Saturday, August 20, 2011

Di sebalik Ramadhan 19

Assalamualaikum semua. Semoga kamu semua tersenyum kerana kita sedang melalui fasa ketiga dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah, kita semua masih bernyawa dan bernafas di atas bumi Allah ini sambil melalui bulan penuh gemilang. Syukur.

Hari ke 19 di bulan Ramadhan, aku hanya berehat. Tiada siapa di rumah, melainkan aku dan adik lelaki aku. Semua kerja rumah, mak dah siapkan. Mak dah mula bising *marah-marah sayang bila aku sibuk nak keluar berjalan. Hahaha. Sangat membosankan bila baring saja. Pagi itu, selepas muntah-muntah masa sahur,

Mak : Makan ubat tak okay-okay pun. Try lah cara tradisional.

Aku : Apa ? (mak aku ni suka lah bukan-bukan)

Mak : Try minum ni sikit. (sambil mengambil sudu, dan menuang cecair dalam botol ke dalam sudu, lalu disumbat ke dalam mulut aku !)

Aku : Uwekkks.. (yakkss, pahit gile ! MANJAKANI ! oh mak oi, aku tak kahwin lagi !)

Lepas subuh, aku tidur tak ingat dunia. Makin tak sihat sebab MANJAKANI mak aku tue. Adoi, pelik-pelik lah.

Tapi pelik pula bila petang tue aku dah okay sikit. Bila bangun, kepala dah tak ke laut. Badan pun dah tak pucat sangat. Wah, berkesan lah pula manjakani mak aku tu. Kadang, yang tradisional ni lagi bagus dari yang moden. Sebab tue nenek kita dulu susah nak dapat penyakit. Wallahua'lam.

Petang tue juga aku keluar temankan wak aku beli barang dapur. Cuma bila kat tempat sejuk, aku tak berapa nak cool lah. Hahaha. Pastu, kami sekeluarga buka puasa beramai-ramai kat rumah sedara aku. Sedap dapat makan laksa. Terasa lama pula tak makan.

Sampai rumah, abah dah tunggu kami. Abah tak pergi sama ke rumah sedara sebab tak sempat nak sampai rumah on time dan nak buat surprise untuk isteri kesayangannya a.k.a mak aku.

Abah : (tersengih-sengih bila tengok kami masuk rumah)

Mak : Patutlah sampai rumah lambat. (tergelak-gelak)

Abah : Yelah. Untuk sayang, hadiah buat isteri yang tersayang. Kunci ada sangkut dah tu.

Mak : (tersenyum malu)

Abah aku belikan kereta baru untuk mak aku. Wah, beraya sakan mak aku tahun nie ! Sukalah adik aku dapat bawa ke hulu-hilir kereta lama mak aku lepas ni. Yes, tak ada lah adik aku sorang tu nak kacau kereta aku lagi lepas ni ! Hahahaha (gelak jahat !)

Moral Ramadhan 19 : Jangan kita sesekali melupakan jasa yang lama kepada kita. Tak kisahlah apa yang lama tue. Manusia ke, ubat ke, rawatan ke, guru ke, tapi yang penting, yang dulu PERNAH berjasa. Juga, menghargai apa yang ada dalam genggaman kita dengan menggembirakan dan menyenangkannya adalah suatu kebahagiaan yang tiada tolok bandingnya berbanding cuba membahagiakan dan menggembirakan sesuatu yang di luar genggaman.

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

15 comments:

Abang Stalker said...

ank dara minum majakani..:) mkin hebat la :P

alhamdulillah awk da rs ok ckit.teruskn minum ubat tradisional ye.tp jgn la nk majakani sgt. =='

-sygnya abah kt mak. :)

Wanie said...

kadang2 yg pahit tu la yg berkesan kan..wanie penah try..huhu

mak dapat keta baru?syiok la mak izfa..huhu..anak2 die pn bleh tmpang merempit..keke

cha zainol said...

IZFA : WAH BERTUAHNYA MAK, DAPAT KERETA RAYA. NAK SATU BOLEY?

JIJI YU said...

haha de lagi jenis tak suke makan ubat..

sifu im said...

macam budak kecik la ko ni xleh mkn ubat..cucuk ubat kt punggum ko berani tak??haha

muhamad hanif said...

waa,


jamu mak dara pun ok ..


kahkahkahkah ! ehem, pinjam keta.

Kapten Atok said...

tongkat ali pon aku tak minum lagik
ko dah try manjakani.

muahaha

syukur ayah mampu belikan kereta untuk semua. guna untuk baik2 yer

Far8 budak baik said...

nagde nye mkn ubat pahit sikit pun susah hahahaha..
perghhhh tup tup
mak dapat kete..
raya sakan lah nnti tu..
hahahaha

miZz_nizZ said...

trdisional itula..bgus!hehe.tp kdg2 tkut jugak kalo yg xok ni coz xde kelulusan ksihatan..bhye jugak..apepun alhmdulillah dah ok kn.hehe

azeelia azman said...

wah mkn manjakani?? gud3^^

sakan mak raya dgn kete baru yepp??

alif haris said...

ayah sy pn salu bg ubat2 tradisonal kalau sakit :)
dan memang sungguh ta sedap ..tp muajrab hehe

apik pehe said...

haha..taknak la apik minum benda tu awal2 muda ni..nanti ilang tenaga batin semulajadi..hehehe

dhiera said...

makan manjakani? anak dara boleh ea?
syok la adik kamu lenjan kereta lama mak kamu tu~

TeAqArH said...

wow....tp memang x elok pun makan ubat moden..tqah lau sakit..seboleh2 xnk g klinik..n biaq la baek sndri..lau x thn sgt,bru la makan ubat..lau x,biaq la dia melarat..bukan ape..leh la hapus dosa kecil yg belambak2 tu...^_^

iPai said...

wewwiiittt .. nak tumpang leh ? heheh

nanti kalau rindu ngan adik, jangan cite kat blog .. wakaka

n ayah izfa sangat suweettt .. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...