Tuesday, August 16, 2011

Di sebalik Ramadhan 15

Assalamualaikum semua. Sihat ke? Semoga sihat dan ceria-ceria sahaja.


Wah, suasana Syawal semakin terasa bila dah melepasi separuh Ramadhan. Tapi, kita janganlah pula jakun sangat nak sambut raya, sampaikan tak kejar amalan yang best-best kat bulan Ramadhan nie. Rugi tau. Bila aku dah besar nie (tapi tak tua okay !), aku teringat zaman aku sekolah dulu. Pelik sebab sembahyang terawikh lama sangat sampai aku pernah tanya mak aku, "Kenapa imam nie solat tak habis-habis ?". Kelakar je.


Okay, hari ni, aku nak kongsikan dua keadaan. Tak tahulah kategori lawak ke, sedih ke, apa ke. Tapi, aku ada kemusykilan juga. Harap-harap, siapa yang tahu, boleh kongsi ilmu dengan aku yer.


Tadi, semasa terawikh, ada dua keadaan yang berlaku. Dalam dua-dua keadaan nie, aku nak tanya dengan korang, adakah perbuatan aku silap ? Ataupun, sila lah beri pandangan, apa yang harus aku lakukan.


1.  Masa solat tadi, aku berada kat saf depan. Aku nie kira orang yang kat tengah juga lah. Korang bayangkan, ada seorang lagi jemaah yang boleh masuk sebelah kiri aku untuk penuhkan saf tue. Tapi, malangnya, tak ada seorang pun yang berganjak. Aku dah rapat ke kanan, tapi jemaah sebelah kiri aku tak nak berganjak dari tempat dia. Aku nak tegur, tapi agak segan sebab dia ustazah. So, aku diam saja. Yang peliknya, tak kan jemaah belakang tak nampak sebelah aku tue kosong. Pendapat korang, adakah aku salah sebab rapat ke kanan ? Apa yang patut aku buat ?


2.  Biasalah, selepas 8 rakaat, ramai yang keluar dari saf. So, yang still nak teruskan terawikh, akan penuhkan saf depan. Alhamdulillah, saf tue cantik dan rapat macam yang sepatutnya. Dan aku mendapatlah 'partner' baru di kiri kanan aku. Mula-mula solat tue, okay saja. Tapi, bila dah lama-lama, aku terasa mak cik sebelah aku nie macam makin senget pula dia berdiri. "Mak cik nie, nak berkasih sayang pun kejap lagi lah lepas solat"Tapi, makin lama, aku terasa seperti kena tolak pula dengan dia. "Tau lah tadi losyen tumpah kat badan aku sampai harum semerbak. Tapi, tak kan lah sampai nak dekat sangat dengan aku!" *sila abaikan monolog aku tue. Masalahnya, lama-lama aku pula yang nak terjatuh ! Lepas salam saja, dan bangun untuk rakaat seterusnya, aku pun jarakkan lah sikit diri aku nie. Mungkin, space dia tak cukup besar. Tapi, akuku pelik bila dia still condong ke aku, sampaikan satu masa tue, bila tengok-tengok balik, tempat aku sujud masa memula solat ke akhir solat, jauh gila jaraknya ! Memang mak cik nie suka aku kot. Betul tak apa yang aku buat dengan menjarakkan diri sikit ? Atau pun aku perlu stay sahaja kat tempat asal aku berdiri?

Moral Ramadhan 15 : Bila melakukan ibadah, ia mengajar kita erti kesabaran dan timbang rasa dalam melaksanakan sesuatu. Di samping itu, ia juga membuatkan jalinan ukhuwah yang ada semakin erat kerana jarang-jarang kita dapat berjumpa dalam majlis agama untuk tempoh sebulan lamanya. Sesungguhnya, apa yang dikurniakan Allah, benar-benar ada nikmatnya.

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

13 comments:

muhamad hanif said...

jawapan 1 :

bguslah kau rapat kekanan tu, sebab rapatkan saf tu kan lebih baik, lagi afdal bila siku kita bertemu dengan siku jemaah lain


jawapan 2 :

Makcik tu ada anak lelaki tak ? kah kah kah, dia nak jodohkan kau dgn anak dia kot ? Err, kalau perbuatan dia tu menganggu kekhusyukkan kau, wajiblah esok kalau dia sebelah kau lagi kau tukar tempat lain =)

miZz_nizZ said...

yg mkcik senget2 tu mmg lawak!haha.nk berkasih syg tu.peliknye..mngkin tmpt die tu tnah mendap kot!haha

Wanie said...

penah jadi dua2 situasi ni izfa..betul la kite kena rapat ke kanan..tapi sellau orang kan rapat2 lambat sangat..mungkin org belakang dh smyg la tu, then malas nak masuk depan..patutnye kena la penuhkan yg depan tu..

makcik tu tetido ke ape?hehe..die nak betol2 rapata tak?tapi klu buat izfa tak selesa tak salah pn nka gerak sikit..

ekmal said...

xtaw la keadaan time tu camne kn, tp ni pendapat sy la..dia btol2 nk rapatkn saf, kan mmg kene bertemu bahu semua..btol2 rapat...

Tukang Karut said...

yang sepatutnya, orang di saf belakang yang masuk ke depan... tanya la yang pakar...

cha zainol said...

aku suka part moral kau. tengs babe c:

Hami Asraff said...

Jawapan nombor 1:

Memang apa yang anda dah lakukan tu benar sekali. Rapat ke kanan. Dan orang yang kiri anda sepatutnya bergerak ke kanan. Tetapi biasalah tak semua orang berilmu.

Jawapan nombor 2:

Tak faham kenapa makcik tu perlu merapatkan diri dengan anda.

JIJI YU said...

tak salah..betol dah tu.rapatkan saf mmg patot buat..

makcik tu dah mabuk kot..

Kapten Atok said...

kekeke
hilang kekhusyukan

iKhRam said...

kenapa la mak cik tu nak rapat2 yer..?

alif haris said...

soalan pertama :
imam kat bahagian dpan sebelah kanan ke kiri ??
kalau die kat bahagian depan kanan,so betul lah awk buat tu..
kalau die kat bahagian depan kiri, better rapatkan saf kekiri..sbb saf bermula dari tengah betul2 belakang imam ..

macik tu ngntok ke ? haha

Anonymous said...

makcik tu letih kot sbb tu dia bersandar kat izfa.. biasanya org bersandar kat dinding.

Abang Stalker said...

kesian..org tua biasa la.diorg nk bt ibadah,tp kaki lenguh,lutut x kuat.tu yg kdg2 diorg pun x pasan diorg dri senget sandar kt kita. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...