Thursday, July 28, 2011

Aku harus menerima kenyataan !

Assalamualaikum. 

Aku sangat sedih. Sangat. Biar aku meluah apa yang aku rasa.

Ramadhan yang bakal tiba sering kali membuatkan aku terkenang seseorang yang tak mungkin luput dari ingatan. Suatu saat dulu, aku punya seorang peneman paling setia. Mintalah apa sahaja, pasti akan ditunaikan tanpa sebarang rungutan. Aku merasakan dia akan sentiasa bersamaku sampai bila-bila, tapi ia hanya angan-angan aku. Tiada apa yang kekal di dunia ini dan AKU HARUS MENERIMA KENYATAAN !

Setiap kali Ramadhan, aku CUBA meluputkan memori pahit itu dari ingatan. Tapi, malam ini ianya ternyata bermain sekali lagi dengan keadaan yang paling menyedihkan. Mungkin kenangan waktu dulu hanya muncul sekali sekala, tapi malam ni ia sangat nyata bila ada seorang teman yang sangat tabah memberi aku keceriaan rupanya dalam kesakitan.

Suatu ketika dulu, bila tabir Ramadhan datang menjelmakan diri, orang ramai bersuka menyambutnya. Aku cuba untuk turut serta, namun aku tak berdaya. Aku perlu menjaga seseorang yang sangat-sangat aku sayangi. Dia nyawaku. Dia lebih mengetahui apa sahaja kegemaranku berbanding siapa sahaja. Pernah sekali hari raya, dia telah membelikan aku baju raya, sama sepertinya. Hanya aku, dan bukan yang lain.

Ramadhan itu, 1999, meninggalkan satu kenangan yang tak mampu aku lupa. Setiap malam, aku berada di sisinya untuk mendengar ceritanya. Macam-macam versi cerita yang kadang-kala aku tak faham tapi aku dengarkan saja. Bila saja dia mahu makan, aku suapkan ke mulutnya. Begitu juga bila haus dahaga. Aku sangat menyayanginya.

Suatu hari, dia berkata, "Tengok kat luar tue. Ada van datang. Nak datang amik Wan lah tue". Aku menjengukkan kepala di jendela. Melihat kalau-kalau ada kelibat van di mana-mana. Kosong, sunyi, tiada apa-apa kenderaan. Aku bertanya kepada kakak abahku. Dia hanya menggelengkan kepala.

Malam itu, aku seperti biasa bersamanya lagi. Lebih ramai yang datang menziarahi. Dia seperti biasa, ceria, cuma wajahnya lebih pucat daripada biasa. Pagi keesokkannya, aku pulang ke rumah menyiapkan badan sebelum ke rumah Wan semula. Tapi, suasana riuh rendah kedengaran dari rumah Wan yang hanya beberapa meter jaraknya dari rumah aku. "Wan tenat !", kedengaran suara abah dari luar bilik. 

Aku berlari sambil menangis ke rumah Wan. Masing-masing ku lihat di sisinya. "Wan !", aku hanya mampu memeluk sekujur tubuh yang pucat lesi. Aku melihat saat terakhirnya dengan jelas. Wajahnya bersih tersenyum. Ramadhan itu aku ditinggalkan dengan kenangan paling menyedihkan. Van yang semalam ditunggunya telah tiba hari ini. Saat ini, aku faham akan segala apa yang dikatakan olehnya. Mungkin waktu itu, aku terlalu kecil untuk memahaminya.

Sehingga saat ini, aku masih terasa hangat tubuhnya memeluk dan mencium pipiku. Aku masih terasa lembut tangannya menyisir rambutku. Masihku terasa keenakan masakan cendawan tumis kegemaranku dan kuih bahulu bakar. Aku juga masih ingat kecantikan baju raya kami bersama berwarna coklat.

Pernah aku coretkan kisah kami suatu ketika dulu. Kini, buat seorang sahabat yang tabah, aku mohon kau tabah menghadapi dugaan tuhan. Hanya insan terpilih sahaja yang menerima dugaan sepertimu. Aku berdoa dan sangat berharap semoga Ramadhan ini kita sama-sama menjalaninya dengan penuh kesabaran. Aku juga berharap, ada lagi Ramadhan untuk kita tahun hadapan dan seterusnya. Tabahlah wahai teman.


*Al-fatihah buat arwah Wan tersayang, Musripah. Semoga rohmu dicucuri rahmat. Cucumu ini tak pernah sekali melupakanmu. Memori bersama dan nasihat akan sentiasa tersemat di hati.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

13 comments:

Abang Stalker said...

al fatihah utk wan..

entri ni bt abg menitiskn airmata..

jeBateja said...

wahhhh...rapat dgn Wan erk...semoga ROHnya di cucuri RAHMAT...IsyaAllah

Wanie said...

sabar ye..hidup perlu diteruskan..sebab ni ke izfa sedih2?

Prince Halilintar said...

banyakkan berdoa dan sedekah kan Al-Fatihah kpd wan ye..mudah2an dia aman disana..

Shawn Razaleigh said...

doa mengiringi.

iPai said...

doa dan alfatihah untuk wan .. izfa kuatkan semangat k ..

Siti Nurhayati Dollah said...

Al-Fatihah, dan titipan doa semoga arwah Wan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

cha zainol said...

al fatihah. semoga arwah tenang di sana.amin~

iKhRam said...

kehilangan memang sgt perit. al fatihah.

Kapten Atok said...

hanya yg pernah rasa kematian org terdekat tau rasa tu

muhamad hanif said...

Err,


takziah..yang hidup akn mati..


Al fatiha =)

ekmal said...

teringat kt arwah sahabat handai + ahli keluarga jauh & dekat yg telah pergi..sama2 doakan mereka

al-fatihah

azwa amani said...

RASA NAK NANGIS BACE ENTRY NI... AL-FATIHAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...