Saturday, July 16, 2011

Wahai pembuang bayi, bacalah ini ... | CM5

Alangkah bahagianya aku hidup di dunia ini. Lahirku disambut dengan tangisan kesyukuran ibu. Tubuh kecilku dipangku ayah lalu laungan azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri merupakan alunan merdu pertama yang ditangkap telingaku. Sungguh merdu suara itu.


Manisan di mulutku rasa. Betapa nikmatnya tamar ini yang merupakan manisan pertama singgah di perutku. Aku kenyang dengan makanan kegemaran ramai ulama' itu. Lalu rambut aku dirapikan oleh insan-insan terpilih. Sepanjang masa itu, alunan gemersik suara memuji kebesaran Ilahi atas kehadiranku ke dunia jelas berkumandang. Syahdunya waktu itu. Pada masa yang sama juga, ramai tetamu bertanya. "Siapa namanya?", sambil tangan mereka mengusap lembut kepalaku.


****************************************

Wahai pembuang bayi, SEDARKAH ANDA bahawa anda melalui tiap saat yang membahagiakan itu sekali seumur hidup anda. TETAPI, anda langsung tidak memberi peluang sekalipun kepada bayi anda untuk merasakan saat bahagia itu ??

Kelahiran anak anda disambut dengan penuh kebencian. Mungkin, tiada laungan azan apatah lagi iqamah, melainkan makian. Jangankan manisan tamar anda cari untuk disuap ke mulut bayi anda, air kosong juga belum tentu anda hidangkan. Sudah pasti tiada majlis menyambut kelahiran, ditambah dengan bayi anda tiada nama menyambut kematian mengerikan.

Pastinya anda, pembuang bayi, sudah muak dan jelak mendengar orang berkata itu ini. "Kenapa tak fikir masa buat dosa dulu?", "Kenapa buat macam ni. Tak fikir mak ayah ke?", "Dah hilang akal ke? Tak tahu dosa pahala?". 

Aku tak ingin bertanya. Aku hanya ingin berkata dan menyatakan, ANDA PEMBUNUH ! Anda juga TIADA HAK untuk melakukan perkara yang anda lakukan itu WALAU DENGAN APA JUA ALASAN, kerana anda telah menidakkan hak bayi anda melalui saat paling bahagia bergelar bayi. 

Tag:
1. Sofi
2. Nely



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

15 comments:

[sutera kasih] said...

kesian baby yg dbuang..baby tu tak berdosa..

iejjah said...

sedih ble tgk baby dbuang mcm 2 jek...kdg2 ble ad prrm motivasi sal pmbuangan bayi...geli nk tgk...tp sdh smpe nk nanges pn ad...hhuuuhu :}

Encik MamaT said...

hiburan dipromosikan... segala macam maksiat langsung tak diendahkan.... bila dah jadi perkara mcm ni.. baru kita nak gelabah... sepatutnya banteras dari akar umbi....

a.samad jaafar said...

nafsu seringkali berdaya menjadikan insan enjadi haiwan..

ayie said...

kalau syaitan berjaya menguasai diri.. manusia terus hanyut dengan mainan syaitan

★ S.C.A.A Asyiqin ★ said...

whoa , nice , gud2 .

Bigdaddyz said...

mereka lupa baby itu akan datang menjemput mereka di hari akhir nanti...

Gen2Merah said...

jauhi lah zina kecil, kerana ianya akan mendorong ke arah kemaksiatan yang lebih jauh.. kesian bayi tidak berdosa di buang macam tu

DaYiNi said...

perghh ! syahduu nyee .,. salam pengenalan dari saya ! =) good luck !

HiSaM ! ! ! said...

manusia sekarang mmg dah hilang pertimbangan. mereka perlulah beli timbang dan belajar2 utk timang baik n buruk

alif haris said...

mereka itu pembunuh !
nauzubillah ..

iPai said...

macam kes buang bayi ni .. dasat ,.

Abang Stalker said...

yg lelaki da byk air mani smpai buang2 kt prmpn..ish3..terkutuk!


yg perempuan byk telo,dia pk dia xkn monopos smpai ke tua kerepot tuk suami sejati.Haremmmm!


-minx dijauhkn kita dr menjadi hati binatang.

humbleyat said...

cuma teringat, jika seorang ibu meninggal kerana melahirkan anaknya dianggap mati syahid....besar perjuangannya kan?

pernah juga mendengar,mereka yang melakukan zina telah dicabut rasa kesakitan untuk melahirkan anak luar nikah,mungkin sebab itu mereka tidak punya perasaan bg menghargai anak kecil itu, lalu dicampak merata riti

wallahu alam..

Tupai Karan said...

@humbleyat
walaupun diorang tak rasa sakit di dunia, azab di akhirat sentiasa menanti.

sama-sama kita doakan sahabat kita, saudara dan keluarga kita serta diri kita sendiri tidak terdorong untuk dosa ini..

semakin maju sesebuah negara, semakin runtuh nilai moral rakyatnya.. urghh

-link da masuk senarai-
-100p-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...