Thursday, July 21, 2011

Apa pun tak boleh !

Assalamualaikum semua. Hari ni, entry keluar petang pula. Selalunya pagi atau malam. Oh, ini semua gara-gara aku telah ditugaskan oleh abah untuk pergi membayar bil di pejabat pos. Kenapakah? *Dah aku sorang je duduk goyang kaki kat rumah nie tanpa pekerjaan. Tapi, aku bukan penganggur okay ! :(


Sebelum aku terlupa, aku nak cerita sikit pengalaman pertama kali aku nak pergi bayar bil kat pejabat pos. Untuk pengetahuan korang, tahun nie adalah pertama kali dalam hidup aku pergi ke pejabat pos untuk membayar bil. Sebelum nie, aku tak tahu pun nak bayar bil dekat mana (giler hulu aku duduk). Nak dijadikan cerita, adalah dialog antara aku dengan abah aku yang tersayang tue.


Abah: Nje, sok tolong gi bayar bil dekat pejabat pos (sambil tangan menghulur sampul surat yang mengandungi bil dan duit)

Aku: Mana nje tahu. (sambil mengambil sampul surat yang diberi)

Abah: Esok, masuk pejabat pos tengok kiri kanan. Cari mesin nombor giliran tue. Tekan butang A. Nanti, ambil slip nombor tue. Pastu, duduk tunggu sampai nombor dipanggil. Bila nombor dipanggil, pergi kaunter. Cakap kat orang yang jaga kaunter tue, nak bayar bil. Bagi bil kat dia. Bila dia cakap jumlah bayaran, bagi duit. Lepas tue, dia pulangkan bil yang dah berbayar. Ambil, pastu balik lah.

Aku: Ooo.. (apa pun tak boleh !)

[nota: nje tue nama panggilan aku singkatan dari manje. Adakah aku sangat manja? Abah aku je yang tahu. :P]

Adakah ayah korang pun macam tue? Atau adakah aku terlalu 'apa pun tak boleh !' sehingga terpaksa di'explain' sebegitu rupa? 

Memang abah aku seorang yang formal bila terangkan sesuatu, lebih-lebih lagi dekat aku. Adakah aku masa kecil dulu 'lembab'? Oh, aku pun tak tahu. Huhu.

Tapi, cerita sebenar yang aku nak cakap hari ni adalah apa yang berlaku kat pejabat pos pagi tadi time aku pergi membayar bil setelah berkali-kali. Aku dah ingat cara membayar bil okay !

Aku pelik sebab pejabat pos tue dah lah ramai orang datang, tapi pekerja tak cukup. Kaunter ada tiga, tapi, tak pernah pun aku tengok tiga-tiga kaunter buka walaupun kadang giliran menunggu ada 100 orang lagi ! Apa pun tak boleh !

Lagi satu, kata je peti cadangan. Tapi, aku rasa, pekerja kat situ pun tak pernah tengok apa yang dicadangkan oleh orang awam. Macam mana nak maju. Yelah, aku cakap sebab hari nie jer dah 21 Julai. Aku ternampak satu surat cadangan ni bertarikh 2 Jun. Nak kata sebulan sekali kutip kertas cadangan, 2 Julai dah lepas dah. Tak pe, aku fikir positif. Mungkin 2 bulan sekali kot dorang kutip kertas cadangan tue. Tapi kan, kalau tengok kondisi kotak cadangan tue sendiri, dah macam setahun tak berusik. Sebab dah bersawang-sawang. Apa pun tak boleh !


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

12 comments:

Abang Stalker said...

hahaha..

anje duk kt mn ni? :P kecian..pjbt pos kecik ye.nti abg report kt adun kwsn srh upgrade pos opis ye anje.

psst**bkn main manja lg~haha

Syazwan Che Deraman said...

report kat pegawai atasan terus!!

Kapten Atok said...

hahaha. penerangan ayah ko menunjukkan ko ni 'lembab'.

tp NJE aku suka!

Shawn Razaleigh said...

nje bayar lah guna internet. skrg kan semua canggih.

ni apahal gua guna nje jugak ni. miahahahahu

qellissa said...

kalau akak pun tak reti nak bayar segala bil tu..hihihi

Wanie said...

haha..sampai macam tu sekali ayah manje explain ye..
eh manje lak..keke

mungkin kertas cadangan tu diorang biarkan kat situ kot..
lepas dah bace letak balik..kekeke

Tukang Karut said...

memang sesuai dengan nama... hoho... manja... tapi apa nak kesah...

syafiqakarim said...

hai manja.hahah
ah,byr bil pon tak reti?
muehaha.. tak pa tak pa.

betul.post office selalu mcm tu.
kaunter sikit je buka -.-

anismelon said...

nje..manje gitu..kikiki..anis pon cm nie gak..kalo leh sume nak harapkan ayah..kadang tawu tapi malas..weee..:p..teruk perangai..tp kadang kadang jela..

iPai said...

bila tempat gini, diorg memang macam tak kesah, sebab org lain konfirm2 datg situ bayar .. kalau dapat improve, mesti ramai suka kan ..

ur abah sama macam saya .. ahah .. suka explain panjang2 ..


nak tukar laa .. nak panggil nje ..

Arpiiz said...

kita dulu tengok macam mana ayah kita bayarkan..hehe

yayath said...

hai...sy org baru kat cni:)

sy pun baru 1st time bayar bil sendirik..bayar bil untk tempat keje..hehe..ingat susah mane bayar bil..rupenye senang jek..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...