Wednesday, July 20, 2011

Berkesan ke?

Assalamualaikum semua. Part letak tajuk memang aku fail. Tak tahu lah kenapa payah sangat aku rasa nak letak tajuk yang bersesuaian dengan entry aku sampaikan kadang-kadang aku tukar tiga empat kali sebab aku rasa tajuk aku lari dari topik yang aku bincangkan. Intro nak gempak jer kan.


Okaylah. Hari nie aku nak bincangkan sikit pasal isu yang aku baca kat paper tengah hari tadi dan juga ada keluar berita pukul 8 tadi kat tv3. Aku rasa mesti ada antara blogger pun dengar jugak pasal benda alah nie. Pasal penetapan tarikh memperbaharui lesen ditetapkan mengikut tarikh lahir.


Memang apa saja yang dibuat atau diputuskan akan ada baik dan buruknya. Tapi, aku tak tahu kenapa aku asyik terfikir yang buruk daripada yang baik. Pelik lah. Aku dah cuba fikir yang baik-baik, tapi tak boleh. Antara yang aku fikir:


1. Renew lesen biasa kita buat setahun sekali. Aku rasa, bukan susah sangat nak ingat pun. Sebab, setiap kali renew, tarikh yang sama juga tamat tempohnya. Aku pun boleh ingat dah macam hari lahir dapat lesen lah. Ada beza sangat ke tarikh hari lahir ayah, tarikh hari lahir mak, tarikh hari lahir abang, tarikh hari lahir lesen? Macam tak ada beza je kan. Hahaha.


2. Kadang-kadang, tarikh lahir sendiri pun kita lupa. Betul tak? Mungkin bukan korang lah. Tapi, aku sendiri pernah terlupa tarikh lahir aku. So, tak ada point pun wat camtue.


3. Akan terlupa juga kalau pada tarikh tersebut kita ada perkara emergency. Normal lah, kadang ada candle light dinner ker, orang nak belanja makan ker, ada doa selamat ke. Yelah nak celebrate birthday. Tak ke kita akan lupa juga nak renew lesen kita disebabkan ke'busy'an kita?


4. Yang nie memang aku rasa berapi sikit sebab alasan yang diberikan kenapa ditetapkan benda alah nie adalah bila orang ramai beri alasan terlupa ! Okay, namanya pun alasan. So, adakah lepas nie bila kena tahan polis sebab tak renew lesen, mereka-mereka akan berkata, "Maaf encik. Saya terlupa hari ni hari lahir saya !"
+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

20 comments:

Tukang Karut said...

alasan tetap alasan... lepas ni akan ada orang mengaku dia hilang ingatan pulak akalu pak polisi tanay mana lesen...

Abang Stalker said...

sy pun rs sme je klu di bt ikut tarikh sdri.xde kebaikannya..


tmbh lg,wkt hr lahir lg la org bz..p celebrate ke kn. :P


alah..ni taktik polis nk menyaman la ni.kang klu org ckp 'sy lpe la nk renew'..kompem kne boom blk.

cha zainol said...

aku pon fail nak letak tajuk. tajuk selalu last aku buat. kadang kadang mmg tada kaitan langsung. hu~

Syazwan Che Deraman said...

thanks sebab drop by..selalu drop by awak nie..saya perasan.welcome to my bloglist.

muhamad hanif said...

maaf cik,

saya semut..perlu ke berlesen ni ?



AHAHHAHAHAHAHHA

Wanie said...

haha..tak perlu kot nak buat macam ni..lesen dok dlm poket hari2 tak kan susah nak ingat..

Huszaini said...

ahh... ngarut laa depa nak wat camni... tah hapa2...

izzad b* said...

tangungjawab kan... oklah kot, tarikh penting 2, klu x ingt jugk x taulah

singgah n rock the vote!!
http://izzadbaharuddin.blogspot.com/2011/07/rock-vote.html

iPai said...

kene letak reminder .. lagi senang

iPai said...

tak setuju kalau wat tarikh lahir .. nak g enjoy2 .. hehe .. tkan nak sambut kat pejabat jpj .. apa kat wat hari selepas tarikh lahir .. ok dak ?

Kapten Atok said...

hari lahir ko bila?
eh blh aku renew kan lesen ko. haha

Valenvenge said...

buat je lesen seumur hidup...xya nk renew da huhu :P

alif haris said...

hahhaa .. pasni bg la alasan kt polis yg sy dah hilang akal sejak 2 e hari yg lepas :D

ZackJ said...

kebanyakan idea2 pak menteri yang ada skrg ni semua bengong...maaf la kalau terkasar bahasa...

Mr feckry said...

ok juga cadangan tu

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

kalau dah wat salah tu mesti tetap akan cube cari alasan untuk mempertahankan diri :)

anismelon said...

anis susah lupe kalau berkaitan ngn anis..hehehe..lagian kalo sal lesen lesen nie.ayah selalu ingt..setiap nak dekat tarikh ayah akan tny..haaa..

cik sakura said...

macam tak best je..lepas ni kalau birthday pertama sekali kena ingat kena renew lesen..arghh..xbest2..

iPai said...

nje jangan lupa renew lesen ye .. hehe

kenpoo said...

laaaaaaaaa..aku lesen pun xbuat lagi..hahah..leceh la nak buat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...