Saturday, August 13, 2011

Di sebalik Ramadhan 13

Assalamualaikum. Malam nie tak berapa nak sihat. Maaf, tak dapat nak blogwalking sangat lah. Nak terus tidur lepas ni walaupun esok Ahad.


Semalam, aku utarakan satu isu yang agak berat. Hari nie, kita bersantai sikit ye. Petang tadi, masa tunggu berbuka, kami sekeluarga duduk depan tv. Situasi masa tue ada 6 orang, di mana abah aku tengah on9 fb beliau, mak aku tengah gosok baju kemeja abah aku, adik perempuan aku dengan adik laki aku yang kecik sekali tengah berebut remote control tv dan aku dengan adik laki yang aku rapat tue berborak-borak sambil tergelak bila aku ceritakan kat dia kisah lawak yang aku tak boleh lupa sampai mati tue (SINI). Dia gelak tak ingat dunia.


Tetiba, aku teringat pasal member aku bagitahu makanan-makanan yang dah disahkan tak halal oleh Jakim. Aku pun sampaikanlah kat mak aku, supaya mak aku tak terbeli. (Tapi, kesahihan ketidakhalalan produk, aku tak pasti. Aku cuma menyampaikan sahaja)


Aku : Mak, produk A, B, C tak halal lah. Member bagitahu.

Mak : (sila baca dengan nada hampir marah) Kenapa sekarang baru cakap ? Tak dari dulu. Orang semua dah makan sampai nak meletup perut baru cakap.

Aku : Lor, kenapa marah pulak ? Ja bagitau je. 

Mak : Tak adalah. Kenapalah menyusahkan orang. Bla bla bla bla ...

Abah : (sambil membuka cermin mata. Dengan suara lembut dan penuh romantik dan tergelak kecil) Kenapa yang ? (panggilan manja mak aku) Benda tue kan dikaji setiap masa. Ikut negeri-negeri. Kalau fatwa negeri kata haram, belum sampai satu negara lagi haram yang. (Lembut dan sangat berhemah abah aku bicara sambil tersengih melihat gelagat mak yang tiba-tiba seperti naik angin)

Mak : Yelah. Lepas nie apa lagi yang nak haram ? Beras ? Nak makan apa ? Kejap lagi ayam pula haram !

Abah : Hahaha. (gelak besar. Kami juga gelak sama.) Kenapa tiba-tiba ayam pula ? Kan itu ikut siapa yang sembelih.


Semua gelak saja. Mak aku pun ikut sama gelak. Yang peliknya, ayam pula yang disalahkan ! Inilah agaknya orang kata, kerana marahkan nyamuk, habis satu kelambu dibakar.


Moral Ramadhan 13 : Kita kena tahu kebersihan setiap apa yang dimakan oleh kita, supaya kesucian dan kebersihan hati kita sentiasa terjaga. Mencari yang halal adalah fardhu kepada umat islam.


p/s : sesiapa yang ingin membuat tempahan kuih raya, bolehlah tekan gambar di sidebar tue. Kami dah start memproses. 


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

16 comments:

muhamad hanif said...

dah 13 siri dah kan..


Um, nenek aku kan tak makan daging selain daging yang dia masak..Alasan dia, was-was cara penyembelihan..


betul jugak kan ?

Tukang Karut said...

hoho... susah jugak sekarang ni... banyak sangat makanan yang diproses oleh bukan islam... tu yang campur macam2...

tia @ Ini Kisah Tia said...

ayam tu kan semulajadi dan ikut cara penyembelihannya .. tak masuk kot halal haram . huhuu ..

ni yang produk2 dari kilang . ha yang tu kategori bahaya ..

Amri Abd Rani said...

Ramadhan dah hampir separuh..

moga tidak hanya lapar dan dahaga saja yg kita dapat...

Wanie said...

huhu..mak izfa dah ngamuk tu..kfc pn skang wanie was2 nak makan..hmm..

Titisan Hujan said...

halal itu yg mbentuk hati

ekmal said...

kdg2 ad pihak saje mainkn isu haram halal kt fb, kalau sahih xpe gak..ni sekadar untuk menjatuhkn sesuatu produk tu..btw mencari yg halal itu fardhu :)

EYFAalias said...

mak aii. dah ke 13. ketinggalan dah ni.

Miz Novexx said...

susahnya bila zaman makin moden ni, ada je dia putar belit barang2 especially makanan
kononnya halal padahal tak pon, adesss :(

iKhRam said...

apalah produk a b dan c tu yer..?? sampai mak marah betul..

sifu im said...

haha..ayam pon kena hati2 la lps ni..kot2 kena selsema ayam pulak nnti

cha zainol said...

teringat pulak seorang uncle dan anak die yang sibuk jalan hulu hilr tanpa henti. kat jusco. tiba2 dia tegur aku. adik, makanan sini halal ke? tader pon uncle nampak sijil. hebatkan. aku xpernah fikir pon. sejal tu baru aku fikir mana sijil halal jusco.

Ain Zulaikha said...

mak jangan marah saya mak, saya tak sengaja hik hk hik...

cIk PikA said...

ssh nk nk percaye kan owg.. kalaw bnde tu die da lme gune.. huhu.. mmg ptt la mak melenting.. die kurenggg prcaye.. heheh

humbleyat said...

setuju sangat, bab makanan memang kita perlu jaga kerana makanan itu membentuk peribadi kita...

hmm...lagi satu klu nak tengok list halal, kene tgk sijil halal and peka dengan isu semasa, tetapi jangan terima bulat2 semata2, harus diteliti dahulu..wallahualam..:-)

Abang Stalker said...

klu nk diikutkn byk bahan mentah yg haram dr segi pemprosesan tp bkn bahan.nk bt mcm mn,klu x mkn mati la kn..x bole nk demand sgt.klu bahan yg haram mmg sah haram la. :)itu da tntu x bole dipertimbangkn lg.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...