Saturday, July 30, 2011

Aku jatuh cinta ?

Assalamualaikum kawan-kawan yang disayangi sekalian. *Mood kena happy. Korang kena excited baca entry nie. Kena senyum lebar-lebar sampai ke telinga okay. Aku nak korang happy tau. Mesti ! No excuses !


Okay, terkinja-kinja plak nak taip entry nie. Gedik pulak aku rasa. Hahaha. Cool, tarik nafas, hembus. Korang nak tahu tak cerita best nie? Sapa lah yang malang sangat tue yer boleh sangkut dengan aku. Hahaha.


Sebenarnya, aku jatuh cinta dengan cerita-cerita di bawah arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Yang rapat-rapat dengan aku tau lah kan hari tue aku tak berapa nak sihat sangat. So, bila baring je atas katil, aku kebosanan yang maha hebat. Sebelum nie, aku pernah tengok satu je filem beliau, iaitu Mukhsin. 


Bila aku tak berapa nak sihat hari tue, aku pun tengoklah cerita beliau daripada Sepet, Sepet 2: Gubra, Talentime, Muallaf dan Mukhsin untuk kali kedua. Aku sangat jatuh cinta dengan pembawakan cerita yang bersahaja dan penuh mesej. Aku suka sangat-sangat. Aku tak tahu nak cakap macam mana, tapi, filem beliau menunjukkan bahawa beliau adalah seorang yang sangat penyayang, macam aku. Okay, poyo di situ. 


Betul aku cakap. Aku tak suruh korang tengok, tapi kalau korang tengok itu satu bonus. Ada mesej yang ingin disampaikan. Negara luar boleh mengiktiraf filem beliau, tapi aku tak tahu kenapa filem beliau tak meletup sangat kat Malaysia. Tinggi sangat ke taste rakyat Malaysia ni sampai cerita rakyat macam tue dah tak lalu nak telan ? Pasal kontroversi cerita beliau semua tue, aku tak nampak apa yang kontroversi sangat. Cerita lain yang pegang sana sini tue tak pula nak kontroversi. Apa pun tak boleh !


At least, aku sihat dengan cerita-cerita macam tue. Aku rasa tenang je tengok cerita beliau. 


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

9 comments:

SYAFIQAHSALEH said...

semua cerita arwah mmg bermesej :)

alexa yussida said...

setiap filem die ade msg tersirat yg nak disampaikan dan smuanya kudis dalam masyarakat kite tp mereka tak sedar n tataw nk hargai..huhu

jeBateja said...

kawe nak tgk...tapi tak sempat....maklum le...keja kilang....keja tak tentu masa...ahakz

iKhRam said...

Bukan anda sorang jer.. saya turut menghargai dan menyanjung karya2 allahyarham..

sekarang, terasa sunyi bila ke panggung.. huhu.. terlalu merindu karya2 baru beliau yg sudah pasti takkan ada.. huhu

paling gemar, filem mukhsin.. yg lain2 seperti muallaf dan talentime.

semoga allahyarham dicucuri rahmat oleh Nya.

Al fatihah

adan said...

yess.. cerita arwah mmg pebuh dengan mesej.. sepet best.

Siti Nurhayati Dollah said...

Arwah dibesarkan dalam keluarga yang sangat rapat dan penuh kasih sayang, jadi filem-filem arwah juga banyak mengetengahkan rasa kasih sayang tu. :)


* suka sangat tengok sinemetografi dalam filem dan iklan arahan arwah Yasmin Ahmad

Yumida said...

yup..sy pn emo klo tgk citer2 jiwang..sad.. smpai terbw2 lam mimpi..

slmt brpuase yer...

iPai said...

ingatkan jatuh cinta dgn bro stalker td .. hee, cite dia memang best r ..

saya plg suka cite Talentime .. uhuh .. sgt best !!

L said...

dtg sini bg senyuman, nk bawak milo tp xleh, pose kaaan =)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/selamat-berpuasa-ya.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...