Tuesday, January 4, 2011

Jangan Jadikan Wanita Itu Boneka

Pesona wajah indah bidadari,
Si pari-pari menari hiasan dunia,
Bunga di taman mekar wangi, 
Getar jiwa si perkasa jejaka,
Melihat cantik utusan Ilahi.

Dihadiahkan Hawa buat Adam,
Zulaikha teman si tampan Yusuf,
Dicintai Khadijah oleh Muhammad,
Buat teman jua penenang,
Kala suram jadi penerang.

Wanita itu anugerah,
Wanita itu tanggungjawab,
Wanita itu kawan,
Wanita itu rakan seperjuangan,
Wanita itu kekasih sepanjang zaman.

Jangan kau jadikan wanita itu boneka,
Kau jadikannya alas,
Kau patahkan rusuknya yang sedia bengkok,
Kau biar dia derita,
Kau biar dia buta,
Tanpa mengenal siapa itu Maha Pencipta.

Cinta itu anugerah,
Wanita jatuh cinta,
Pada kau bernama jejaka,
Tanpa diminta, dengan rela sepenuh jiwa,
Namun dipersia.

Hadir wanita di dunia,
Hadir wanita dalam jiwa,
Hadir wanita permaisuri takhta,
Mungkin tidak lama,
Mungkin seketika,
Mungkin tak selamanya.

Hargainya selagi bumi berputar,
Sayanginya selagi jam berdetik,
Kasihinya selagi jantung berdenyut,
Biar dia berimam,
Biar dia punya penunjuk,
Arah juga jalan,
Tanpa menuju jalan kesesatan.



Nota kaki: Dedikasi puisi ini buat adik Sha yang disayangi. Sabar menempuh cubaan hidup yang penuh onak dan ranjau.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

7 comments:

d_tieah said...

Ni untk org putus cinta ke?
Hehe..
Ade bakat, mmg puitis..
Gud job..

izfanora said...

lebih kurg kot.. tp, bkn putus cinta. nie utk org yg xtau menghargai cinta.. :P

tq yer.. sy suka menulis puisi..

DIRIKU said...

suka buat puisi juga ek? :D

SHZ said...

cinta antara benda yg paling complicated di atas muka Bumi ni...

sad but true...hehe

izfanora said...

@DIRIKU: sangat suka buat puisi.. :)

izfanora said...

@SHZ: tau xper.. bila nk kawin? hahaha..

MeIsMe said...

baru terbaca nukilan ni. huhu
dah lama tak blog walking. terbaekk ieza.. hargai cinta sentiasa. CINTA tidak boleh di beli kerana tiada kedai menjual cinta. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...