Thursday, August 25, 2011

Di sebalik Ramadhan 25

Assalamualaikum rakan blogger sekalian. Apa khabar hari ni ? 


Sangat sesak Plaza Alam Sentral petang tadi sehinggakan aku terasa berputus asa dan mahu saja ajak mak aku balik. Tapi, apakan daya, kena juga mencari baju melayu untuk abah dan juga si kecik mulut becok yang asyik bertanya mana baju melayu baru dia (ah, puasa pun tak cukup !). Dalam kesibukan membeli-belah (ayat skema sangat ni), sempat juga aku 'dingorat' oleh seorang penjual di situ ! <----- tak tipu okay !


Boleh pula dia borak dengan mak aku,


Penjual : Anak mak cik ke nie ?

Mak aku : Yelah, anak mak cik. Tak kan bawa anak orang lain pula. (macam tak nak layan, sibuk pilih baju)

Penjual : Muka dia tak sama dengan mak cik lah. Mungkin sama dengan ayah dia kot.

Mak aku : Memang lah. Tak kan sama dengan muka kamu pula !


Hahahahaha. Tergelak guling-guling aku kat situ. Okay, aku tipu. Aku tergelak dan tersipu malu. Hihihi.


Sila bertenang semula kawan-kawan. Aku nak cerita lagi nie. Korang semua sibuk dengan dodol doodle sana-sini kan. Aku pun ada satu kat sidebar tue. Nak tau dari siapa, boleh je tekan kat doodle tue. Disebabkan keghairahan ber'doodle' yang sedang memuncak, aku pun tanya lah adik lelaki aku yang aku rapat tue. Sebab aku memang sangat lah tak pakar dan hanya akan menjadikan doodle itu lebih teruk sehingga tidak dapat dikenalpasti identitinya. Tapi, aku telah mendapat satu doodle yang sangat istimewa yang hampir menyerupai aku ! Wah, ayat tak nak kalah. Sila lihat dan terpegun okay.




*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*






sila jangan jealous ! Apa pendapat kamu ?


So, macam mana ? Sama tak dengan muka aku ? Hahaha. Aku sangat berpuas hati selepas bersusah payah petang tadi.


Moral Ramadhan 25 : Bila nak memikat seseorang, terutamanya anak dara, sila berkelakuan baik dengan keluarganya. Kerana apabila berkahwin, kamu bukan hanya berkahwin dengan anak dara tersebut, tetapi seluruh ahli keluarganya. 
*tetiba mood berkahwin pula <--- lari bab Ramadhan sebab kami sekeluarga diundang untuk mengikut satu rombongan menghantar pengantin, pertengahan Syawal nanti.

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

15 comments:

EYFAalias said...

patut lah kena ngorat! ehemmm.

muhamad hanif said...

woo,

ok, nak g umah bakal mentua kejaplah.



HAAHHAHAHAHAH

Zul Fattah said...

klakar r mak ko.. haha..ada ke patut dia cakp macm tu?

cantik jugak ko dih?
merah myala.. tp hencem avatar aku lagi r.. haha..
:p

Iz.Eusof (Abg Stalker) said...

kening,mata,spec,sama. :)sempat ek jual minyak.x ingat abg pun.

Prince Halilintar said...

mesti ramai org kat Alam Sntral kan...ahalah same lah doodle tu gan muke kamu, cume..doodle kamu lbh cute lagi la..ok2 tipu kamu lagi cute..hehehe:p

Wanie said...

izfa buat sendiri ye? agak same la, tapi doodle ni lagi tembam..hehe..papepun doodle izfa ni smart je..:)

penjual tu nak ngorat izfa ke?haha

jeBateja said...

ahakz...malang sungguh penjual tu...mak nya ngak maw layan....ahakz...kena try lagik...raya tahun dopan...ahakz

Far8 budak baik said...

hahahahahah
takkn same ngan punjual tu kn..
agagaga..=)

alif haris said...

hahahaha .. takkan nk sama muka dgn laki tu pulak kan :D kan kene balik ..pdn muke :D haha

::FAIZ FARISH:: said...

kenapa doodle lg cantik? hehe gurau

merahitujambu said...

EH SAMA LAA..

dhiera said...

doodle tu hampir sama la..
tu ayat test market tu~ hahaha

Einaz Shah Rizal Thomas said...

YEah da nk raya kan .. selamat hari raya ya ;D

sifu im said...

senanyan dia nk ngorat mak ko..ko tu yg lebih2 pasan..haha

Tea Dno said...

cantek lah izfa ni. hehe....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...