Tuesday, August 23, 2011

Di sebalik Ramadhan 22

Assalamualaikum semua. Dah Ramadhan ke 22. Pejam celik, pejam celik tinggal lapan hari berpuasa di bulan Ramadhan. Macam tak percaya je. Macam-macam perubahan ada kan. Tak kira lah dari segi fizikal, mental, lahiriah ataupun batiniah. Harapnya, semua elok-elok.


Pagi tadi, aku kerah tenaga adik lelaki kesayangan aku. Aku minta dia tolong mop lantai dapur sebab aku kemas dapur. Alih perabot sikit. Aku memang tak boleh sangat mop lantai ke, sapu sampah ke. Bukan apa, aku alergi dengan habuk. Payah sikit lah. Walaupun mulut dia pot pet pot pet macam tak nak buat, tapi tangan dia tetap buat juga apa yang disuruh. Terima kasih ye adik ku sayang.


Aku nak share sikit pasal tazkirah masa terawikh tadi. Aku ingat-ingat lupa sebab tak catat time tazkirah tue. So, yang aku ingat saja lah ye. Moga-moga jadi panduan kita semua untuk mengejar Malam Lailatul Qadar, insyaAllah.


TANDA-TANDA MALAM LAILATULQADAR


1.   Bulan kelihatan seperti memancarkan cahayanya ke seluruh alam sehingga menyaksikan malam tersebut lebih cerah berbanding kebiasaannya. Cuaca pada malam itu juga tidaklah terlalu panas atau terlalu sejuk.


2.   Air laut yang masin bertukar menjadi tawar. (Beruntunglah bagi sesiapa yang rumahnya berdekatan laut. Mungkin bila terlihat tanda yang pertama, boleh terus pergi ke laut. Rasa sedikit air tersebut. Wallahua'lam)


3.   Pokok-pokok turun bersujud ke bumi menyembah Yang Maha Kuasa.


4.   Matahari pada keesokkan harinya tidak terik memancarkan cahayanya. Redup sahaja.


Bila berjumpa Malam Lailatul Qadar, kita bolehlah memperbanyakkan amalan, beribadah, zikir, membaca Al-Quran dan berdoa semoga diampunkan segala dosa serta dimakbulkan segala yang diminta. Tapi, janganlah kita 'target' malam bila pula sampaikan malam-malam Ramadhan yang lain terabai begitu sahaja. Semoga kita semua berjumpa Malam yang lebih baik dari 1000 bulan itu, insyaAllah.


Moral Ramadhan 22 : Sebagai hamba-Nya yang terbatas sifat, sukar untuk kita mengetahui bila berlakunya malam Lailatul Qadar. Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui, bila dan siapa di kalangan hamba-Nya yang akan memperolehinya. Kerana itu, kita digalakkan memanfaatkan 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Jadi, jangan pilih-pilih hari pula nak beribadah.

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

18 comments:

iKhRam said...

malam umpama seribu bulan.. nikmatnya.

Bui Junaidi said...

terima kasih atas info yg berguna..nice..*_*

::FAIZ FARISH:: said...

Indah Malam tu kan kalau jumpa...

muhamad hanif said...

betul tu,


selamat berqiamulail yaa.

RasyidHamid said...

ok heee noted..

Abang Stalker said...

menunggu lailatul qadar..:)

SuperHamzah said...

dulu2 kecik2 aku takut kalau2 terjumpe lailatulqadar ni..

iPai said...

izfa !!! sori lama tak singgah sini !!! izfa apa kabar ?!!!

iPai said...

saya penah jumpa lailatulqadar, tp pada esok paginya laa baru sedar .. hehe ... sebab malam tuh ngantuk tak hengat !!

besok pagi plak redup ...

so tahun ni kene pulun lebih sikit sebelum sahur

Wanie said...

cuaca 2 3 hari ni redup je tau izfa..insyallah semoga amalan kite diterima :)

Tukang Karut said...

sebenarnya tak perlu tanda... beramal la setiap malam ramdhan...

Tea Dno said...

rasa macam dah hadir je malam lailatuqadar ni.. :)

Shawn Razaleigh said...

tq share weh :)

miZz_nizZ said...

mlm ganjil kn lg stu tips die.kn?

delarocha said...

harap harap dipertemukan dengan malam lailatul qadar.

Kapten Atok said...

balik kg nanti aku nak bersihkan seluruh rumah. rajin tak?

sifu im said...

sama kita mencari malam lailatul qadar..jom

Zul Fattah said...

nice info.. tapi hanya org yg terpilih yg akan dapat manfaat malam lailatul qadar tu kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...