Saturday, July 2, 2011

Mantap sangat ke badan ko ?

Assalamualaikum semua. Okay, aku sampai rumah petang tadi selepas bertungkus-lumus memerah keringat di pertandingan bola jaring hari ini di padang kat Presint 18, Putrajaya. Gaya dah macam hebat sangat jer. Tak apa, yang penting semangat dan penampilan, bak kata adik angkat aku.


Biasalah, kalau training takat 2 hari dan baru nak cari keserasian antara group member, memang susahlah nak menang, apatah lagi menjadi johan keseluruhan. Betul tak? Motifnya, kenalah turun training selalu kalau nak rasa bagus.


Yang buat tak bestnya tournament tadi, adalah group nie. Nak kata hebat sangat, tak lah sebenarnya sebab kami pun tak ada lah dapat 'telur busuk'. Dok sibuk sangat nak bagi orang injured kenapa? Oh, nak tunjuk sangatlah body tue mantap yer? Fine lah, aku tak ada body macam kau, at least aku tak bangang. Tekanan rasanya bila badan aku sakit semula hanya kerana kebodohan orang. Kalau tak tahu main, tak payahlah nyusahkan orang. Sian pengadil tue aku tengok, 3-4 kali tiup wisel. Kau nie bangang ke pekak? Payah sungguhlah. Sapalah yang ambil kau main. Buta warna agaknya. 


Nie 1st time aku join tournament secara terbuka dengan team baru aku yang 'ditangkap muat' selama seminggu dalam sesi mencari. Apa-apa pun memang enjoy membakar kulit di tengah padang di waktu cuti semester ni. Dan yang best, masa injured, pasukan medic yang datang memberi bantuan sangat hensom okay. Hahaha. Kurang sikit sakit aku rasa. 


At least ada benda yang aku buat. Paling best, aku dapat kenal member baru yang happening. :)

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

3 comments:

Nizam Ijam said...

gudluck 4 the next game :)


jom letak nizam ijam dalam bloglist :)
Posisi Iklan Nuffnang Yang Terbaik Di Blog

izfanora said...

tq.. :)

Hati Batu said...

garangbya..heheh :P
kenai x siapa ni?hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...