Saturday, August 27, 2011

Di sebalik Ramadhan 27

Salam Ramadhan yang ke 27 kepada semua. Semoga kita semakin excited dengan Ramadhan yang hampir di penghujungnya. Hari ni suara aku sangat rock kerana batuk yang teruk. Nak raya dah ni, tapi tekak sakit sangat. Tak nak lah terlepas menikmati keenakkan rendang, lemang, ketupat yang jarang-jarang ada. Minta sembuh cepat.


Boleh tak hari ni aku nak kongsi satu cerita ? Kisah seorang wanita. Wataknya, aku hanya letak sebagai 'wanita'.


Hidup dalam sebuah keluarga yang sederhana, menjadikan Wanita sangat berdikari dalam usia muda. Dilahirkan dalam bilangan adik-beradik yang ramai dan antara perempuan yang paling tua di rumah, Wanita perlu tahu kebanyakkan benda dalam usia yang muda. Perlu memasak untuk keluarga sejak berusia 13 tahun. Angka itu kelihatannya sangat besar, tetapi bagi Wanita, ia adalah sukar kerana perlu memasak nasi tidak menggunakan dapur elektrik seperti sekarang ini. Lauk-pauk perlu dalam kuantiti yang banyak kerana bilangan ahli keluarga yang mencecah 10 orang. Adik perempuannya sekarang yang berusia 20 tahun sahaja belum pandai menyiang ikan ! Oh tak mengapa, Wanita ada untuk melakukan semua itu.


Pada usia tersebut, setiap pagi, Wanita bangun untuk mengemas rumah dan menyiapkan kerja-kerja yang biasa dilakukan oleh orang yang lebih dewasa. Sebelum ke sekolah pada waktu tengah hari, memasak adalah rutinnya. Apa sangatlah yang mampu dimasak pada usia itu. Dengan tiada bekalan wang yang diberi untuk membeli lauk, Wanita akan ke parit di hadapan rumah untuk memetik kangkung. Kadang-kadang ke rumah nenek saudara di sebelah rumah, untuk meminta sedikit pucuk ubi buat hidangan tengah hari. Berbanding adiknya yang bersekolah menengah sekarang, bangun pagi, semua terhidang di atas meja. Dia tidak boleh bangun awal kerana matanya akan bengkak tak cukup tidur. Kasihan pula !


Bila pulang dari sekolah, pastinya akan ada sahaja bebelan yang singgah di telinga. Kadang nasi hangit, lauk masin tak sedap atau kasut di rak tidak disusun. Bebelan sebegitu sudah sebati dengan telinganya. Mahu marah ? Kepada siapa ? Mahu mengadu ? Wanita bukan anak emas seperti kakak mahupun adik perempuannya. Kini, bila sahaja adiknya pulang dari sekolah, mereka perlu tidur untuk berehat. Kasihan mereka berpenat-lelah belajar di sekolah. Tak boleh dibebel kerana itu hanya akan mengganggu emosi remaja.


Malamnya, di saat rakan seusianya menelaah dan menyiapkan kerja sekolah, Wanita hanya akan duduk di satu sudut rumah untuk melipat kain baju yang sudah kering dijemur di siang hari olehnya. Tak banyak, hanya untuk ahli keluarga yang 10 orang ! Selagi tak siap, pasti akan dikata malas membuat kerja. Kalau Wanita berborak dengan adiknya dan tergelak, pasti akan ada sepasang mata yang beralih dari menonton televisyen dan memandang tajam seraya berkata, "sukanya dia. Kerja semua tak siap lagi, dah gelak-gelak !"Begitulah setiap harinya sehinggalah Wanita bertukar ke sesi pagi persekolahan. Adiknya kini pula boleh sahaja mengambil laptop, on9 sepanjang malam bergelak ketawa. FB, twitter dan handphone pun sangat canggih di usia muda. Oh, mereka perlu pendedahan supaya tidak ketinggalan seperti Wanita.


Bangun pagi untuk ke sekolah, ayat pertama yang akan didengarnya, "lain kali bangun awal sikit. Tolong basuh kain, jemur kain ke. Buat sarapan ke". Wanita sangat malas rupanya. Ayat itu didengarnya sehingga Wanita tamat sekolah ! Setiap kali waktu pulang dari sekolah, pastinya Wanita menunggu sesiapa di antara ahli keluarganya untuk mengambilnya di sekolah. Paling sekejap tempoh menunggu adalah 30 minit. Kalau Wanita menalifon ke rumah, hanya akan lebih menyakitkan telinganya sahaja. Pernah dan banyak kali juga Wanita hanya berjalan kaki pulang ke rumah yang jaraknya tidak lah terlalu jauh, 4-5 km sahaja pada pukul 2 petang di saat matahari di atas kepala. Wanita tidak boleh terlalu manja. Kini pula, Wanita perlu memastikan Wanita ada di perkarangan luar sekolah untuk mengambil adiknya dari sekolah lebih kurang 10 mahupun 20 minit lebih awal. Kasihan adik menunggu lama dalam panas. Nanti kulit gelap pula. Jarak sekolah adik dengan rumah pula jauh, 2 km. Adik tak boleh berjalan kaki, nanti kakinya melecet.


Setiap kali markah ujian dan peperiksaan Wanita keluar dan merosot, ayat yang akan didengar Wanita ialah, "kat rumah bukan buat apa pun. Tak buat apa-apa langsung. Entah apa yang dibelajar agaknya !". Kalau pula markahnya tinggi menggunung, "memang patut dapat markah tinggi-tinggi. Kat rumah tak buat apa-apa !". Terima kasih kerana memuji Wanita. "Adik memang pandai pun. Bagi je soalan apa, dia memang boleh jawab. Rajin baca buku", kata-kata yang diterima adik pada satu hari bila markah melonjak tinggi. Bila saja tidak lulus atau markah jatuh menjunam, "hari tue adik tak sihat. Tak boleh nak fokus sangat jawab. Tak apa lah. Bukan teruk sangat pun". Kasihan sungguh melihat adik tak sihat sambil tergelak-gelak di depan laptop bervideo conference dengan rakan-rakan.


Bila musim cuti sekolah tiba, yang di asrama akan pulang ke rumah. Pada masa itu, Wanita tak akan masak kerana masakan Wanita 'sangat sedap'. Hanya yang pakar sahaja yang akan memasak. Bila tiba waktu makan, belum pernah sekali pun nama Wanita dipanggil untuk makan bersama melainkan bila hampir semua orang selesai makan. Ah, tugas mudah. Mencuci semua periuk belanga pinggan mangkuk sudu cawan insan yang pandai-pandai. Sayanglah kalau tangan mereka terkena sabun mencuci pinggan yang boleh mengkasarkan tangan. Tangan mereka perlu dijaga rapi.


Dewasa menjengahkan usianya. Wanita menjadi seorang gadis yang perlu patuh akan setiap arahan yang diberi. Memberontak atau mengeluarkan pandangan hanya akan mengeruhkan keadaan. Bagi mata luar yang melihat, Wanita seorang gadis hebat. Di satu sudut di hujung hatinya, hanya tersimpan satu jiwa yang membuat dia tidak mati. Selalu diungkapnya, "Bahagia itu menanti aku di sana nanti bila bertemu Ilahi".


Apakah yang terjadi kepada Wanita seterusnya ? 


Moral Ramadhan 27 : Bukan semua manusia minta sesuatu yang tidak diingininya terjadi. Bukan semua manusia punya masa silam gemilang. Sebab itu orang cerdik pandai berkata, "Biar kita miskin harta, jangan kita miskin kasih sayang. Biar kita papa kedana, tapi cukup luar dan dalam". Hanya mereka yang merasa, tahu bahawa tiada kekayaan yang boleh meredakan gelora jiwa yang tidak tenang. Sesungguhnya, ketenangan abadi yang dicari hanya bila bersama Yang Hakiki.

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

10 comments:

Tukang Karut said...

yea... wanita memang hebat... itu aku akui...

muhamad hanif said...

"kacak dalam, kacak luar, kacak dengar sini "



=)

JIJI YU said...

hurm..pengalaman itu ijazah terbaek..

sifu im said...

biar papa kedana..jangan mama sudaa...haha

alif haris said...

bersambung ke ni ?? err

sememannya kebahagiaan hakiki itu bila kembali bertemu Ilahi


Ni jawapan soalan awk tentang siapa yg gadoh tu..
ade sorang blogger tu kutuk bang ben..tp post die dh delete dah ..sbb ramai sgt serang

Hans said...

pengalaman mendidik kita supaya lebih kuat

iKhRam said...

tenang menemui ilahi.. hahaha..

kenapa la watak gadis macam wanita byk sgt kat malaysia. sebab tu selalu kene tindas..

iKhRam said...

wanita bakal tenang menemui ilahi

kenapa ek watak gadis macam wanita ni byk kat malaysia.. patutlah kene tindas selalu..

Azroy Kassim said...

baa~ CAK!!

'wanita' itu anda?

Ratu Lissa said...

wanita memang hebat.. gadis pun hebat jugak :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...