Tuesday, August 9, 2011

Di sebalik Ramadhan 9

Assalamualaikum semua. Hari nie, perjalanan pulang ke rumah selepas tarawikh diiringi dengan rintik gerimis yang sangat menyamankan. Terasa syahdu sangat.


Cerita hari nie. Aku bukan nak mengumpat mengata. Tapi, aku terasa berbulu sangat bila tengok wall fb aku petang tadi. Seorang hamba Allah ni create group pasal keturunan dia. Aku bukan kisah pasal group keturunan yang dia open tue sebab aku sendiri pun ada follow group keturunan family aku. Yang aku TERambil kisah tue bila group tue dibuat dan MENAMPAKkan perbezaan kasta manusia ! Disebabkan nama dia tue ada Raja ! Berapa ramai dalam Malaysia nie ada nama Raja yang betul-betul keturunan Diraja ? Yang tambah aku meluat, bila aku tengok ayat yang dia post.


"Bertujuan mengumpulkan semua Keturunan Diraja dari semua negeri di Malaysia dan hanya untuk Kerabat Diraja sahaja yang dibenarkan untuk menyertai group ini. Kepada sesiapa yang tidak berkaitan atau didapati salasilahnya bukan dari Keturunan Diraja, akan "ditendang" oleh admin daripada group ini secara serta-merta. Diharap semua ahli keluarga Kerabat Diraja/Keturunan Diraja dapat ambil perhatian terhadap group ini".

Wah, hebat sungguh dia nie. Aku jadi menyampah pula. Beza sangat dia dengan orang lain sampai nak tendang-tendang. Duduk istana mana agaknya dia nie ye ? Siapa-siapa yang keturunan dia, bolehlah request. Huh!

Moral Ramadhan 9 : Manusia itu semuanya sama pada pandangan Allah. Yang membezakan kita hamba-Nya adalah iman. Sungguh terasa jurang bila ada manusia tanpa segan silunya membezakan mereka dengan yang lainnya lebih-lebih lagi di bulan mulia. Moga kita terhindar dari sikap takbur.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

22 comments:

peachippo said...

eleh , arse hebat sangat laa tu kan !
manusie sume satu taraf je lah !!
sume masuk kubur jugak nanti..abikan je ~

Nazryn Mishar said...

haah . kte pown jadi nyampah dah ~

muhamad hanif said...

ceh,


siap ada "ditendang" bagai.


plisslah yeaa

alif haris said...

aku rajagobal .. boleh join ?? hahahaha

ekmal said...

raja kapur pn xnk join org camni, puiiii!hahaha :P

eqbalzack said...

salam,
abg eq singgah sini waktu sahur...
selamat berpuasa....

amier azrul alias said...

kahkah..
rajagobal boleh request masuk group ni..ngeh ngeh..
Selamat b'puasa...
Selamat b'puasa.

Awan said...

antara dua darjat...dr zmn dulu da ada

Zul Fattah said...

haha..apa la bodoh sangat orang ni..aku pun keturunan raja jugak..
rajagopal tu waris aku tu.. haha..
aku rajakapoor.

Tukang Karut said...

jiran aku, rajakapoor... mungkin boleh join jugak ni...

Isteri Encek Bard said...

kita dijadikan dari satu benda yang sama.. dan akhirnya kita semua akan pulang kepada NYA jua

sifu im said...

ilex2..aku keturnan raja gak tapi aku x macam tu..jngn menyampah ngn ak k..hahaha

iKhRam said...

pangkat darjat hanyalah nikmat sementara.. sedangkan amal dan taqwa jadi taruhan di akhirat sana..

manusia ni tetap sama biarpun dikelar kulit, darah merah juga yg keluar..

sifu im said...

haha..terhormatlah sngt..giler ape..haha..x de mase ak nk wt cam di atas..haha

Prince Halilintar said...

tak teringin pun nak join group tu..hihi

Q said...

bukan ke kerabat diraja ni kain kapannya warna emas *sentap*

ezzu said...

ezzu pun rasa menyampah kalu cm tu...dy rasa mcm dy tu hebat sgt..hehehe..."emosi sikit.."hehehe

Tea Dno said...

setiap manusia sama saja.. setakat pangkat pada nama, apa je.. yang penting akhlak seseorang, itu lebih penting dan mengangkat darjat seseorang di sisi Allah..

p/s: lantak je orang tu.. tea pun konfem meluat kalau jumpa yang tu.. report saja.. haha..

amir aizat said...

yeah menyampah! haha

humbleyat said...

geram juga baca statement, berbau kasta..tak suka..sebnarnya takde beza pun keturunan apa-apa pun, sebab yang dinilai di "sana" adalah amalan kita jua tak kisahla kita bangsa apa sekalipun..:-)

Kancil 8349 said...

salam perkenalan daripada Kancil

hehehe...Kancil puasa hari nie ndak dapat ikut serta mahu makan sushi..apapun Kancil gembira sebab kita satu group dari Jepun...

saya follow kamu.

iPai said...

jom kita wat group keturunan power rnagers .. wakakaka ...

adeh .. dia semangat sangat ni, tp should be dah ada susur galur ni, bahasa pon kena laa susur galur baiknya .. kalau cam ni, buat buruk nama susur galur je .. susur gajah ade laa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...