Thursday, August 25, 2011

Di sebalik Ramadhan 24

Assalamualaikum semua. Wah, dah hari ke 24 lah umat Islam berpuasa ! Macam tak percaya pula. Tapi, makin cepat masa berlalu, makin cepat pula semester baru memanggil. Gaya macam tak dapat nak ber'blogging' sana-sini macam biasa. 


Mengemas dan mengemas ! Sangat penat dan melelahkan. Nak kata dah tua, masih muda belia. Tapi, kesihatan badan macam makin teruk tak sepadan dengan usia. Kenapa ye ? Ubat makan, jamu makan (uwekks), supplement makan, apa lagi yang tak cukup ? Huh, susu pun aku telan juga. Letih lah. 


Apa cerita korang masa hari ke 24 puasa ? Yang bekerja mesti dah mula tunggu approval cuti dari bos-bos kan. Yang study dah mula berkira-kira dan bermimpi-mimpi nak naik bas balik kampung. Wah, sangat mengujakan perasaan tue kan. Korang tau tak, kadang aku macam cemburu bila tengok member-member sibuk packing barang nak berpusu-pusu pergi book tiket awal atau berhimpit kat pudu dan lain-lain (aku pun tak tahu sebab tak pernah pergi) semata-mata nak beli tiket balik kampung untuk beraya. 


Kenapa aku cemburu ? Sebab aku tak ada kampung jauh di mata dekat di hati macam kawan-kawan aku. Kampung sebelah abah aku dekat je. Berapa langkah dari rumah aku, sampai dah rumah dorang. Kampung sebelah mak aku pula, cuma lorong lain je dari lorong rumah aku ni. Tapi, aku bersyukur sebab tak banyak keluar belanja untuk balik kampung. Itu lah, bahagian masing-masing kan.


Aku nak share satu video ni yang buat aku terliur macam nak makan je laptop ni. Si kecik mulut becok (adik aku) tue yang tunjuk kat aku video ni. Dia siap cakap, "nanti kalau kakak ada duit lebih, kakak belikan lah untuk adik ye. Kalau ada duit lebih lah". Pandai lah kau dik ! Tapi, benda nie sesuai untuk orang dewasa je bagi aku. 



Mula-mula aku tengok, dah nak habis dah video nie. Aku tanya adik aku, "macam mana resepi dia ? Macam sedap pula dia buat". Adik aku selamber je jawab, "kakak nie lapar sangat ke sampai kan tanah liat pun nak makan ?!". Tertipu aku rupanya. Argh !! Aku terus tengok video-video yang lain. Memang nampak real lah.

Bagi sesiapa yang tak dapat nak tengok video nie, kasihan lah kepada anda. Video ni pasal "Bandai" (aku pun tak tahu sangat apa benda ni). Adik aku cakap, ni salah satu permainan popular kat Jepun. Dengan benda ni, boleh buat macam-macam makanan (ikut lah apa jenis yang dibeli).

p/s : korang pernah jumpa mainan ni kat Malaysia tak ? Aku macam teringin pula nak buat dan simpan sebagai koleksi peribadi. Pastu upload kat fb, "Resepi air tangan aku". LOL !

Moral Ramadhan 24 : Kepandaian manusia yang tuhan kurniakan bila digunakan ke jalan yang baik pastinya akan membuahkan hasil yang sangat positif kepada masyarakat sejagat. Begitu juga sebaliknya sekiranya ia digunakan pada jalan yang salah, maka musnahlah semua.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

9 comments:

Iz.Eusof (Abg Stalker) said...

haha..adik lg pandai dr kakak.cmne ni?hahaha

tp mmg cm real pun ==' mcm2 la jepun ni.

Wanie said...

menarik la izfa! klu wanie pn teringin nak main..haha
bandai ye name die..siap boleh buat spageti lagi tu..keke

muhamad hanif said...

Err,
tipah tertipu ?



ALLALALALALALALA.

miZz_nizZ said...

yup..betol,kdg2 disebabkn kpndaian jugak yg wtkn seseorng ni sesat..tu arap kepandaian ni dihargai btol2 n digunekn dijalan yg betol. nk rye dah kn?best2!=)haha

JIJI YU said...

adik engko lagi bijak

Bui Junaidi said...

sayangnya kak bui tak dpt tengok video tu..huhuhu..

Zul Fattah said...

haha.. macam best je.. apa2 pun.. aku layan r..
knapa lama x nampak ko kat blog aku?

Tukang Karut said...

ala... sama je... kampung nenek sebelah mak ayah aku tak sampai 10 km pun... dan yang paling bestnya pintu belakang ayah bertemu pintu belakang mak... berbisik pun boleh dengar...

Far8 budak baik said...

haha! bape langkah je..
kira kampung lahh tu..
alala..nnti klo nk balik kg..
amik lahh jalan jauh..
hik3..
meh raya rumahh farid mehh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...