Wednesday, August 17, 2011

Di sebalik Ramadhan 16

Assalamualaikum semua. Apa khabar ? Masih bertahan tak untuk berpuasa ? Harapnya, semua masih gagah perkasa.


Esok Hari Besar, Nuzul Quran ! Sangat teruja pula tahun ni nak menyambutnya. Yelah, tahun-tahun sebelum nie ada saja rintangan dan halangan *alasan !. Moga-moga aku dan korang semua akan memanfaatkannya sehabis mungkin. InsyaAllah.


Aku sedih sangat hari nie bila wak aku (kakak abah aku) nangis sebelah aku. Aku nak peluk untuk tenangkan dia, tapi aku sendiri sebak dan tengah drive time tue. Ceritanya macam nie. Pagi tadi, wak aku minta tolong aku hantarkan dia pergi pasar untuk cari bahan-bahan untuk majlis buka puasa esok. Dia nak buat majlis sikit kat rumah dia sebab ada sepupu-sepupu arwah suami dia nak datang. Aku memang biasa bawa dia ke mana-mana yang perlu dari masa arwah suami dia ada lagi. Sebabnya, anak dia kerja shift, so kadang tak ada kat rumah.


On the way ke pasar tue, biasalah, radio terpasang. Mula-mula tue kitaorang okay saja borak-borak. Maybe, disebabkan kekurangan idea dan isu, kami berdua senyap untuk beberapa ketika. Tiba-tiba ...


~ ~ Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku . . . ~ ~

Wak aku : Wak sedihlah sekarang ni bila dengar lagu raya. (suara yang sungguh sayu meruntun jiwa, sambil mengesat air mata yang tumpah)

Aku : Janganlah fikir sangat.

Wak aku : Sekarang ni dengar pun dah nangis, sayu je. Nanti raya tak tahu lah macam mana. Tak ada pun terasa nak beraya. Dapat jumpa Ramadhan pun dah alhamdulillah.

Aku : (hilang kata-kata. Diam seribu bahasa. Hanya tangan kiri aku letakkan di belakang badan wak untuk cuba menenangkannya)


Untuk pengetahuan korang, arwah suami wak aku meninggal dunia akhir tahun lepas. Bermakna, ini tahun pertama keluarga wak aku beraya tanpa suami dan ayah. Aku sangat rapat dengan family mereka sebab rumah kami dekat saja dan dia betul-betul mirip arwah wan aku, seorang yang sangat memanjakan aku, baik dari rupa paras, kelakuan dan sikap serta gaya masakan.

Tiba-tiba aku jadi marah sebab kenapa lah radio nie sibuk-sibuk sangat awal-awal dah putar lagu raya ! Tapi, bila Ramadhan nak datang, tak ada pula nak buat hebahan besar-besaran. Sedangkan, Ramadhan adalah BULAN TERISTIMEWA dari bulan-bulan yang lain ! Semoga, wak aku tabah.

Peristiwa pagi itu, berlalu begitu saja selepas siap membeli barang dan pulang semula ke rumah. Petang pula, mak mengajak keluar mencari barang. Penat, tapi layankan saja mood mak aku tue.

Terawikh pula, jemaah semalam yang suka rapat dengan aku still kat sebelah aku. Hari nie, beliau okay saja. Aku pun tak ada lah tak kusyuk macam semalam. Dan malam nie juga, aku tiba-tiba tersentuh hati bila adik lelaki aku menjadi bilal. Allahu Akbar, aku terasa nak menangis mendengar suaranya. Aku terasa seperti, "sudah besar rupanya adik aku ni". Semoga dia menjadi seorang lelaki yang suka dengan masjid. Amin. Habis terawikh, aku menolong beberapa jemaah menyiapkan buah tangan (kurma, air dan sedikit kuih raya popia goreng *agaknya :P)

Moral Ramadhan 16 : Sesungguhnya, Ramadhan itu merupakan bulan yang paling mulia kerana di dalamnya terdapat banyak kelebihan yang tidak ditawarkan dalam bulan-bulan yang lainnya. Kedatangan Ramadhan sepatutnya diraikan secara besar-besaran dan gilang-gemilang menandakan kita sangat-sangat menantikannya. Kerana, kita tidak tahu, adakah lagi Ramadhan yang mendatang untuk kita temui.

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

9 comments:

muhamad hanif said...

tulah,

puasa tak habis lagi, dorang sebuk nak raya . Grr !

Wanie said...

huhu..nak buat cane kan..radio tu nak untung gak..dah nak dekat raya confirm la diorang pasang lagu raya..

sifu im said...

ye..esk cuti..aku nk tido lwt ckit mlm ni..haha

Bigdaddyz said...

semangat terlampau namanya tu...hehe

ekmal said...

standard la..lemang pn dh start jual, lagu raya jgn ckp la :)

Tukang Karut said...

aku dalam kereta hari2 dengar lagu raya... rasa macam nak balik sekarang jugak...

amir aizat said...

biaslah smngt rye yg lebih2 kan,huhu.bgusnya adek tu,dah jadi bilal.alhamdulillah,aminnn

Abang Stalker said...

slmt menyambut nuzul quran izfa. ;)

lewat plk :D

alif haris said...

hehehe .. seb bek macik sebelah tu dah tak senget2 lg kan :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...