Monday, January 16, 2012

Peribahasa

Assalamualaikum semua rakan blogger


Apa khabar semua ? Semoga sihat hendaknya. Aku terasa member blogger macam makin sunyi. Kenapa ye ? Aku je ke yang rasa macam tue ? Mungkin sebab dah lama aku tak berjalan-jalan dan post entry, aku semakin dilupakan. Touching pulak.


Kenapa hari ni aku buat tajuk Peribahasa ? Mungkin kah aku nak mengajar korang semua bagaimana nak gunakan peribahasa dengan betul ? Adakah aku nak menjadi cikgu bahasa melayu semula ? Ataukah aku ingin berperibahasa di sini ? Semuanya bukan. Ini gara-gara petang tadi aku berborak dengan adik lelaki yang aku rapat tue. Timbul jugak persoalan kat kepala aku ni, "kenapa bakal cikgu sukan ni banyak sangat cakap pasal peribahasa dekat aku ?". Aku musykil juga, tapi aku nak share kat korang intipati perbualan kami.


Aku tak pasti kebenarannya, aku just share sahaja. Ada dua peribahasa yang aku nak kongsikan dekat korang.


Bagai melepaskan batok di tangga


Batok dan bukannya batuk yang selalu kita kena tue. Korang tau kan batuk yang selalu kita kena tue, time demam dan lain-lain tue. Sebenarnya, dalam peribahasa ni, batok nie bermaksud gayung yang dulu-dulu yang dibuat dari tempurung kelapa kat tepi tangga yang diletakkan kat tepi tempayan tue. Korang pernah tengok tak ? Dulu time sekolah, ada sekali cikgu suruh buat batok nie. Time kemahiran hidup tak silap aku. 


So, kiranya, dalam peribahasa nie, kalau letak batok kat tangga tue akan meninggalkan bunyi lain selepas basuh kaki. Sepatutnya, lepas basuh kaki tue, sangkut batok kat tempat dia semula. Tak adalah bunyi lain yang kedengaran selepas basuh kaki. Betul tak ? Ataupun, kalau tak letak semula batok kat tempat dia, kira orang tue buat kerja tak sempurna lah. Ala kadar saja.


Harapkan pegar, pegar makan padi


Pegar nie adalah burung yang berfungsi untuk menghalau binatang perosak yang merosakkan padi masa zaman dulu. Tak tahu lah burung nie ada lagi atau tak sekarang nie. 


Aku terfikir, mana signifikannya batuk (uhuk... uhuk...) dengan pagar untuk kedua-dua peribahasa nie bila adik aku tanya. Dan kenapa tak ada cikgu-cikgu bahasa melayu yang betulkan peribahasa nie ? Kalau lepaskan batuk dekat tangga pun, ada ke sangkut-paut dengan buat kerja ala kadar ? Macam jauh je kan. 


Ada ke korang pernah nampak sawah padi di pagar ? Buat apa harapkan pagar nak jaga padi. Pagar bukan boleh bergerak pun. Orang pun kadang tak boleh diharap nak jaga sawah, inikan pula pagar. Tak logik sungguh.


Masalah ni berlaku sebab ada kesilapan masa terjemahkan tulisan jawi ke rumi pada suatu masa yang lalu. Sepatutnya, orang yang terjemahkan peribahasa-peribahasa lama ni kenalah bertanya dengan orang lama yang lebih tahu. Barulah ada kesinambungan dan dapat sampaikan kepada anak cucu dengan betul.


Adik lelaki aku yang rapat itu.


Mungkinkah akan ada pembetulan peribahasa dalam era globalisasi ini ? Adakah anjakan paradigma akan dibuat untuk memastikan Bahasa Melayu terus utuh di bumi ? Tak kan Melayu hilang di dunia ? Hanya mampu melihat.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

7 comments:

Tukang Karut said...

mari belajar bahasa...

LadyBird said...

tu la psl.. byk peribahasa yg kite salah tafsir.. disebabkan salah eja.. maka pemahman pun salah. yg pening generasi kita ni :P.. hihihi..

iPai said...

hee .. hari tuh kecoh pasal ni kat dunia blog ..

hee, makin sunyi ye .. saya pon rasa juga kesunyiannya .. lagi2 saya jarang blogwalking sekarang ..

wah ni laa yg adik rapat tuh .. kirim salam ye .. uhuhuh

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

oh... rupanya begitu...
hehe... OE tak pernah kisah mase dulu..
hehe... ^^

Zul Fattah said...

pernah baca entry pasal peribahasa batok dan pegar ni di blog cikgu imanshah.. memang betul la.. slamani kita pikir lain kan?

NiaLidia. said...

heheh dulu ingatkan harapkan pagar , pagar makan padi. pegar rupanya hehe thanks !

awk , nia nk ckp sikit eh. pasal shoutbox. better awk tukar kot sbb nya kami kena daftar baru boleh tinggalkan jejak. mcm susah sikit. nanti tukar tauu baru nia boleh bising2 kat sini hihi

Abg Stalker said...

owhh...:O baru tahu kot.sblm ni ingatkn 'batuk' dan 'pagar'.pelik gk..pernah terfikir apa kejadahnya batuk dgn tangga dan padi dgn sawah.hehe :D mgkn da moden,sawah padi pun org pasang pagar. ;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...