Sunday, July 17, 2011

Kisah lawak tak kan lupa sampai mati ! | CM7

Apa-apa pun jadi, aku nak korang gelak. Okay? Sebab aku nak cerita kisah lawak nie. Nie bukan cerita sedih okay. Tak payah nak nangis-nangis bagai. Sila siapkan muka anda dengan reaksi yang paling melucukan. Aku bukan pelawak, so, topik nie memang berat giler bagi aku sampai aku terpaksa termenung lama memikirkan, "Aku ada kisah lawak, tapi boleh ke aku nak post kat blog nie?". Tak pe, aku try.


Dulu, lepas SPM, aku konon-konon dengan member aku tak nak lah 'tanam anggur' kat rumah. Aku terasa dah giler dewasa time tue sebab dah habis sekolah. So, aku dengan member aku pun carilah keje. Dari satu kilang ke kilang yang lain. Sampailah akhirnya, kami bergelar minah kilang kat kilang RPI, membuat komponen kereta untuk Proton. 


Itu intro je okay. Cerita lucu aku tak der kena-mengena kat kilang tue. 


Suatu pagi, kami dalam perjalanan nak ke tempat kerja (bunyi macam CEO je kan), kami terpaksa melalui kawasan jalan laluan lori-lori keluar masuk untuk pembinaan perumahan. Kira jalan short cut lah. Korang tau je lah kalau jalan camtue, memang bersih sangat. Kami pula naik motor. Member aku, Ikha, yang bawa (125 okay). Kalau aku yang bawa, memang tak bergeraklah motor tue.


Sedang menikmati pemandangan pagi yang indah tu, Ikha bertanya kat aku. "Busuklah. Kau tak bau ke?". Aku pun cubalah hidu sekelililng menggunakan pancaindera aku ni. Try korang hidu cam aku buat. Ada bau tak? (mesti korang tengah cuba menghidukan)


"Tak ada pun. Kau nie biar betul", aku bercakap sambil mata aku melilau kiri kanan. Dalam kepala aku nie, dah macam-macam aku fikir. Bau apalah yang budak nie bau. Oh, ada sampah kat kiri kanan jalan rupanya. Mungkin dia tak perasan sebab terlalu khusyuk bawa motor dengan hemahnya. Aku pun cakaplah kat dia, "Ikha, ada sampah banyak nie. Kau tengoklah kiri kanan nie". Dia pun toleh kiri kanan jalan sambil memecut motor. Harapannya, dapatlah lepas dari kawasan timbunan sampah dengan lebih cepat. 


"Makin kuat bau nie", kata Ikha tiba-tiba. Walaupun motor telah dibawa dengan kelajuan maksima (tipu di situ), bau yang ada semakin kuat. Aku pun baru terbau seperti apa yang dibebelkan Ikha. "Lajulah lagi", kataku kerana tak tahan bau yang ada sampaikan aku terpaksa menutup hidung dan menyorokkan mukaku di belakang badan Ikha. Ikha pula tak habis-habis melilau mata kiri dan kanan dan memecut. Dia pelik sebab sampah tak sebanyak kat laluan tadi, tapi bau semakin kuat.


Tiba-tiba ...




"Patutlah makin lama makin kuat bau. Makin dekat pulak kita kejar lori sampah nie !", Ikha bercakap kuat sampai membuatkan aku menjengukkan kepala melihat di depan. Hahaha. Kalau orang lain tengok kerenah kami time tue, mesti dorang cakap, "Giler ker budak dua orang nie. Ada ke patut lori sampah dikejar. Beriya-iya sungguh pulak tue !". Seharian kami tergelak bila teringat pasal kisah pagi itu.


Done. Aku tak taulah sampai ke tak lawak aku nie. Tapi, untuk pengetahuan korang, aku dok tergelak je bila taip entry nie. 



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

20 comments:

MeIsMe said...

meh la aku tolong korang gelak.. seyes lawakk ... XD

alif haris said...

hahahhaha .. mst orag fikir korag ni peminat lori sampah ^^ hah:D

humbleyat said...

adoi..ingat lari dr timbunan sampah hlglah bau tu, rupanya terkejar lori sampah huhu..haru betul..:-)

HiSaM ! ! ! said...

org lain ingt lu orang mungkin supervisor yg tengah monitor pekerja2 kot.

iPai said...

atleast dapat gambarkan situasi itu ..

akak berjaya senyumkan sayang ..

comel je kejar lori sampah .. ehhehe

Encik MamaT said...

hehehe.... alahai... patut la bau minyak wangi.. kah3....



bukan pertama kali shared.. memang selalu share... haha.. maybe ada kawan2 yang panas kot.. :p

a.samad jaafar said...

iskk.. ni lawak ngeri nih.. silap2 terpercik air wangian semulajadi dari lori tu.. apa2 pun tahniah la sbb berjaya mencari punca bau itu.. hahaha..

Tukang Karut said...

confirm lekat bau sampah dekat baju...

Diary oF Mine said...

ahhahah... adoi.... lawak2... :DDD

alif haris said...

btw thanks letak blog sy dlm bloglist awk ye ^^

Abang Stalker said...

ipai bersyg2 siot...



korg ada apa2 ke ni **smbil bt mke musykil



hahahah ;))


lawak le,x pnh org bt kejar lori smpah.



tgk cte katun cat n dog x?sebijik mcm dlm cte tu.asal lori sampah lalu je si dog kejar lori tu.hahhaah ;))

iPai said...

ko mengganas di sini ye .. aku salah taip laa bro !!!!


argh ...


so kak, salah taip tuh !!

Insyirah said...

hahahhaha

giler lahhh
ni memang lawak giler
besh ahhhh'


hahahahah
lain kali kalau nak kejar
informed2 lah kat saya yer...
ngeh3

Abang Stalker said...

hahah..ipai da kantoi..


sayang...ooo..sayang..



:P xpe pai,umur bkn penghalang. ;)

iPai said...

hahaah ... bro stalker ni memang tak leh blah kan .. nak kena dia ni ..

izfanora said...

hahahaha.. gelak guling-guling dah nie..

Abang Stalker said...

hahhaha..


ipai,bwk mengucap.ingat awek kt uma tu. :P


abg single **tetbe.haha

BRO_MONDAY said...

miss izfanora : aghhh!!!! kelakar!!! giler lah..apa yam yu cuba citekan ni sampai lah...adess...gilo gi kejar lori sampah wat pe??? koh koh koh

iPai said...

hahah .. dah ngucap banyak kali ni ..

memang ingat je awek kat rumah


aip .. aip single laa plak .. skandal gambar tak ilang lagi tuh .. hak3

Abang Stalker said...

hahhaha...


itu skandal je..pujaan xdo laie. :P


tetbe rs mke izfa mcm mke awek lme abg je.tp dia org klntn.

hurmm...izfa,kita prnh berkasih syg ke sblm ni?:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...