Friday, September 16, 2011

Tiada tajuk

Assalamualaikum semua rakan blogger.


Straight to the point. Luka hari tu masih parah ! Angkara fb yang sangat bodoh ! Manusia . . . manusia.


Belajar tinggi-tinggi, bayar yuran mahal-mahal, tapi still tak tahu guna akal. Sayang, seribu kali sayang. Kalau takat junior je yang bodoh tak apa, nie dengan yang konon-konon nya super senior sekali !


Ya Allah, jauhkan aku dari rasa benci yang teramat sangat ini. Setiap hari, masa berada di hostel dan persekitaran kelas, kerap aku berdoa agar LANGSUNG tidak terlihat hatta bayang sekalipun mereka-mereka yang membuat aku terasa terhina. Moga-moga Allah perkenankan doa aku sehingga habis semester ini. Kalau boleh, aku tak mahu langsung bertemu mereka sampai bila-bila, kalau itu yang terbaik untuk aku.


Sekarang, aku hanya perlu menyiapkan saki baki kerja yang kononnya AJK aku tue tak dapat siapkan. Ada dua tiga kali terserempak, tapi Allah itu Mengasihani hamba-hamba-Nya, kami dipertemukan di tempat aku di kelilingi sahabat-sahabat yang sentiasa melindungi aku. Alhamdulillah. Bukan aku berlagak sombong, tapi biarlah aku langsung tidak memandang dan melihat walau dengan sebelah mata apatah lagi menegur bergurau senda seperti sesetengah orang yang hanya talam dua muka !


Susah bila menjadi 'anak tiri' di sini. Kami batch pertama degree untuk kos ini yang baru dan tidak ditawarkan di universiti lain di Malaysia (aku tak ada senior). Mungkin kerana status kami bukan 'warganegara' dan hanyalah 'penduduk tetap', layanan kepada kami hanya sekadar asalkan boleh. Kami tak minta untuk dikasihi, tapi, hormatilah kami seperti mana anda semua mahu dihormati. Untuk pengetahuan korang, kat tempat aku tue cuma ada 6 kelas sahaja sekarang ni yang mana semester 1, 3, dan 5 adalah pelajar diploma dan semester 2, 4 dan 6 adalah pelajar degree. 


Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini, kebodohan 'super senior diploma' itu semakin jelas, nyata dan terang dan tidak berselindung lagi. Adakah mereka benar-benar bodoh ataupun mereka tidak tahu tetapi sombong bodoh ? Hanya Allah Maha Mengetahui.


Aku mohon pendapat kalian di sini kerana aku juga tahu, aku tak tentu betul dalam segala hal. 


1.  Adakah kalian yang kononnya ingin diraikan sebagai pelajar semester akhir oleh junior akan bersetuju untuk menghadiri majlis tersebut yang mana :


Anda langsung tidak tahu apa-apa tentang majlis tersebut, tidak ditanya tentang apa-apa (tema, makanan dan sebagainya), tetapi WAJIB mengikuti majlis itu dengan satu jumlah bayaran ? Anda mengetahui tentang majlis itu pun hanya selepas di'bocorkan rahsia' oleh mereka yang terdengar cerita dan bukan orang yang merancang majlis tersebut.


Junior itu pula adalah junior diploma yang langsung tidak pernah nak beramah mesra dengan anda dan terlalu sombong kerana dihasut dengan kata-kata bahawa tempat itu kepunyaan mereka dan pelajar degree hanya menumpang, mereka perlu mengkongker tempat itu, sehinggakan mereka tidak menjalankan kerjasama dengan junior degree aku dan hanya bertanya kepada 3 ORANG junior aku tentang tema majlis. Tetapi, kepada super senior diploma mereka, boleh pula tanya SATU KELAS !


2.  Adakah korang tak bengang kalau budak kos degree korang dikerah tenaga untuk mencari sponsor bernilai RM22,000 dalam masa 5 hari yang mana 3 hari dalam tempoh itu adalah cuti ?! Ditambah pula, ia merupakan rancangan budak diploma yang langsung tak mahu bertanya (kalau-kalau antara kami ada pengalaman mencari sponsor) dan merasa diri mereka sangat bagus ! 


Dunia oh dunia. Aku pernah bekerja. Aku juga seorang pelajar. Memang dunia pekerjaan itu jauh bezanya dengan dunia belajar kerana aku pernah melalui kedua-duanya. Aku tak faham kenapa masih ada manusia yang sudah melalui keduanya tapi masih tidak dapat mengaplikasikannya dalam hidup seharian ? Kenapa masih ada manusia yang perlu ditindas ? 


Tapi, yang jelas aku lihat, mereka yang melakukan perkara sebegini adalah mereka-mereka yang masih sunyi dalam hidup, tidak berpasangan tetapi mengkritik orang dengan mulut tak berinsurans, terkejar-kejar dengan ke'busy'an yang kononnya hanya mereka yang busy serta suka mengata-ngata kelemahan orang lain tanpa sedar mereka itu sangat lemah di sisi Allah Yang Maha Kuat.


Dalam hidup ini, manusia memang tidak akan senang dengan kesenangan orang lain. Bagi mereka-mereka yang tamak, ambil lah apa yang ada di sisi aku selagi kamu gila mahukan semua, tapi sentiasa lah ingat hukum karma di dunia. Bila sekali air mata aku menitis, pasti beribu kali air mata kamu akan tumpah tidak berhenti ! Rencana Allah lebih baik dari rencana kamu.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

17 comments:

Tukang Karut said...

susah aku nak komen pasal aku tak berapa dapat tangkap hujung pangkalnya cerita ini...

taliff said...

hahaha...aku pun macam TK jugak. Jadi kes nya manusia-manusia yang hanya talam 2 muka bukan. lepas tu anda sebagai pelajar degree dikerah oleh pelajar diploma?

Adehh....bawak bersaba yer dengan apa sahaja keadaan. satu lagi, 22 000 sangat banyak tu, takkan nak guna 5 hari sahaja? hadoiii

muhamad hanif said...

aku lebih suka diam =)

lavenderlover said...

susah tuk sy komen tp 1 thing 4 sure..sabar je la,k..bnyk2 doa..doa org dianiaya insyaAllah dimakbulkan..doakan yg baik,k..

Miss Red said...

Memang banyak orang macam tu dalam dunia ni..Perasan bagus dan suka berpuak2..konon diri sendiri je yang betul..sabar ok..chill..:)

Addin said...

sabar ye .

azeelia azman said...

emm xtau nak komen apa.tapi sabar lah ^^

Zul Fattah said...

erk.. nk cakap apa eh? ko sabaq je la.. cuba rujuk lecturer.. aku tak pernah jd pengurus projek or penganjur.. tp kalau urus pasal bola.. aku boleh r.

iKhRam said...

berdepan dgn manusia tidak semudah menajga sekandang kambing di tepi estet.. hahaha

sabar je la..
semoga entri lepas ni ada cerita2 yang best2 cam bulan pose tempoh hari..

huhuhuh.. amin

p/s - relax k?

dayu_myself said...

sabar ye cik izfanora..
huh..
bese la zamn-zaman skrang..
kbykn manusia nak mintak ikut tlunjuk dorng je..
tak minta pndapat dulu...
geram gk ngan orang mcam tu...
huh...

iPai said...

dasat ye izfa .. kena sabar banyak ni .. ni saya tak tahu nak komen cam ne .. sebab saya tak pasti izfa berada di pihak mana. jadinya, seperti selalu saya akan komen dengan seadilnya

saya sendiri ada pengalaman dalam organize dinner, menjadi senior pantau dinner dan senior yang diraikan ..

hmm, pasal dinner tuh memang tak patut berbuat begitu .. sepatutnya perancangan dibuat terebih dahulu, kemudian rancang kewangan .. sebab kita tak mahu duit yg kita bayar tuh membazir dan mungkin digunakan oleh pihak AJK ke tempat2 lain ..

mungkin dari pihak AJK akan kata tak cukup, tp sebenarnya perlu berhemah dalam berbelanja je .. berbelanja yang orang lain puas ati dengan harga yang dibayar


Punca masalah ye adalah komunikasi .. yg junior kena lah rajin bertanya senior .. yang senior juga rajin2 laa bertanya kabar junior .. kalau nak tunggu junior tuh nak tegur, memang sampai ke sudah tak habis ..

kenapa sahaja kita tak jadi orang yang memberi salam itu, kan yg memberi salam itu lebih mulia daripada yang menjawab salam. maka, tak salah senior pergi jumpa junior .. tak kisah laa orang nak kutuk senior tuh, atau ego sangat sampai malu nak jumpa ..

janji, kita yang 'memberi salam' dahulu .. sombong kita tak kemana pun ..

jadi kalau izfa boleh jadi org tengah utk konflik ini lebih baik .. dapat kata sepakat .. tak perlu kita kritik .. tapi tanyakan pada diri sendiri (bukan AJK, bukan senior, bukan junior tetapi semua orang yang berkenaan dalam kumpulan itu, termasuk yang datang berlenggang nak makan je), apakah sumbangan kita untuk membantu menjayakan event ini ..


(kalau versi kasar saya, saya akan kata: ada banyak lagi banyak benda besar yg perlu sepakat, inikan pula hal sekecil ini) maaf, kasar sikit ..

iPai said...

saya tak pakar sngt dalam sponsor ni .. bab plg fail .. so saya akan rasa sangat susah nak cari banyak tuh dalam masa 3 hari bekerja ..

Iz.Eusof (Abg Stalker) said...

korg ada hak.apa kata korg boikot.biar pdn mke dia majlis x dpt sambutan.berlagak sgt kn.

nFx said...

Manusia selalu lupa diri...

nFx
http://noframex.blogspot.com

sifu im said...

anak tiri la hidup senang..jadi cam bawang merah..msti kena jahat tau..hhaha

serizawa's said...

bersabar la yer..

Hayati A.G said...

kadang2 bila kita geram, harap dijauhkan sangkaan buruk kita tu, riasau juga kit ater"doa"kan yang bukan huhu...

memang sukar nak puaskan hati semua orang kerana tiada yang sempurna di dunia yang fana..mungkin itu cubaan utk izfa..haa kalau dah keje nanti, lagi banyak politiknya..kena kuat tau izfa:-)chayok2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...