Wednesday, July 27, 2011

Rindu blog

Assalamualaikum kawan-kawan. Terasa bersemangat sangat malam nie nak post entry. Rindu pula pada semua yang mengambil berat. Lebih-lebih lagi yang selalu buat lawak dan menceriakan suasana. Dengan usikan yang ada, buat aku senyum sendiri pula. Dua tiga hari tak melayan blog, rasa sunyi saja. Harapnya, kawan-kawan yang sentiasa suka menceriakan suasana masih ada. Terima kasih juga atas nasihat yang diberikan. InsyaAllah, aku akan jaga kesihatan baik-baik dan dapat melalui Ramadhan yang bakal tiba dengan lebih sempurna. Amin.


Bila 'bercuti' dari blog dua tiga hari nie, aku mula terfikir kenapa aku boleh rindu dengan blog. Aku tak dapat jawpan pasti, tapi aku terasa kosong saja. Mungkin sebab aku duduk sorang-sorang dekat rumah sampai lewat petang. Biasanya, tak lah sampai petang sangat kalau adik lelaki aku ada kat rumah. Tapi sebab last week dia join world cup punya sepak takraw (as a volunteer), aku tak ada teman nak bersembang, bercerita itu ini. Dia seorang adik yang sangat memahami dan rapat sangat dengan aku. Sampaikan nak pilih minyak wangi pun ajak aku yang temankan. Hari ni, dia ada kat rumah. Aku sangat happy. Dia ajak aku pergi karaoke dan jalan-jalan, tapi aku tak nak. Sebab tak larat sangat. Dia cakap, "Tak pelah. Tunggu kau 'tak puasa' kita keluarlah shopping". Ayat tak boleh blah ! Hahaha. 


Aku mula menulis blog tahun lepas. Kira dah setahun lebih juga aku menulis di sini. Masa mula-mula aku nak buka blog, ada seorang sahabat yang sangat baik hati dan penyabar yang bantu aku. Dia sangat sabar mengajar aku dari nak sign up sampailah terciptanya senyumangadisgerimis.blogspot.com ni. Aku macam tak percaya akan ada orang yang sabar mengajar aku untuk setup blog ni hanya melalui talifon. Dia beri arahan dan aku follow arahan dia. Dia sabar layan persoalan aku yang merapu. Hahaha. Pengalaman yang hebat. Mungkin bagi sesetengah individu, "Bukan susah pun nak sign up !", tapi bagi aku, tanpa dia, tiadalah Izfanora di alam maya. Sesuatu yang tak pernah aku bayangkan bila hasil tulisan aku dibaca ramai (lebih dari seorang, ramailah kan).


Bila kita melakukan sesuatu, pasti ada tujuannya. Betul tak? Macam aku juga. Tujuan utama aku buka blog, adalah untuk berkarya. Aku tak pernah terfikir nak kejar trafik ker, nak ramai follower ker dan lain-lain. Aku pun tak pernah nak fahamkan benda tue sehinggalah sekarang kerana aku hampir fed up untuk memahaminya. Sehinggalah suatu hari, aku terjumpa satu blog (waktu itu aku tak tahu pasal nak follow atau bagi komen) yang langsung tak meletak iklan dan input yang aku perolehi daripada blog itu sangat banyak. Terdetik di hati, "Dia berkarya kerana dia, bukan kerana yang lainnya !". Seperti buku diari kita suatu masa dulu. Kita hanya ingin ia menjadi rahsia peribadi kita tanpa mahu orang lain mengetahuinya. Ah, itu buku, ini blog. Itu bezanya.


Blog membuat aku sedar sesuatu yang aku belum pernah sedar sebelum ini. Aku dapat meluahkan apa yang aku rasa di sini tanpa sikap prejudis orang lain terhadap aku. Anda semua yang tidak mengenali aku memberi komen menurut pandangan masing-masing tanpa bertanya itu ini. Bukan seperti rakan 'nyata' kita yang lain, yang selalu berkata mengenali kita, tetapi sebenarnya tidak.


Aku amat menghargai setiap pengalaman yang berlaku. Pengalaman aku dan orang lain adalah berbeza. Itu yang menjadikan aku dan kamu semua berbeza. Kita mungkin melihat satu blog yang sama, tetapi kita masing-masing ada pendapat yang berbeza tentang blog tersebut. Apa-apa pun, aku sangat merindukan blog anda semua. :)


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

6 comments:

Abang Stalker said...

izfanora.. :)

abg bru tghr td discharge.

semoga baik2 je k izfa.jgn skt2..kuatkn smgt.kami ada..

abg pun lg la ada. :P

Kapten Atok said...

sepanjang aku berblog plak motip berubah2 ikut perubahan blog. 4 kali dah aku tukar motip. hehe



dan yg plg aku suka tahap kebergantungan aku dengan blog dah kurang x mcm dulu. dulu aku mcm ko... tanpa blog rasa kekurangan

mungkin sebab lepas aku berhenti blog 8 bulan kot. so lepas ni aku blh ja tak update lama, blh gak berhentu terus. hehe

Wanie said...

hehe..welcome back izfa..

dah setahun rupenye, wanie lak dah dua tahun..tapi kite baru jumpe..:)

sume org ade pengalaman lain2..
mula2 blogging agk susah la nak naik, kena banyak belajar dari blogger lain..:)

iPai said...

hee, kisah saya pon lebih kurang juga .. mungkin ada beza sedikit pendapat ..

harapnya semangat izfa kembali pulih ..

iPai said...

eh apsal tak tahu pon abg stalker masuk hospital ?

Si Gadis Pipi said...

sama la kite..sebb kadang2..denagan blog la kitedapat bercerita..takde tujuan ape2.. bile kite sedey kiete ade tempat nk luahkn2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...