Tuesday, July 26, 2011

Tabah lah wahai hati

Assalamualaikum semua. Tetiba aku terasa lama dah tak menjenguk blog nie. Tapi, kalau ingat-ingat semula, lagi lama aku tak menjenguk fb. Fb tue kadang hanya pencetus pergaduhan dan salah faham.  Hurm.


Apa khabar korang semua? Terima kasih pada yang sentiasa mendoakan kesejahteraan aku selama beberapa hari tak bersiaran. Ayat tak boleh blah. Aku tak ada modal cerita yang nak dikongsikan sebenarnya, tapi aku teringin meng'post' sesuatu di sini sebab aku terasa kosong pula bila aku tak menaip apa-apa.


Dua tiga hari nie aku tak berapa sihat sangat. Tak tahulah kat mana silapnya. Mungkin sebab aku jatuh lagi tempoh hari, so, sakit lama kembali bertandang. Sakit tue buat aku tak boleh nak stay lama mengadap lappy nie. Sorry guy. Aku cuba juga nak round-round blog korang, tapi memang tak berdaya. Adakah aku patut menjadi seperti abg stalker (promote gak tue) untuk mengambil mc? Tak perlu kot kan. Btw, thanks a lot kepada Wanie yang amik tahu pasal aku.


Selain makanan seafood, apa lagi yang boleh naikkan tekanan darah? Sesiapa boleh share dengan aku? Tekanan darah aku makin merosot nampaknya. Lately makin kerap nak pitam. Nak makan kerang banyak-banyak aku alergi plak. Kalau boleh, makanan yang korang suggestkan tue SEDAP yer. Hihihi.


Lagi satu, result aku baru keluar. Memang dah lama keluar sebenarnya. Just yang nie latest punya lah. Aku bersyukur dan happy sangat dengan result aku, tapi, ada satu subjek yang aku sangat-sangat mengharapkan sesuatu daripadanya sangat jauh dari sasaran aku. Memang aku terlalu sedih. Sangat-sangat sampai sekarang aku tak percaya dengan apa yang aku dapat untuk subjek tue. Nak buat macam mana, sabar saja lah.


Dalam keadaan kesihatan sekarang nie, ditambah dengan result macam tue, mood aku memang ke laut. Aku jadi blur, rasa nak bersendiri, jadi macam hilang arah nak berfikir. Tapi, aku kena sedar, selagi ada yang bernama kehidupan, aku kena teruskan berjuang. Aku hanya perlukan sedikit kekuatan. Lagi-lagi Ramadhan nak dekat dah nie. Sayangnya kalau puasa terbatal hanya disebabkan pitam dan pengsan. Tambah pula tarawikh yang bukan selalu ada. Ya Allah, kuatkan aku.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

18 comments:

Amri Abd Rani said...

alaa ciannya xde mood...? kat mne nk cr mood.... kat mydin ada tak..?

sabor deh...!!!

Abang Stalker said...

couple abg,

tekanan drh rendah?em..mkn la hati ayam/lembu.

ek..yeke.ntah la.abg pun x thu.xbole masuk drh ke?g hsptl.

jg kesihatan baik2..jgn la bt kje pnt2,mmg la rs nk pitam.klu da thu bdn tu x brp nk kuat byk kn rht k. :)

Abang Stalker said...

Jgn sdh dgn result tu..yg da lps jgn dikenang.

skrg ni fkrkn kesihatan tu.da nk ramadhan ni.mkn ubat tmbh drh dan mkn mknn yg bole tmbh drh jgk. :)

Hanie_Dew said...

ubat yang paling mujarab adalah madu. cube la makan madu satu sudu setiap pagi sebelum makan pa pe. jangan makan organ dalaman.dalam quran pun nyatakan organ dalaman tak baik untuk kita. makan madu, kurma atau buah delima ye cik izfanora

Aduka-Durja said...

nampak mcm sgt hilang arah ni... rilek2

edz said...

makan banyak buah2an dan jangan skip meal, kalo boleh 3 kali sehari makan... kacang2, sayur atau roti wholegrain jugak bagus... jangan makan banyak nasik (karbohidrat) dan ambil lauk yang banyak ok??

Wanie said...

penah jatuh ke? jatuh ape?
wanie pun kadang2 jadi pening,
tp xpenah lak g check..
ade gak history jatuh ni..huhu

tak payahla pike result tu sangat..
just fokus kat kesihatan ye..

iKhRam said...

minu m nescafe boleh naikkan tekanan darah.. huhuh

humbleyat said...

salam, izfa, takpe sakit tu kafarah, jangan bersedih sebb sakit yer..

Bp rendah yerk..
biasanya banykkan minum air, rest cukup2, jgn fikir byk2, amalkan makan madu, makan multi vitamin yerk.

kena kuatkan semangat tau..:-)

Kapten Atok said...

mungkin blh tru tips2 kat sini

http://www.wikihow.com/Raise-Low-Blood-Pressure

ini ja blh bantu :)

iPai said...

laa izfa sakit ke ? patut laa agak senyap .. sori kalau tak amik tahu .. ingatkan izfa rehat2 dan ada kerja nak buat ..

iPai said...

pasal tekanan darah tuh, izfa boleh try minum susu .. amik banyak makanan yg ada zat besi ..

kalau susah sgt, kena amik supplement ..

makan ikan pon bagus juga ...

iPai said...

pasal result, izfa kuatkan semangat, ada sesuatu yang baik utk izfa di masa akan datang untuk gantikan kesedihan ini ...

mungkin ini adalah satu peringkat kita lihat balik apa yg kita ada untuk dihargai ..

izfa, La tahzan .. selalu laa tersenyum macam nama blog izfa sebelum ni ..

Un Phat Lee said...

selamat menjalani ibadah puasa.

ahsfantasy24 said...

selamat menyambut ramadan kareem :)

Jom Lawat Teratak Buruk Saya:
1. Malaysia nak guna duit syiling baru ala-ala euro coin!
2. Mungkin ada masa nanti blogger akan kejar draft.blogger!
3. Geng pencinta yang tak mampu lupa kekasih lama!

Amni said...

dear, get enough rest.. blog ni bila2 pun boleh dear.. nak jenguk kawan2 pun bila2 je dear.. tapi kesihatan kena jaga tau... makan vit c... =)

Prince Halilintar said...

insyaAllah boley..yakin pada diri sendiri..slmt menyambut ramdahan

ztie said...

sakit kenapa ni? jaga diri tau. makan ubat. pesan doktor dan orang tua ingat. kalau ada supplement pun bagus jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...