Thursday, August 11, 2011

Di sebalik Ramadhan 11

Assalamualaikum semua. Entry kali nie, aku copy paste dari seorang kawan aku yang post kat fb. Sebab bagi aku sangat menarik untuk dikongsikan bersama.


KENAPA KITA PERLU BACA QURAN, WALAUPUN KITA TAK MEMAHAMINYA ?

(Untuk renungan kita bersama di bulan mulia. Kalau pada masa lain, liat nak baca quran tue, sekurang-kurangnya, pada bulan nie, kita cubalah juga kalau pun tak dapat nak khatam.)

Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pedalaman. Setiap pagi, Atuk bangun awal pagi, duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya. Pada suatu hari, cucunya bertanya, "Atuk, saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca, tapi saya tak faham pun ! Dan jika saya faham sekali pun, saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran ?". 

Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, "Bawa guni arang batu ini ke sungai, dan bawakan Atuk seguni air".

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Atuk ketawa dan berkata, "Kamu hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang !", dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk mencuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Atuk pun berkata, "Atuk tidak mahu sebaldi air, Atuk mahu seguni air ! Kamu tidak cukup kuat mencubanya", dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya, dia berlari seberapa laju yang boleh. Semua air yang dibawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. 

Meletihkan dan katanya, "Tengok Atuk, tak guna !". "Jadi, kamu fikir ianya tidak berguna?", Atuk berkata lagi, "Tengok guni itu !". Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu, menjadi begitu bersih, luar dan dalam !.

"Cucuku, itulah yang akan berlaku jika kamu membaca Al-Quran. Kamu mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya. Tetapi apabila kamu membacanya, kamu akan berubah dengan sendirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita".

sumber : wacava.net
Moral Ramadhan 11 : Setiap apa yang diperintahkan oleh Allah kepada hamba-Nya untuk dikerjakan pastinya mempunyai sebab dan ganjaran di sebaliknya yang kita serba tidak tahu. Disebabkan itulah, kita biasanya dilarang bertanya mengapa dan kenapa serta untuk tidak bercakap TIDAK untuk apa yang telah diperintahkan-Nya. Wallahua'lam. DIA Maha Tahu.

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

24 comments:

Tukang Karut said...

tq... kerana mengingatkan... dah baca dulu...

Addin said...

nice . like it ! :)

tia @ Ini Kisah Tia said...

wahhhh .. cara macam ni yang buat orang akan lebih faham .. nice sharing :D

maisarah sarah said...

suka =)

iPai said...

menarik .. tak pernah baca cerita ni ..

thank u..

Wanie said...

bile bace al-quran rase tenang je..walaupun tak faham maksud nye..:)

saya dewi said...

alhamdulillah perkongsian yang baek.
suka entry nieyh. btw salam ramadhan and happy fasting dear ^^

ezasunflower said...

subahanallah....

alif haris said...

cerita yg bagus :)
terima kasih ^^

alif haris said...

bagus cerita ini ..
penuh hikmah atok die menasihati :)

ekmal said...

membaca akan merubah segalanya, lepas baca, sure akan start blaja memahami lak kn?hehe..nice entry

btw dh letak kamu kt bloglist Pengulas Tegar kt sidebar blog sy, sbb kamu slalu dgt melawat + comment kt blog sy, thanks :)

::FAIZ FARISH:: said...

dah penah baca....

Far8 budak baik said...

kann kot kot ini kali yg terakhir..
mesti guna sebaiknye..
seyes sebak huh..

Far8 budak baik said...

kann kot kot ini kali yg terakhir..
mesti guna sebaiknye..
seyes sebak huh..

Amni said...

kannnn.... betul lah tu... kadang ada msalah, baca quran, terus hati tenang... even kita tak tau pun apa yang kita baca... ermm...

dhiera said...

nice sharing~ thanx for the info.
muhasabah diri semula~

i am S!L4H.. said...

ohh disebalik tu...

JIJI YU said...

tang nak bace tu ramai lagi yang gagap

Bigdaddyz said...

rasanya tiada masalah sangat kalau mahu tahu ertinya sudah banyak ada terjemahan...cuma kita sahaja yang kerap berdalih.....:)

Zul Fattah said...

tima kasih keran mengingatkan kembali kepada cite lama aku..haha..

Prince Halilintar said...

time kasih krn ingat mengingati sesama kite..hrp2 kite dpt fahami maksud ayat2 quran dan lbh khusyuk jika membacanya..

hamzah ian said...

nice one.. hhehe

iKhRam said...

menakjubkan.. nak jugakla bersih luar dan dalam..

humbleyat said...

suka baca kisah2 teladan macam2 ni..:-) sampai mesejnya dalam keadaan santai:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...