya nak study untuk paper terakhir pada 13 Dis ini, Applied Statistic. Tapi malam nie macam malas sahaja nak buka buku. Tak tahulah kenapa. Esok pula cuti umum. Macam pelik dan janggal study cuti-cuti nie. Apa boleh buat, nasib badan.

Aku nak kongsi cerita pasal satu soalan yang ditanya oleh adik bongsu aku mengenai satu 'online game' suatu hari dulu.

"Kenapa kakak tak tahu main ni? Asyik kalah saja. Dulu akak tak belajar ke?"

Bayangkan, dia baru sahaja berusia 7 tahun. Setiap hari, dia pasti bermain 'online game'. Kami sekeluarga tak pasti dari mana dia pandai belajar search permainan tersebut. Macam-macam permainan, yang mana nama-nama permainan tersebut sempena cerita kartun yang dia tonton di televisyen.

Yang nak dikongsikan bersama anda semua adalah pertanyaan dia tue. Sangatlah advance sampai soalan sebegitu yang ditanya. Kalaulah aku boleh cakap kat dia macam nie,

"Wahai adikku. Zaman akak dulu manalah ayah mampu pasang internet. Dah tue, nak tekan keyboard nie pun punyalah cuak. Takut rosak. Kalau dapat main pun, mainan Pac Man jer dik oi."

Korang pun mesti penah main Pac Man kan? Bila diingat balik, zaman dah berubah. Kanak-kanak sekarang terlalu advance kalau nak dibandingkan zaman kita dulu. Kemajuan di hujung jari buat kita kadang tertinggal dengan yang ada di depan kita. Tanpa sedar kita ketinggalan.

Semoga kita sama-sama belajar. Kalau dulu Pac Man 'membesarkan' kita, kini 'Bapak Pac Man' bersepah merata-rata. =)


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

3 comments:

MeIsMe said...

time dulu kita noob pasal internet2 ni.. dolu2 tengok orang chat kat cc macam pe je. tulisan je banyak. satu pun tak paham. yang tahu main game je gi cc. :D (time pmr gi cc. gila betol. bukan nak study) XD
dlu game2 yg ada pun mcm pac man tu. skang ni dak2 kecik pun dah tahu macam2 perkara berkaitan internet. memang kita ketinggalan jauh sangat. tertinggal dalam IT je tapi dalam pengalaman hidup tak.. :) dak2 skang yg tak de life sebab duk depan pc je.. :)

izfanora said...

hahaha. betul tue.. kita byk pengalaman sbb kita tempuh benda realiti.. dorg tempuh alam maya..

::wif lil secrets:: said...

babe, jum join ney http://bloglarian.blogspot.com/..jum2...me da tag u taw.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...