Sunday, July 3, 2011

Aku Merayu

Biar lewat malam menyaksikan
Betapa aku tenggelam dalam tangisan
Hanya kerana kau seorang insan

Bukan aku tak punya iman
Atau lemah tanpa kekuatan
Tapi masa tak merelakan
Ia terpaksa, sudah ketentuan

Semua salah aku
Semua khilaf aku
Semua terjadi sebab aku

Ya, kau insan mulia !
Aku hina
Aku tak bermaruah
Aku manusia sering alpa

Carilah yang setarafmu
Carilah yang sesempurna kamu
Jauhlah dari aku
Aku merayu !

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

4 comments:

Hati Batu said...

sabar2...setiap yg berlaku tu kan ada hikmahnya....cuma kita perlu masa untuk selami dan memahami..tak baik baik kak ckp cmtu...

sbb kadang2 apa yg kita tak nak tu Allah cuba dekatkan untuk menguji kita...doa yg baik2 je...

bukan mengajar org yg lebih dewasa..tapi sy skadar menasihatkan diri sy sndiri hehe....

maaf kalau ad salah.. :)

izfanora said...

terima kasih. nasihat menasihati itu tak mengenal usia. siapa kamu? ell?

sifu im said...

merayulah kepada DIA

izfanora said...

iyer, mungkin kadang kita lupa. terima kasih mengingatkan.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...