Friday, January 20, 2012

Manjakan diri anda

Assalamualaikum semua rakan blogger


Nampaknya, hari ni ramai yang keluar ofis dengan senyum lebar. Al-maklumlah, minggu depan cuti Tahun Baru Cina. Bergumbiralah semua. Status fb pun bersepah-sepah sibuk cerita pasal cuti. Tue tak cukup lagi dengan member-member aku yang bersungguh booked tempat honeymoon. Seronok sungguh baca status masing-masing. 


Memandangkan semua orang sibuk cari tempat bercuti, berpesta, bersuka-ria, maka aku pun sibuk lah fikir aktiviti apa yang nak dibuat yang boleh menghiburkan hati. Yelah, aku dah memang lama sangat dalam mood bercuti. Mood honeymoon, belum lagi. Kenalah fikir alternatif lain.


Makanya, petang tadi aku pergi ke salon sebagai permulaan. Memang kelakar. Bila fikir balik apa kejadahnya aku ke sana. Nak kata mandi susu, mandi bunga, lulur bagai, untuk apa lah pulak. So, aku pun membuat keputusan untuk mencuci rambut dan memotongnya. Sangat best bila fikir aku buat perkara yang akan membuat abah aku membebel. 


Kenapa orang lelaki suka perempuan rambut panjang ? Soalan tue selalu aku utarakan masa aku kecil-kecil dulu. Sebabnya, mak aku rimas tengok anak-anak perempuan dia berambut panjang. Mak kata, "budak-budak bukan tahu jaga. Nanti macam-macam masalah. Kutu lah, apa lah. Lagi pun, dorang panas kalau rambut panjang. Tunggulah besar sikit baru bagi dorang bela rambut tue". Itulah ayat mak aku selalu guna bila tiap kali nak bawa kami adik-beradik perempuan pergi gunting rambut.


Tapi, alasan abah aku, "abah suka tengok anak perempuan abah rambut panjang. Nampak manis. Kalau rambut pendek, macam lelaki". 


Aku pun dah terlalu biasa berambut pendek. Awal 20-an baru lah aku cuba berjinak-jinak berambut panjang. Rimas dan panas. Aku pernah potong pendek macam masa kecil-kecil dulu tanpa pengetahuan abah. Sampai rumah, abah pandang semacam. Tak nak tegur aku. Merajuk kot tengok rambut anak kesayangan dia tak mengikut citarasa dia. Hahaha.


Dah kenapa aku cerita pasal rambut sahaja nie ? Sebenarnya, pasal pergi salon tue, aku cuma mahu memanjakan kepala aku sahaja. Memang best sangat bila kepala aku diurut masa dicuci. Rasa ringan je kepala nie. Tapi, sebenarnya, tak elok sangat kita pergi cuci rambut kat salon nie. Yelah, dorang nie akan keringkan rambut kita dengan hair dryer tue panas sangat. So, kalau nak buat pun, ikut keadaan lah. Tak perlulah pergi selalu.


Tak salah sekali-sekala memanjakan diri. Baik juga untuk ketenangan emosi.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

7 comments:

si ngokngek said...

HAHA,ya ka laki suka perempuan rambut panjang..tp buat masa nie ayah tak pernah tegur lagi lah..

best letteww manja-2 kan diri..
happy weekend)

cha zainol said...

setuju! xsalah memanjakan diri!

Daddylicious said...

kalau budak2 suka tengok rambut panjang tapi kalau yang tua2 suka yg rambut pendek...

LARA AQIDA said...

memang lelaki suka perempuan rambut panjang tapi bagi perempuan, bukan mudah nak jaga tau. macam qida rambut pjg sgt. dr ting 5 bela. skang syampoo 2 botol dperlukan sebulan. kena rajin g salon tuk wat treatment. bhabis bratus2 utk rambut je huuuu

Pencacai Alim said...

guna kipas je nk kering rambut..hehehe.. :)

Hayati A.G said...

tapi mmg best gi spa..sekali sekala merasa dimanjakan apa salahnya.

asyik terstuck dengan dokumen di ofis je..bosan jugak..
sekali sekala hendak juga dimanjakan,

lepas tu mesti rasa semangat blik kan?;-)

Apple said...

Mnd kn ada cara yg sesuai gak, kn? Cam kn basahkan rambut dl, bkn sekadar siram atas kepala tp kn bagi air masuk kat celah2 rambut dan kn kulit kepadla.

Pastu bubuh 2 picit syampoo kat tpk tgn,agak2 dkt penuh tpk tangan. then apply kat rmbt yg basah. lembut kepala spy syampoo kn kat kulit kpala n rmbt sepenuhnya. hehe..

Ske syampoo yg sejuk2, dpt rasa kat kepala. wuu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...