Saturday, October 1, 2011

Harga diri vs harga pasaran ?

Assalamualaikum semua rakan blogger.


Dari semalam, kepala otak aku ligat berputar dan berfikir. Serabut ! Masalah negara ke ? Aku sendiri pelik, kenapa aku terlalu fikirkan benda ni. Mungkin sebab semalam aku baru start BW giler-giler, sampai aku pun dah nak giler. Nie semua gara-gara kes ramai sangat minah-minah dan mamat-mamat yang sibuk post pasal nilai hantaran mahal sekarang ni. Mesti korang semua ada tengok kan. Tak kisah lah sama ada tengok kat facebook atau blog.


Rata-rata aku tengok, yang perempuan nak menang kan statement tu, dan yang lelaki bangkang sekeras-kerasnya. Aku pula tak fikir sangat, bukan sebab aku perempuan atau sokong lelaki, tapi sebab ada pro and cons setiap benda ni jadi. Aku just share pendapat aku lah kat sini. Tak ada niat nak menunding jari mana-mana pihak.  Tapi, entry ni aku just share pandangan aku terhadap kata-kata yang dilemparkan.


"Macam nak jual anak pula !" 


Kata-kata seperti itu sebenarnya sangat menyakitkan bagi aku. Sebagai seorang perempuan, proses 'jual beli' itu seperti merujuk kepada keadaan 'tawar-menawar' antara seorang pelacur dengan pelanggannya. Adakah kami, perempuan dijadikan hanya untuk memuaskan hawa nafsu seorang lelaki ?


Ada juga yang menyatakan bahawa ibu bapa mahu 'bersaing' dengan orang lain (penduduk setempat, kawan-kawan, saudara-mara atau lain-lain), nilai hantaran anak siapa yang paling tinggi. Kadang, cuba kita bertanya dengan diri sendiri. Siapa kita mahu masuk campur perihal ibu bapa ? Betul ke mereka mahu menunjuk-nunjuk ? Betul ke mereka mahu bersaing ?


Atau mungkin, ibu bapa sengaja meletakkan aras harga begitu kerana tidak berkenan dengan calon suami anak mereka. Kadang, bukan dicari lelaki yang gah, hebat namanya di sana-sini, tapi solatnya terkontang-kanting. Ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Mungkin dengan cara meletakkan nilai hantaran begitu, membuatkan lelaki berfikir semula, adakah perempuan itu jodoh mereka. Sudah tertulis dan terbukti juga, bila mana seseorang itu jodoh kita, insyaAllah, jalan mendapatkannya juga mudah. Bila dah terlalu sukar, susah digapai, mungkin mereka bukan hak kita.


Pergi ke kedai, ingin membeli sabun mandi. Di sebelah kiri, jenama X berharga RM2 dan di sebelah kanan, jenama Y, berharga RM20. Kalau aku seorang pelanggan, perkara pertama yang singgah kat kepala otak aku, "murahnya sabun mandi jenama X ni. Elok ke ? Tak kurap ke kalau guna ?". Lalu aku akan capai sabun mandi jenama Y. Meletakkan nilai hantaran yang rendah juga (maksud aku, tak ikut semasa, tapi bukan tahap melampau-lampau) kadang membuatkan ibu bapa pihak lelaki (bukan orang lelaki yang nak kahwin tu) berfikir panjang, "betul ke bakal besan aku ni ? Murah giler letak hantaran !".


Budaya Malaysia menunjukkan bahawa kenduri makan biasanya dibuat di rumah pengantin perempuan. Kadang, di rumah pengantin lelaki, tak ada majlis pun. Kenapa ? Untuk memberitahu kepada seramai boleh masyarakat bahawa perempuan itu telah bersuami, dan tidak boleh dipinang. Berbeza dengan lelaki yang boleh bernikah lebih dari satu.


Lelaki yang ingin berkahwin dengan seorang perempuan mudah sahaja fikir nilai RM10 000 pada tahun 2011 sangat tinggi. Aku nak tanya mana-mana lelaki, siapa yang sanggup berkahwin dengan seorang perempuan dengan hanya memberi mas kahwin (ikut negeri masing-masing), tetapi segala kos kenduri ditanggung sepenuhnya oleh lelaki ? (sewa khemah paling kurang 5 buah, ayam sekilo lebih kurang RM10 x 1000 jemputan, beras, gula, bahan-bahan masakan, cenderahati untuk tetamu kurang-kurang telur sebiji RM0.25 x 1000 jemputan<-- tak kan nak bagi telur camtu je, kena ada bunga RM0.30 x 1000 jemputan, kad jemputan kahwin dan segala bagailah) Lelaki, tolong kira, berapa jumlahnya ? Kalau tahun 1999, nasi lemak kat sekolah baru RM0.20. Sekarang, try cari nasi lemak harga camtu. 


"Letak hantaran tinggi-tinggi bukan tahu masak pun !"


Masak ? Itu saja ke nilai harga diri seorang perempuan ? Kalau lelaki yang tahu masak tue, nyah ker dia ? Pondan ? Sempit sungguh pemikiran orang macam ni. Jangankan nak majukan perniagaan, nak uruskan diri sendiri pun belum tentu boleh !


Kenapa aku cakap macam tu ? Pernah kah lelaki menjadi seorang perempuan ? Perempuan juga tak pernah menjadi seorang lelaki. Apa beza antara dua jantina ini ? Tanggungjawab ! Ada tak sesiapa kat sini yang tahu peratusan berapa ramai lelaki yang telah bergelar suami, bangun awal pagi seawal 4.00 pagi untuk mandi (kadang mandi wajib sebab tunaikan tanggungjawab kepada suami pada malam sebelumnya <-- sila fikir positif), membasuh baju untuk keluarga (even menggunakan mesin basuh, kalau tak ada tangan yang menekan suis, tak buat kerja juga mesin basuh tu), menjemur baju di ampaian, menyediakan sarapan pagi, mengejutkan anak-anak pergi sekolah dan siapkan mereka dan gosok baju untuk semua (termasuk suami <-- lelaki ni !. jarang dengar lelaki gosok baju sendiri lepas kahwin) ? 


Adakah tertulis di dalam Al-Quran, panduan semua umat Islam, itu tugas-tugas yang menjadi kriteria utama, pengkelasan bahawa perempuan sebegitu ? Pernah tak kamu seorang lelaki terfikir, di saat hujan tiba-tiba turun dengan lebat, seorang perempuan yang kadang sedang memasak untuk santapan kamu, kadang sedang menyusukan zuriat dari benih kamu, kadang sedang melayan kamu !, terpaksa berlari ke luar rumah, menuju ke ampaian pakaian untuk mengangkat kain jemuran ? 


Sekali-sekala mungkin ada lelaki yang buat, tapi sekali-sekala itu berapa kali dalam setahun ? Atau berapa kali dalam lima tahun ? Pengalaman aku sendiri menyaksikan, adik-beradik lelaki aku tak kisah pun melihat langit mendung. Sedangkan waktu itu, aku berada di pasaraya untuk membeli barang dapur. Sampai di rumah, sedih, pakaian semua basah ! Mesti ada yang kata, "adik kau malas !". Bagi aku, bukan malas, tapi bukan kebiasaan mereka ! Perlu diingatkan, baru nak buat ! Tapi, bayangkan kalau kami perempuan tak memasak, tak buat kerja rumah. Kami dikata malas ! Sebenarnya, kita mengikut budaya yang mana kerja rumah itu wajib dibuat oleh perempuan. Budaya yang menghukum perempuan menjadi sebegitu. 


Kalau lah perempuan berkata, "kami mahukan pembantu rumah !", lelaki pula berkata, "baik aku kahwin dengan pembantu rumah, dari kahwin dengan kau !". Adakah martabat kami sebegitu ? Sangat menyedihkan bagi mereka-mereka yang berfikiran kolot tue. Dalam erti kata paling mudah, tak ada bezanya lelaki berkahwin dengan mana-mana perempuan pun, kerana taraf mereka sama saja = pembantu rumah !


"Dari kahwin, tak tahu masak, tak pandai layan suami, baik aku beli kereta !"


Semua orang mengharapkan perkahwinan pertama yang dibina bersama orang yang dicintai kekal sehingga ke akhir hayat. Nama pun perkahwinan pertama. Confirm lah pengalaman pertama dalam semua aspek. Semua ! Bukan separuh, tapi semua aspek. Kau kahwin dengan orang selangor, tapi hari pertama kahwin dah minta dia masak nasi dagang ! Anak dara terengganu pun belum tentu tahu masak nasi dagang ! Kalau camtu lelaki dah kata perempuan tak tahu masak, memang lelaki tue tak patut berkahwin. 


Kenapa harga kereta berpuluh ribu lelaki sanggup bayar ? Sebab bukan cash ? Hutang ? Kereta bukan aset, tapi liabiliti. Adakah perempuan itu juga liabiliti ? Ya, perempuan akan jadi liabiliti kepada seorang lelaki yang tidak tahu memimpinnya. Dosa seorang perempuan yang telah berkahwin jatuh kepada lelaki yang bergelar suaminya, sekiranya suami tidak memimpin dan mengajar isterinya perkara berlandaskan syarak. Mesti ada yang cakap, "perempuan tue degil sangat, tak nak dengar cakap suami !". Macam awal-awal aku cakap lah, kalau dah nampak sangat kesusahan jalan untuk mendapatkan sesuatu, mungkin bukan itu yang terbaik untuk kita.


Kahwin lah dengan kereta, kalau kereta boleh bagi kau anak ! Sudah terang lagi kan bersuluh, jangka hayat kereta memang kita tahu. Bukan sampai akhir hayat nak hidup dengan kereta. Memang best duduk dalam kereta mahal, kusyen empuk, aircorn sejuk, banding dalam rumah, nampak isteri peluh-peluh sebab jaga anak, comot pucat lesi bangun awal pagi kemas rumah bagai, tapi ingatlah, zuriat kamu wahai lelaki datang dari rahim seorang perempuan. Memang tanpa kamu, mereka tidak akan mengandung, tetapi, jangan lupa juga, disebabkan kamu, perempuan itu tak ada bezanya dengan dagangan yang lain kalau bukan kamu yang mengangkat darjat mereka.


Okaylah, tiga point je lah aku share. Tapi dah panjang lebar. Banyak lagi point, tapi nanti panjang sangat. Tunggulah next entry ye. Tapi tak tahu lah bila. Kalau hari ni aku dah balik hostel, minggu depan lah entry baru aku. 


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

17 comments:

Iz.Eusof (Abg Stalker) said...

beli prmpn?kejam bunyinya.'membeli' isteri bukan seperti melanggan pelacur di lorong2 gelap.pki buang mcm pampers.Beli isteri adalah perempuan yg tinggi martabat dan darjatnya.Jd x seharusnya mengeluh tentang hrg hantaran.seharusnya biar la berpada.Mgkn hrga yg tggi terletak pd bakat,kecantikan,kerjaya,pendidikan,dan atau mgkn hrga brg yg kini sumenya mhl tuk bt majlis.kne la jgk consider for both side.x bole pentingkn dri sdri,saling menunding jari.ikut kemampuan si lelaki.saling bertolak ansur.

Saiazuan said...

hmm better nego price hantaran tu.. bkn proses trading kan, ia ibadah..:)

Azroy Kassim said...

baa~ CAK!!

waa.. bknmain marah lagi. haha

bkn pe.. lelaki mcm tu sebab nak bagi pahala dekat isteri.. perempuan senang dpt pahala.. tak macam lelaki.. dosa isteri, ank permpuan yg belum berkahwin, saudara perempuan yang belum berkahwin, semua laki yang tanggung dosa diorang...

http://blog-sunahrasul.blogspot.com/2011/03/nasehat-rasulullah-kepada-anaknya.html

chill~

muhamad hanif said...

kesian aku sebab aku lelaki. jangn tinggi sangat hantaran nya yaa,



AHHAHAHAHAHAH

iKhRam said...

malas nak komen tentang isu-isu cam nie..
tp kalau minta harga-harga mahal-mahal.. lelaki boleh cari.. apa nak baut dah cinta kan..??

tp bila lepas kawin nnt makan nasi lauk telur campur kicap..
orang perempuan leh join ker??

apa2 fikirlah tentang kemampuan bakal suami tu sama..

tu jer..

ingat
keputusan yang kita ambil hari ni
sebenarnya memberi kesan kepada nasib hidup seseorang apda masa akan dtg..

jadi kalau nak amik hantaran mahal, kalau lelaki tu mampu.. apa salahnya..

tp kalau nak tolak pun pinangan seseorang, dengan meletakkan hantaran yg tinggi tu bukanlah keputusan yg tinggi..ada byk cara lain..

edz said...

pendapat yang menarik... I have a book u might wanna read... Tajuknya "indahnya kahwen muda"... kalo nak pinjam roger je... :P

Tukang Karut said...

jangan sampai mahal sangat sampai tak laku... hoho... dan jangan sampai yang halal susah dapat dan yang haram berleluasa... fikir fikirkan dan renung jangan sampai termenung...

aziekz said...

fuhh,,hee,,,buat aku tersenyum :)
sbb tang tak tahu masak tu ada jgak cternye,,,

mmg kontraversi skang bab2 hantaran..tu la llki takut nak kawen,,,tp kdg2 yg nak khwin ok je,,,tp bab famili melampau masuk campur tu yg jd kalut,,,

arap2 yg nak kawen,,,dua2 blah pihak saling bertoleransi,,


mmg hangat la post ni nnt,,,:)
thanks krana menziarah :)

jeBateja said...

Ahakz...isu panaz ni...cuma nak kongsi sumtin....den kahwin tahun 2000...bajet KENDURI den masa tu ialah rm6000...itu belah lelaki yeee...belah pompuan tak taw aaa....ahakz. so kalau now hantaran pompuan rm10k....den raso...ok...munasabah.

Bab masak plak...den raso bukan istilah pembantu rumah yang patut di perbesarkan. Tapi bab kasih sayang isteri kpd anak n asben nya. Den lebih percaya bahawa dgn air tangan isteri lebih mengikat kasih sayang seperti mana bila kita sentiasa merindu masakan ibu kita yg selama ni memasak utk kita. Jadi dgn konsep ini, susah utk lelaki berpaling kasih kerna kasih sayang isterinya ada disegenap salur darahnya...kalau lelaki terpesong pada yg lain pun, isyaAllah mudah utk ia kembali kepada isterinya yg sering memasak utknya....bukankah itu salah satu usaha...iktiar mengikat kasih suami...jika berlaku juga lelaki berpesong kpd yg lain...maka...yg kita tak taw...jodoh, maut dan rezeki di tangan NYA.

Kesimpulannya...KAHWIN lah bila dah sampai JODOH...ahakz...duit2 ni belakang citer...kalau dah JODOH...duit tak de pun boleh di usahakan...cuma di permudahkan or tidak jerk. Mcm org gi Mekah le...duit banyak pun belum tentu boleh pergi kalau ALLAH tak jemput...yang penting USAHA...selaps tu TAWAKAL....errr...rasanya begitu lah dari hamba yang JAHAT ni...ahakz

::FAIZ FARISH:: said...

kalau mahal sangatpun, susah... nanti laki tu cari lain... so ikut kemampuan la...

cha zainol said...

ikut lah kemampuan lelaki. dan lelaki pon kalau di cakap seikhlas hati jangan lah pulak tak agak - agak nak memberi, fikirlah yang bersesuaian.

dayu_myself said...

tu la...bagi aku, kene berpada-pada la ikut kemmpuan...
klu lki tokey emas,boleh la minta tnggi2..tpi tgok jugk la,jgn smpi mcm nak jual ank plak...

klu lki kerja bese,jgn la dok ltak 50 rbu,stkt nak buat mjlis ala kadar,x slah klu minta yng berssuaian dgn mjlis yng dlksnakan..

aslkan tak de hutng mnggung lpas khwin...hidup amn sntosa..muahahha...ceh..mcm nk kwen plak..
ngeee
^__^

Zul Fattah said...

aku tak stuju r dgan mas kahwin yg tinggi.. ini bg beban kat laki r..
bukan semua laki yg ada ni bekerja,pangkat besaq.. pikirlah sikit.. seelok-eloknye ialah wanita yg ringan urusan kahwinnya..

Zul Fattah said...

aku tak stuju r dgan mas kahwin yg tinggi.. ini bg beban kat laki r..
bukan semua laki yg ada ni bekerja,pangkat besaq.. pikirlah sikit.. seelok-eloknye ialah wanita yg ringan urusan kahwinnya..

budak penjara said...

mahal2 wt pe..nk jual anak ke??hehe

Hayati A.G said...

wah izfa!entri panas ni,ada yang tak puas hati yerk..hmm..nak komen pun susah jugak..yang penting berterus terang tentang kemampuan masing2 dan perlu faham keadaan sekarang..sebab semua kos naik dan mahal..huhu...

dalam diam saya kagum ada juga yang meletakkan hantaran yg rendah tp itu subjektif, setiap orang ada kisah yang berbeza, bukan semua cerita itu serupa huhu...

sue perbs.. said...

pnjg lebar hujah ye.. msing2 ade pndngn msing2 kan.. suke pndngan awak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...