Tuesday, July 12, 2011

"Ibu, beri aku RM100.." | CM1

Ini kisah aku. Seorang anak yatim yang kehilangan bapa sejak usia aku 12 tahun. Menyelusuri hari-hari mendatang, aku hanya ditemani seorang ibu yang sangat pengasih dan memahami serta seorang abang yang sangat 'rosak'. Namun, aku bahagia dengan kehidupan aku bila ibu sentiasa di sisi.


Aku dilahirkan dari keluarga yang susah. Seperti pepatah, "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Tapi, aku bersyukur dengan segala rezeki kurniaan-Nya. Melihat rakan sekuliah bergaya sakan dengan pakaian cantik, bertatarias indah dengan coletan maskara di mata, kadang timbul rasa cemburu untuk turut sama bergaya. "Tolonglah jangan kampung sangat", pernah satu ketika, telingaku menangkap sindiran keras dari rakan sekuliah. Aku dikatakan tidak 'up to date' dan ketinggalan zaman.


Selalu aku menangis mengenang nasib keluarga. Ibu hanya mengambil upah menjahit. Itupun sekiranya kondisi tubuhnya sihat. Dua tahun lalu, ibu disahkan mengidap barah hati. Kerap kali batuknya memecah keheningan dan kesunyian malam. Pernah aku suarakan untuk berhenti belajar bagi menampung perbelanjaan keluarga, namun aku dilarang keras oleh ibu. "Kalau boleh bagi ibu sebiji banglo, tebus tanah arwah ayah, ubat abang sampai berhenti menagih, baru ibu izinkan angah berhenti belajar". Oh, ibu sungguh tabah !


Aku tersedar dari lamunan panjang saat suara lembut ibu memanggil mengajak makan malam. "Angah tak lapar ibu. Ibu makanlah". Aku tidak mahu ibu melihat aku menangis. Sengaja aku menolak ajakannya. "Esok ibu berilah RM100 yang angah minta tu. Ibu belum ada duit lagi malam ini". Hatiku sungguh sayu mendengar suara ibu memujuk. Ibu, tahukah engkau bahawa aku baru sahaja tahu ada penawar bagi penyakitmu itu. Aku hanya kekurangan RM100 sahaja untuk mencukupkan simpananku menjadi RM3000! Ya Allah, moga RM100 itu mampu ku cari dengan jalan yang lain selain daripada meminta ibu.





tag:

2. a'an

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

17 comments:

[sutera kasih] said...

sedih jgk cerpen ni..

iKhRam said...

sedihnya hati.. teringat mak kat kampung.. huhuhuh !!

izfanora said...

@sutera kasih dan ikhram~ yang baik dijadikan iktibar. :)

Kapten Atok said...

pandai ko reka cerita
best

amir aizat said...

huhu touching sikit.

Amri Abd Rani said...

Itu lah kasih ibu...

sewaktu aku belajar dulu..
pernah minta dgn ibu wang RM300, ibu bg dengan senyum tanpa membebel pun.. aku tanya ibu, dgn ibu ada berapa RM, ibu menjawab dgn jujur...ibu ada RM80... hati aku pun menangis...!!!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
lu ngan gua sama..gua yatim masa umur 6 tahun lagi

izfanora said...

kisah ini rekaan. aku masih punya ibubapa. yang baik diambil, yang buruk dijadikan sempadan.

Bro ahmad said...

pandai bercerita...nice..ikut segmen yea..kalau orang susah seposen pun ada nilai tau?

tak berapa suka word varification
harap maklum,

muhamad hanif said...

wahahahaa,

nasblah aku bukam penulis berbakat tau..

Anonymous said...

awak dari dulu mmg pandai bercerita..;D

iPai said...

T_T ... wah cerita lain daripada lain .. best

iPai said...

T_T ... wah cerita lain daripada lain .. best

izfanora said...

tq.. sila beri kritikan membina utk terus menulis dgn lbh berkesan.. :)

DaYiNi said...

RM 3000 kott ! hiii .,. nice entryy la .,. nak dd0k kat dalam blog akak jee tr0s boleyhh ? haha !

Tupai Karan said...

terharu baca cerpen nih.. tak ramai anak yang merasakan kesusahan ibu/+bapa mereka..

iz, link dah masuk senarai. sorry lambat

Abang Stalker said...

ni cte betul ke cerita kontot?



sdh gle..abg da nangis2 tepi meja opis. T_T



air mata jantan ku di bazir2kn..~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...