Tuesday, September 6, 2011

Surat Cinta buat ...

Assalamulaikum semua rakan blogger.


Kita kena bergembira dan bersemangat waja sekarang ni. Alhamdulillah, aku dah makin okay. Terima kasih dengan komen-komen kelakar yang best-best tu yer. Suara aku pun dah semakin merdu dan tak rock macam Ella lagi. Terima kasih kepada ubat batuk yang bertukar-tukar sehingga tiga botol tu. Ada yang tanya, aku sakit apa. Simple explanation, allergi teruk lah. Menyebabkan sakit dada dan sukar bernafas. Lebih kurang macam tue lah. So, bagi yang allergi teruk atau baru nak rasa allergi sikit-sikit, baik jumpa pakar terus. Boleh mengundang maut bila tersalah makan.


Time nie aku baru sahaja tamat menaip surat cinta. Ayat klise pulak kan. Surat kepada seseorang yang sangat-sangat aku harapkan aku di tempatkan dalam taman hatinya. Aku sangat mengharapkan agar pertemuan kami diredhai dan memberi impak yang sangat positif untuk masa depan kami berdua. Semoga kami sama-sama mendapat apa yang diinginkan. Bagi sesiapa yang ada memendam rasa, sila bersabar. *pengsan !


Pergh ! Ayat jiwang tak hengat ! Sila muntah darah okay. Aku baru je siap taip surat rasmi untuk mohon tempat praktikal. Dua jam aku perah otak karang surat ! Kekok giler mencari ayat skema sopan-santun berbudi bahasa bagai nak buat owner syarikat berbesar hati nak ambil aku buat praktikal. Hahaha. 


Esok aku try terjah balik blog-blog yang komen aku. Malam nie kena tidur awal. Esok kena teman abah hantar adik daftar universiti. Kepada Tea, sila belajar elok-elok ye. Kat sana, boleh jumpa abg stalker. Hihi.


Belajar elok-elok demi masa depan yang gemilang !


p/s : Ada ke esok blogger yang daftar kat UiTM Shah Alam ? Jom jumpa. Hihi.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

10 comments:

muhamad hanif said...

"belajar tinggi-tinggi, smpai pucuk atap.belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab" =)

Ninie said...

Slm ziarah. Hehe...x jumpa pon kat UiTM td...xnmpak pon. * hehe
Kiter dh follow awk...follow me too ok.

http://thebeautyofsplendid.blogspot.com/

edz said...

jaga kesihatan anda... =)

Prince Halilintar said...

owh nak mohon praktikal rupanya..

iPai said...

takde2 .. uhuh ..

dapat pergi jalan2 pergi shah alam laa ni kan ? uhuhuh

apa kabar izfa .. ? selamat hari raya !! maaf zahir batin !!

::FAIZ FARISH:: said...

suka komen hanif

cha zainol said...

babe.minum ayer putih. semoga tekak cepat baek =='

Bella Bell said...

hahhaa.. ingatkan surat cinta apa.. good luck utk praktikal ea... :)

iKhRam said...

aamboi.. dah nak praktikal dah..

selamat yer..
kalau free, tulis surat kat saya satu.. best gak teriam surat nie..

humbleyat said...

wah gud luck izfa..nanti dah dpt tempat praktikal, jaga identiti gadis melayu dan muslimah, banyak cabaran tu nanti..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...