Thursday, September 8, 2011

Korang yang baik hati

Assalamualaikum rakan blogger.


Hari nie, aku penat sangat ! Bangun subuh, tengok handphone, ada mesej dari bos aku (ketua exco).


"Saya dapat mesej dari ... Dia tak dapat datang meeting sebab isteri dia masuk hospital. So, dia ada masalah. Sila ganti dia esok di ... pada pukul 9 pagi."

Pergh ! Nasib aku tergerak hati nak tengok tepon pagi tadi lepas subuh. Kalau aku terus layan bluess, tak ke merana mamat tue sorang-sorang pergi meeting ! 

Yang memenatkan aku, Shah Alam - PJ bukan jauh pun. Tapi, pagi-pagi tue, jalan tak hengat. JAMMED ! Stress aku. Keluar rumah pukul 7.30 pagi, sampai pukul 8.50 pagi. Adoi, sakit kaki aku. Baru nak sihat, dah mula lemah semula. Aku pergi meeting dengan tak ada apa-apa input dan sangat-sangat blur ! Tragis dan sadis. Nasiblah semua jalan okay je. Cuak sikit sebab meeting dengan badan kerajaan dan satu IPTA yang terkenal kat Malaysia ni. 

Aku kena cari sponsor sekarang ni. Event untuk "Larian Perdana Bersama Warga Emas". Korang yang baik hati, tau tak agensi yang senang nak hulurkan sumbangan, kalau boleh wang ringgit lah. Kalau korang pun sangat baik hati, lemah lembut, kacak-kacak, macho-macho (<--- ayat kipas susah mati ni) nak sponsor buat amal jariah pun no hal punya. Lagi dialu-alukan. Boleh tambah pahala di bulan yang mulia ni kan.

Okay, aku nak terjah blog yang datang komen ni. Semalam tertangguh sebab beraya. Ada member pujuk minta teman. Hahaha. Siap kena terjah, "tunang kamu ye?". Tersedak mendengar pertama kali ayat seperti itu singgah di telinga. Pakwe orang tue makcik oi. Hihi. Buat birthday boy itu, SELAMAT ULANG TAHUN. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan mencapai apa yang diinginkan dalam hidup. InsyaAllah.


Dengar-dengarlah lagu kat atas tue. Instrument best tue. Klik je kalau nak dengar, sebab bukan autoplay.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

13 comments:

muhamad hanif said...

aku manalah tau agensi2 mcm tu. Takpenah involved event pu,

maaf yaa.

Zul Fattah said...

ko kerja ke masih study? aku confius

edz said...

terbatuk batuk nie... ade org sebut sebut nie...

Tukang Karut said...

tolong cari ka sponsor untuk aku jugak yea...

JIJI YU said...

ak dah klik nuff engko..kira sponsor le tu kan

Prince Halilintar said...

rilek..jgn stress..wat2 cool je..klu xjammed bukan bandar la jawabnya kan..

::FAIZ FARISH:: said...

larian perdana bersama warga emas...

mcm menarik...

sbb warga emas akan rasa di hargai

dhiera said...

cari agensi2 yg berkaitan la.. dulu selalu buat health screening mintak sponsor dekat anlene, vitagen, nestle etc~
mungkin bole try nestle utk milo ke?

iPai said...

mak ai .. sampai sakit2 dah .. bahaya betul ..


hee, dah lama tak buat aktiviti2 ni .. dah tak ingat step nak cari ..


hee, suka lagu ni tau .. tp instrument ye cam tak best sangat .. kalau ada yg nyanyi lagi best .. heee

iPai said...

laju ye balas ... tanjat boboi ..

sifu im said...

aku sedekah nuff jugak la kt ko er..tpi se klik je ni..haha

cik azeya said...

nanti lah tunggu saye ade sugar daddy baru leh sponsor. heheh

XD

Nurul Ezatee said...

Hai,lw blog awk,simple bit nice,jomlah FOLLOW blog sy.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...