Friday, August 5, 2011

Di sebalik Ramadhan 5

Assalamualaikum semua. Hari nie entry pendek saja untuk tatapan semua. Korang pun mungkin dah bosan dan mesti ada yang cakap, "dia nie kalau tulis entry, panjang berjela-jela dan merapu saja". Maaf ye kalau tak suka.


Tak ada yang best sangat untuk hari ni. Kerana ada satu perkara yang buat aku sedih sikit, dan ia telah mematikan keceriaan aku hari ni. Tengah try nak recover semula.


Even aku mungkin menyerahkan kepada parents aku untuk mencari Mr. Right aku, tipu lah kalau aku cakap aku tak jatuh hati kepada seseorang. Aku pun manusia biasa yang melalui benda yang sama seperti kamu semua. 


Betul menyintai manusia itu satu yang menyakitkan. Sangat menyakitkan. Menyintai Allah itu lebih mendamaikan jiwa. Kali pertama aku jatuh cinta, aku ingat untuk selamanya, namun Dia Maha Mengetahui segalanya. Rupanya dia ada yang lain. Biarlah, dah jodoh mereka. Sekarang pun, anak dah nak dua. Aku doakan mereka bahagia.


fb ini menunjukkan aku bukan sesiapa ...
Kini, ini pula yang terjadi. Huh. Sabar lah duhai hati. 


Moral Ramadhan 5 : Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik kepada hamba-Nya pada masa hadapan tanpa kita ketahui itulah penawarnya buat kita untuk kesakitan hari ini. Moga ada yang dicipta buatku sebagai imam di masjid ku suatu hari nanti. Amin.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

17 comments:

Abang Stalker said...

bebaskn dia dr hati kecil awk,izfa.ikhlaskn hati..mencintai Allah lbh berbaloi2. :)ada jodoh xkn ke mn.jodoh da ditetapkn Allah.

JIJI YU said...

hehe..aku tak pernah pon bercinta..

muhamad hanif said...

Err,

takpetakpe. Setiap yang berlaku ada hikmah. Mungkin itu perkara yang terbaik dalam hidup awak (ayat awek aku pontianak )

Tukang Karut said...

ramai lagi yang single mingle dekat luar tu... cari la...

delarocha said...

jodoh itu rahsia Allah.

Cintai Allah dan selepas itu cinta yang lain akan hadir dengan izin-Nya

Wanie said...

izfa! kes curang ke ni?
xpe kumbang bukan sekor..hehe
ade ramai lagi laki yang setia kat luar tu..:)

alif haris said...

bila kita cinta Allah lebih,
Allah akan utuskan yg terbaik buat kita ini ..insyaAllah :)

la tahzan innallahama'ana :)

cha zainol said...

rejection is ALLAH protection c:

Mama AA's said...

Allah tentukan jodoh, tp kita juga perlu mencari... x kan ianya dtg bergolek kan? :). Cuma sbg perempuan adalah adatnya bukan mcm sstgh bdk sekarang tersengeh2 nmpak lelaki.

Moga dipertemukan dengan Insan yang diharp2kan.

iKhRam said...

dah la tu.. jgn la sedih2.. abang stalker kan ada.. hehehe

gurau2 jek. selamat berpuasa

Shawn Razaleigh said...

chiilll. gua single. tamo? miahahaha


ada hikmahnya

Tea Dno said...

harapnya izfa dapat bersabar.. mungkin belum masanya izfa nak jumpa jodoh yang sebenar buat masa ni.. yang penting kita kena yakin, Allah dah tentukan jodoh yang baik dan sesuai untuk izfa.. Insya-Allah..

sifu im said...

hoho..bercinta lps kwen lagi besh

hawiz said...

kalo dah jodoh..

Eazy Izzuddin said...

pernah rasakan itu dahulu...
ku single..
happy always.. :)

insyAllah..
si dia dalam perjalanan tu berjumpa dengan awak..

Kapten Atok said...

ok. br paham lagu ramadhan ke6

iPai said...

hem .. macam kurang paham juga pasal gambar tuh ..

jangan risau r izfa, mesti ada sum1 punya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...