Thursday, September 1, 2011

Hari Kemenangan = Syawal

Assalamualaikum semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan blogger. Juga, Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia.


Macam mana hari raya korang ? Mesti gempak dan happening kan. Lebih kurang juga dengan aku. Yang tak berapa nak happening sebab kakak dan abang aku beraya di rumah mertua. So, tinggal kami-kami yang masih single ni saja. Mana tahu, tahun depan aku pula beraya di rumah mertua. Ahaks, angan tinggi sudah !


Sampai sekarang penat tak habis lagi. Baru balik beraya di rumah saudara. Tapi sebab tengok ramai blogger sana-sini dan gempak-gempak kecoh pasal baju raya semua, aku pun terasa teruja nak kongsi sama even biasa-biasa saja. Entry sebelum nie, aku ada letak gambar raya aku yang dulu-dulu. Ada yang teka, aku pegang budak. Sangat silap okay ! Mentang-mentang kecik-kecik aku putih gelap, korang tak kenal pun ye. Hihi. Aku budak perempuan muka baik yang diapit lelaki tue. Hihi. Yang pegang budak tue, kakak aku. 


Tak nak cerita panjang-panjang sangat hari ni. Just nak share beberapa gambar di pagi Satu Syawal. 


Bersama keluarga tersayang (kecuali kakak dan abang)

Si dara jelita dan bujang bergaya

Bersama bujang trang tang tang

Gadis semasa :P

Tuan blog
Okay. Sila jangan tanya kenapa tudung aku lain daripada adik-adik aku. Aku sangat tak pandai untuk memakai pashmina macam dorang. Sedih ! Adik-beradik aku ramai. Lapan orang, dan aku anak ketiga. Mesti ada antara korang yang warna tema sama dengan aku kan. Aku tak peduli lah, yang penting kita semua RAYA !


Sila beri duit raya ye. Tekan-tekan lah mana yang patut tue.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

11 comments:

muhamad hanif said...

wooo,

mcm kumpulan nasyid lah.



=)

Anif Abdullah| AA said...

wiwit.. tahun depan jgn lupe post kad jemputan ya..hehe..
besnyer bju sedondon :)

Zul Fattah said...

apasal ko lain dari adik bradik ko?
haha..

Tukang Karut said...

selamat hari raya... lawa dah tu... tak perlu nak berfesyen sangat dah tudung2 tu...

iKhRam said...

rasanya tak sempat la raya taun depan..

ntah raya haji thun ni kot beraya dengan mertua.. hehehe
baru gempak.. hehe

azeelia azman said...

cantekk tuan belog hehe..

selamat hari raya ^^

Tea Dno said...

pashmina cantik. tp tea pun tak pandai pakai. hehehehe.

cha zainol said...

cantek lah kau. kelabu :)

aien hermionie said...

comel..

hira said...

selamat hari raya akak! :D

humbleyat said...

selmata hari raya izfa...maaf zahir batin..cantik bju raya..tapi izfa nmpk cam tak sihta je huhu..ape2 pun jaga keshatan yerk:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...