Wednesday, August 3, 2011

Di sebalik Ramadhan 3

Assalamualaikum semua. Bagaimana puasa korang semua hari ni ? Ada yang 'terbengkalai' di tengah hari ? Oh, harapnya semua sampai ke garis penamat di waktu maghrib.


Okay, hari nie aku nak sambung diari Ramadhan aku. Korang suka ke baca diari aku nie ? Ker aku je yang syok sendiri ? Ah, tak peduli lah. Aku nak cerita jugak ! :P


Aku nak start time tengah hari bila hari nie aku ditugaskan oleh mak aku untuk ambil adik bongsu aku dari sekolah sebab mak aku ada mesyuarat.


Muka penat konon-konon puasa sampai Maghrib. Dia tak habis puasa juga hari ni okay ! Time nie, aku ambil gambar dia dari dalam kereta.


Lepas dah ambik budak kecik tue dari sekolah, aku terus lah balik ke rumah. Sampai rumah, adik lelaki aku yang tak ada lesen kereta tue sibuk lah mengajak aku membeli bahan untuk buat kuih candy sebab dah ada orang buat tempahan. Korang pernah makan kuih candy tak ? Tak pe, nanti aku tunjuk gambar kuih tue. Tunggu aku habis cerita kisah hari nie dulu. 

So, aku pun siap-siap nak keluar. Kami ke Speed Mart 99 (ye ke eja camni ?) dan Econsave mencari bahan. Masa kami keluar dari kedai fotostat untuk fotostat borang PTPTN untuk Ujrah, kami ternampak satu kereta nie parking senget.

Korang nampak tak aku buat bulatan kat tingkap kereta tue dan ada anak panah kat situ? Ada orang tampal kat kereta tue dan tulis, "PARKING BODOH !"


Bagus juga ada yang tampal 'kertas amaran' tue. Masalahnya, PARKING TAK BODOH. Patut tulis, "OWNER KERETA YANG BODOH !". Hihihi. Aku dengan adik aku gelak sakan kat situ. Tapi terfikir, susah lah kalau ramai orang gini kat Malaysia. Macam kereta dia sorang je besar. Pandai guna kereta mahal, tapi nak parking pun tak pandai ! Malu je jadi cikgu memandu dia !

Lepas tue, kitaorang terus pergi mencari bahan-bahan. Kelakar bila adik aku menyampuk perbualan seorang pelanggan Thailand atau Pakistan (tak sure sangat, tapi dia nie macam tak faham bahasa Melayu) dengan cashier. 

Pelanggan : Mau plastik.

Cashier : Kami tak ada plastik yang besar.

Pelanggan : Mau plastik. 
(dia ulang banyak-banyak kali, sampai cashier tue blur, tak tahu nak jawab apa.)

Adik aku : Bagi je plastik sampah !
(sambil berjalan buat tak tahu. LOL !)

Kadang adik aku nie pelik juga. Lepas settle semua, kami pun balik. Sampai rumah, aku terus ke dapur. Tolong apa yang patut. So, kuih hari nie yang aku buat adalah popia goreng.

Popia ni belum goreng lagi. Baru siap bungkus. Aku buat besar-besar. Makan satu je dah kenyang. Hihi.
Resepi adik perempuan aku sebenarnya. Aku tolong sibuk je. :P


So, sekarang nie, aku tengah pening kepala siapkan borang. Aku pun tak faham lah PTPTN nie. Esok nak kena call dorang tanya lebih lanjut sebelum aku magrain 44 kali.

Ini borang PTPTN !


Okay, sebelum aku lupa, tadi cakap pasal kuih candy kan. Aku tak tahu lah korang penah makan ke tak. Sejak last year, adik aku promote benda ni kat internet. So, siapa-siapa nak order, boleh lah. Bahan-bahan asas kuih ni adalah kacang, koko, susu sejat dan lain-lain.

Harga RM15.00 sahaja. Tidak termasuk kos penghantaran.


Moral Ramadhan 3: Janganlah suka mengambil 'hak' orang lain yang bukan hak kita. Macam parking tue. Sila lah fikirkan tentang orang lain. Kalau rasa tak pandai nak parking kereta, tak payah lah sibuk nak tayang kereta tu. Simpan saja kat rumah. Jangan menyusahkan orang lain. Kang kereta kena langgar, salahkan orang lain. Salah sendiri tak nampak pulak !


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

23 comments:

Tea Dno said...

memang tak patut okeh kete tu. sian parking pulak yang kena bodoh. hahaha.

Tea Dno said...

adik tu selamber dia je ek. hhahaha. adoiyai.

Tea Dno said...

kuih tu sedap lalaa.. i loikkee.

Tukang Karut said...

kalau aku jumpa kerata yang parking macam tu siap la... tayar ke atas la jawabnya... huhu...

belog|amiyo said...

tambah "owner" baru betul. :P

mungkin owner tu ada kecemasan kot. tak baik mengata. hehe.

selamat berpuasa... :)

sifu im said...

haha..klu aku,rela tunggu tuan dia datang dan sembur je kate2 kesat dpn dia..xyah nk tulis2 notis

jeBateja said...

adik lelaki ko biskut tu ke....hebat tul....ahakz

Abang Stalker said...

hahahah ;))


selalunya yg sengal parking tu cina.dia ingat kete dia besar,parking space bpk dia pny jgk.

ptt gn gincu je tulis bsr2 kt cermin.pdn mke.wawawaa ;))

Abang Stalker said...

HAHAHA ;)) bangla yg benggong.klu abg jd cashier tu da lme kne ludah dpt customer cmni. :P

izfa,kuih candy tu bpe kpg sebotol?klu cmpur postage brp rggt?

Maya Lisa said...

mengonggg lah kereta tuu..

FASIHAH AHMAD FUAD said...

hye...1st tyme di sini.=) hurm psl keta tu kan..memang org tu xbertanggungjawap lgsung.pentg kan diri sndiri.org len pun nak parking juga.haishhh...

Prince Halilintar said...

tuan kete tu tamak sgt lar..sampai 2 parking die nak...patut la org marah..

♥ ciss peanad ♥ said...

kakak. kakak.
saya pon penah buat mcm 2 jgk.
hahaha.
tglkan note sebab tuan motor 2 nk tamak parking sgtt..
hahahaha..

shaeza aka TSA said...

sodapnye popiaaaaa..nk.... sowh adik laki tu ambk lesen..xyah jd driver dia...hihihihihihi (jgn mrh gurau je)

temphn bskut cnday sy dh siap blm?? hihhi

anismelon said...

lesen terbang la toh..tak pon ayah dye ade share..weee..parking xhengat dunia..

hafiz hafizol said...

Nk gak kueh candy

Acik said...

parking tu kes orang stupid selfish! acik pun slalu bengang bila jumpa org camtu ... tak pikir org len langsung!

Kapten Atok said...

pandai adik ko buat kuih

Wanie said...

huhuhu//nape sneget gile die parking..dah tak tahan nak buang air kot..haha

Bigdaddyz said...

org kalau parking kete macam tu seelok2nya dibako saje...hehe

Cik Aish said...

haha..aish penah parking mcm tu..tp aish ada la dlm keta tu..pastu ada brother turun dr keta suh aish blah..auw.w.maluuu ai

Hizami Rahim said...

lepas ni memang kena sentiasa bawak kertas memo mcm tu.
senang nak tampal2.
haha.

iPai said...

macam2 cerita haaa

1. parking tuh memang takleh blah ok .. sian je kene free2 bodoh kat situ ..


2. plastik sampah tuh: adik izfa ni memang pandai cakap2 ek .. hahaha .. haddoi .. penat melayan cam ni .. mesti nak gelak je kejenya nanti ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...