Monday, November 7, 2011

Cinta baru

Assalamualaikum semua rakan blogger.


Apa khabar semua sahabat ? Confirm masing-masing kenyang perut melantak daging korban kan ? Daging fress, bersih dan suci memang sedap. Dari semalam, sup tulang, rendang dan macam-macam menu dah masuk dalam perut ni, sampaikan terasa muak bila pergi ke dapur. Tapi, memang gigih semalam sambut Aidiladha. Mana tak gigih kalau 5 ekor lembu tumbang untuk kariah aku saja. Tak masuk lagi kariah lain.


Kali nie, bukan nak cerita pasal raya. Tapi, cinta baru yang telah mula bertapak di hati. Sebenarnya, nak post lama dah, 01 November lepas. Tapi, disebabkan modem wifi internet rumah aku nie disambar petir, tak dapatlah aku nak post cerita cinta baru aku ni. Aku pendam-pendam, sampailah menjadi barah di hati (ayat tak ingat !). Aku terlupa nak post cerita ni sebenarnya sebab sibuk layan anak buah yang ramai dan bertungkus-lumus kat dapur. Korang bayangkan lah, semalam, tengah aku sibuk-sibuk siapkan anak buah aku mandi, kakak aku boleh mengidam pula nak makan kek batik. Memula aku ingat malas nak layan kerenah dia, tapi, bila fikir dia duduk Melaka, kadang-kadang je balik, aku pun bersiap lah pergi econsave, terpaksa bawa sekali anak buah aku dua orang ! Pergh, dah lah masih kecil. Bukan apa, aku takut hilang sebab yang sorang tue dah laju sangat berjalan, dan yang sorang tue baru pandai berjalan dan takut orang !


Sampai saja rumah, aku pun mulakan operasi. Tragis dan sadis, tak pernah nak menjadi kek batik aku. Tak tahu lah kenapa. Memang aku tak ada bakat buat kek tue ! Tak pe lah. Tak jadi pun, tetap habis dimakan dan masing-masing tetap cakap sedap.


Kembali ke tajuk utama. Cinta baru aku ni bukan pasal aku jatuh cinta untuk membuka kindergarden sebab ada pengalaman jaga anak buah yang ramai dalam satu masa atau buka kelas masakan buat kek bagai. Tapi, jatuh cinta dekat game minesweeper. Korang tau tak game ni ? Mesti korang tau sebab game nie dah ada lama dalam pc kita. Dari kita kecil-kecil game ni dah ada. Cuma tahu dengan tak tahu je nak main. Alah, game yang bila kita klik box tue, keluar nombor atau bom.


Yang buat aku sangat teruja nak bercerita sebab untuk pertama kali dalam hidup aku, aku dapat menang game tu ! Sangat mengujakan aku rasa bila dah perah otak. Game tue sangat menguji kecekapan kita sebenarnya. Secara tak langsung, otak kita berfikir. Tak lah mengadap laptop tue, tak fikir apa-apa. 


Nie bukti aku dah menang game tue untuk pertama kali dan kali kedua. Aku dah menang banyak kali lepas kemenangan tue. Sekarang, tengah try untuk bom yang lebih banyak dan juga tengah gigih balas kunjungan korang semua lepas modem dah tukar baru. Selamat mencuba.


Catatan masa : 373 saat
Kejayaan pertama selepas 138 kali percubaan (gagal sekali tak bermakna gagal selamanya !)
Tarikh : 1/11/2011

Catatan masa : 232 saat
Kejayaan kedua selepas 150 kali percubaan. Maknanya, percubaan ke-12 selepas kejayaan pertama, kejayaan kedua muncul.
Kejayaan bukan datang bergolek tanpa usaha dan kerja keras. Kejayaan yang datang dengan mudah pastinya tidak memberi apa-apa impak positif dan juga kepuasan, tetapi hanyalah riak dan bangga diri. Kegagalan hari ini bukan bermakna tiada kejayaan untuk hari esok. Orang yang tidak pernah gagal adalah orang yang jarang bersyukur dengan kejayaan di depan mata.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

11 comments:

EYFAalias said...

tak suka game ni. ahhaa. sebab tak pandai main. hehehe

semutsengal said...

hahahah.

tahniah untk kau yang baru tau aa.



ALLALALALALAALLALA

Abg Stalker said...

len kli minx la sy resipi kek batik melaka asli :P hahahah..eh,x suka la main game tu.#blur.

Tukang Karut said...

138? erk... cuba lagi ye...

cha zainol said...

usaha tangga kejayaan :)

iKhRam said...

x pernah tau pulak game tu ada strategi.. sebab selalu main tekan2 jer..

punya la tak penah main utk ke sekian tahunnya.. lupa wujud lagikan game tu.. hahaha

semoga bhgia dgn cinta baru itu.. hehehe

edz said...

ceh! pasal game rupanya... LOL!

JIJI YU said...

aku mmg pro main game ni..

eh aku tgk muka engko cam sorang blogger tu weyh..ahah..

Nazryn Mishar said...

haha. takpenah menang pon maen game ni. ade cheat ke? hehehe~ :p

suri said...

mmg tak tahu main game ni sll je kalah heee..

ada petua ke utk menag games ini heee,cwe citer

Hayati A.G said...

salam..

owh..ingatkan cinta baru apa td kih2..

rupanyaminesweeper..dulu sellu main tetapi asyik kalah je sebab tekan2 nak hilangkan mengantuk je

kira tererla izfa..hehe..tarikh bersejarah pulak tu 1.11.11...memang dalam sejarah lah..tahniah beribu2 lemon:-)hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...