Saturday, October 8, 2011

Hanya atas kertas

Assalamualaikum semua rakan blogger.


Terima kasih kepada yang sudi komen entry aku yang lepas. Kebanyakkan yang datang komen dari golongan adam. Aku tak ada niat apa pun, just share opinion tentang kata-kata yang dilemparkan terhadap nilai hantaran yang tinggi. Tiga kata-kata yang aku komen tue ialah, "macam nak jual anak pula !", "letak hantaran tinggi-tinggi bukan tahu masak pun !", dan "dari kahwin, tak tahu masak, tak pandai layan suami, baik aku beli kereta !". Bagi yang tak boleh terima pandangan aku, aku minta maaf lah. Tak ada niat buruk atau negatif, sekadar berkongsi apa yang sesetengah perempuan seperti aku rasa apabila dilemparkan kata-kata itu dan BUKAN pasal nilai hantaran yang tinggi itu.


Biar kan cerita itu pergi. Letih nak fikir dah. Hari ni aku nak share pasal carwash. Bukan aku buka perniagaan carwash, tapi aku baru je balik dari basuh kereta setelah berbulan-bulan berminggu-minggu kereta itu tidak mandi ! Sila jangan nak ternganga. Korang pun 2 x 5 jugak kan ? 


Yang aku nak cerita ni, pasal pekerja carwash tue. Rezeki aku lah sebab time aku pergi tadi, cuma ada sebuah kereta saja yang sedang dicuci. Tambah kereta aku, jadilah dua buah kereta. So, tak lah lama sangat nak tunggu kereta siap dibasuh. Aku pun terus park masuk tempat mencuci tue then keluar dari kereta, duduk lepak sorang-sorang bawah pokok, baca surat khabar. Sambil-sambil tue, aku usya lah pekerja-pekerja tue buat kerja.


Tetiba, aku teringat pasal satu artikel yang dipost oleh member aku kat fb. Kira sinopsis artikel tue pasal ketidakpuasan hati seorang graduan bila mana budak yang hanya ada pendidikan sehingga SPM banyak di tempatkan di sektor kerajaan berbanding graduan yang banyak menganggur. Lebih kurang lah kot artikel tue cerita macam ni. Korang ada baca tak ?


Kenapa aku teringat artikel tue bila aku tengok pekerja carwash ? Aku pun tak tahu kenapa, tapi mungkin otak aku berfikir, apa rasionalnya menempatkan graduan yang ada degree dan master kat sektor kerajaan atau swasta, berbanding yang hanya ada SPM ? Antara pandangan aku kenapa graduan TAK LAYAK:


1.  Memang bersepah sangat lah kes student tak pernah langsung buat assignment. Kadang nak copy paste pun malas tahap dewa ! Bak kata seorang lecturer aku yang dah berpangkat Dr., beliau punya seorang rakan yang ada master, boleh lepas hanya sebab bawa carry mark ! Group assignment jangan cakap lah, tak pernah nak stay dalam satu group. Kerjanya melompat-lompat ke group-group lain untuk subjek yang berlainan. 'Tidur' perkara biasa bila ada assignment. Mesti ada kawan korang yang macam ni kan ?


2.  Carry mark banyak mempengaruhi markah seseorang even sebenarnya dia seorang yang tak boleh perform untuk sesuatu subjek. Bayangkan kalau mark untuk lulus adalah 50% dan pembahagian markah adalah 60-40. Kalau carry mark dapat 51 pun, dah lulus, tak payah buat final exam. Heaven kan. 


3.  Apa yang diketahui oleh graduan, kebanyakkannya hanya teori sahaja, dan kadang mereka tak tahu untuk mempraktikkan apa yang dipelajari. Kawan aku sendiri pernah bercerita yang dia bengang sangat dengan senior kat tempat kerja dia yang ada master, tapi tahu cakap saja. Bila suruh buat, habis barang-barang reject. Alasannya, "aku ikut kat dalam buku. Dia tulis macam tue kalau nak buat camni !". Nasib lah buku tue tak pandai cakap. Hahaha.


Apa pandangan korang ? Aku juga bakal graduan, tapi aku sendiri rasa banyak kekurangan yang perlu ditopup sana-sini bila nak bersaing dengan budak-budak yang lepas SPM terus bekerja. Sebabnya, pada pandangan aku, dorang nie tak terlalu rigid mengikut buku, tetapi lebih kepada pengalaman. Aku tak berpihak kepada siapa-siapa, dan tolong jangan hentam aku okay. Nie pandangan aku saja.
Walau kau dan aku punya Sijil Pelajaran Malaysia yang tercetak di atasnya keputusan yang sama, dari kelas yang sama, sekolah yang sama, juga negara yang sama, bezanya tetap ada, iaitu NAMA kita !


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

14 comments:

♥ ciss peanad ♥ said...

saya setuju !
pernah merungut di dalam aty.
buang masa aku belajar lama2 utk dpt diploma.
(time nak apply keje dulu. bnyk keje yg nk lpsn spm. bila ada yg nak, gaji pulak setaraf dgn spm
p/s : yg sbnrnye sekarang org lebih tgk pada kemahiran dan pengalaman.

Zul Fattah said...

seperti yg aku kata sblum ni r..
kalau mas kahwin tinggi, boleh.. tp kena pandai semua r.. mngaji pandai.. masak pandai.. kemas rumah pandai.. ni baru dpat bagi hantaran tinggi..
klulusan tak penting.. yg penting.. budi

Abg Stalker said...

kemasukkn utk ke IPTA skrg ni berdasarkn SPM.so kesian pd graduan diploma utk menyambung degree.Kdg2 pelajar ni lmbt sdr dr lamunan.Klu dlu mgkn masa spm dia main2,so x de gempak mn spm diorg.ble da diploma dpt dean award lg tu.Tp sygnya pihak Universiti meletakkn syarat bm,bi,math/+math wajib kredit dan 2subject sains (fzk/kimia) lulus.kebykknya bdk2 dr kolej swasta la kn..spm da tentu la K.O tp diploma diorg ok,yg malangya syarat kemasukkn ke IPTA sgt tipis tuk diorg.Bg graduan Poli peluang tu nmpk la jgk.so skrg yg swasta/graduan diploma IPTA dianak tiri kn tuk smbg degree.Nk masuk sektor awam skrg ni pun diorg tgk spm.cmtu kita yg da bljr bertingkat2 ni x gn la dpt ijazah pertama sklipun klu kita dipndg pd taraf spm jgk.ini tidak adil!

Tukang Karut said...

aku sebagai engineer yang dah berkerja, aku tau, bukan maknanya kalau ada master pandai buat kerja...

sue perbs.. said...

tk dinafikan ade graduan yg mcm tu.. mengharapkan carry mark je.. buat test/kuiz pon meniru.. akibatnye rmai la graduate yg kurg brkualiti

budak penjara said...

yes.klu pandai masak ke..solehah ke..complete katakan..ltk 20K pn aku rembat tau..tapi mntak kurang ye skit mak cik..ngeeee

cha zainol said...

yeeeeeeees~ anda betol :)

taliff said...

setuju.

Tapi sebagai graduan kita sebenarnya dilengkapi dengan satu lagi keistimewaan diri yang kita sendiri tidak akan tahu apabila mula mencari kerja kelak. Mmg susah untuk dijeaskan, tapi kamu akan faham sendiri kelak.

Hehehe..kekuatan yang tidak kita fahami datang dari mana. :P

iKhRam said...

bg saya kelulusan itu sangat penting. Mungkin kesilapannya bila ada graduan yang tidak berkualiti tetapi mendapat tempat yg terbaik dalam kelulusan.

mungkin ada tapi jumlahnyer masih kecil. kerana kalau terlalu ramai begini, masa depan negara sudah atau mungkin akan gelap.

baiklah.
kenapa kelulusan itu penting. Dalam pekerjaan yang memerlukan akal, skiranya diberikan kepada orang yang silap atau tidak mempunyai tahap akademik yang sepatutnya, sudah pasti kebeekesanannya akan terganggu.

lagipun
kesian makhluk tu berhabis duit nak grad.. last2 jawatan sepatutnya tu dipegang oleh orang yg hanya ada spm saja.. tak adil kan?

dan saya percaya
allah itu adil dalam menentukan masa depan seseorang.

apapun
orang yg dpt spm tak semestinya tak boleh berkhidmat dalam pekerjaan. kemahiran itu penting juga.

LadyBird said...

pernah lady terbaca satu pendapat. graduan digalakkan menceburi bidang perniagaan atau perkhidmatan supaya mereka dapat sama2 menyediakan tempat untuk pengaggur bekerja. Graduan kan diberi kelebihan ilmu untuk create suatu bidang yg boleh bantu org lain..

Saiazuan said...

jgn menjesal belajar.. jgn malas belajar.. banyak doa dekat DIA.. taraf education bukan pengukur kejayaan kita :D

dayu_myself said...

ad btulnye jgak...
mybe dri SPM tu boleh tgok krjinn plajr tu sndri tpi bile bdk U,skang dah byk sgt kes2 bdk dpt rsult bgus2 mcm tu....lpas tu tiru mnru...dan ssh nk aplksi kepda pe yng dpljri...
tpi brbeza antra U...
mcm um,wlu shbat mne pun,klu kuota dah 2 orng je boleh dpt A, lau rnking anda ke-3 dan sgt trer,still dpt B...sgt sdih...huh....
tpi bile tgok U lain,mcm kcng goreng je dorng dpt A,lps tu nota dah dsdiekn....
ktorng tngkus lmus dptkn nota,ape pon trak..

^__^"

Amri Abd Rani said...

suka dgn seseorang yg berhenti sekolah dan pergi belajar sesuatu (repair kereta, hawa dingin dll), dia sedar dia xpandai & xmnat dgn skolah, jadi belajar sesuatu yg lain lebih berfaedah dr berada di skolah. Org Cina dah lama mcm ni...sbb tu diaorg jadi tauke2 besar...jgn kata degree, spm, pmr (dulunya SRP) pun xde..!!!

EYFAalias said...

1. yeah memang bersepah student malas nk buat assignment. Copy and paste pun malas. tapi nak lulus. entah apa2. langsung xse usaha. kalau group assigment semua melarikan diri. bila ajak bincang masing2 la busy. benci jee.

2. carry mark memang banyak membantu. eyfa as student memang skor dekat carry mark ajelah. nak harap final exam memang susah sikit la. hehee.

3. betu betul. sebenarnya apa yng kite belajar xsama dalam kehidupan bekerja tu. eyfa practical dulu selalu kena marah sebab asik salah je padahal kite ikut apa lect ajar. huhu.

pandangan? belajar daripada bawah. jangan memilih kerja. hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...