Sunday, February 26, 2012

Jubli Perak

Assalamualaikum semua rakan blogger


Blog aku semakin suram nampaknya. Aku sendiri jarang menjenguk, apatah lagi korang-korang semua. Aku cuba mencari idea menulis sesuatu, tetapi tiada satu pun bercambah mekar menjadi bunga. Bermadah pujangga pula di malam hari yang sejuk ni. 


Alhamdulillah. Itu yang mampu aku ucapkan ketika ini. Hujan di luar rumah, membawa rahmat yang tak berbelah bagi. Aku bersyukur dengan setiap kurniaan Ilahi. Bermacam-macam kisah yang terjadi pada tarikh 26 Febuari 2012.


Pada tarikh ini, 25 tahun yang lalu, aku telah selamat dilahirkan di dunia ini oleh seorang emak bernama Siti Noraini bt Md Ali. Sehingga ke saat ini, dan sampai bila-bila pun, pastinya aku tak mampu membalas jasanya. Terima kasih mak kerana memberi eja kasih sayang dan perhatian yang tiada tara. Tiada siapa mampu membalasnya, hanya Allah jua.


Episod hari ini, di saat aku meniti usia jubli perak, pagi-pagi lagi sambutan ulang tahun kelahiranku dirai dengan pertemuan dengan insan yang amat-amat aku sayangi. Mak abah membawa aku ke kubur arwah Wan (nenek kesayangan aku). Seperti mereka dapat membaca apa yang terdetik di hati aku beberapa hari yang lalu. Aku terlalu rindu untuk ke kubur arwah. Alhamdulillah, tertunai pagi tadi.


Berita menggembirakan juga pada hari nie bila mana anak buah kesayanganku (anak abang aku), Nur Airis Alisya semakin sembuh dan dibenarkan keluar hospital hari ini. Sungguh aku terasa tarikh ini sepertinya tarikh keramat. Subhanallah, Allah lebih mengetahui. Anak buah aku kena penyakit mulut, kaki dan tangan. Susut sangat badan dia semalam masa aku tengok kat hospital. Bukan main seronok dia bila aku datang. Aku pula yang terasa nak menangis bila tengok dia sakit tekak nak menelan air. 


Terima kasih kepada semua yang sudi menjengah blog usang ni. Bukan tak mahu berjalan-jalan, cuma agak sibuk dengan beberapa perkara. Fasa kehidupan semakin mendewasakan dan banyak yang perlu dirancang dengan sempurna agar semua berjalan lancar. Mohon doa kalian agar semua baik-baik sahaja.




p/s : Alhamdulillah, praktikal juga berjalan dengan baik. Semoga 4 flat dalam tangan untuk semester ini. Amin. . .


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

3 comments:

Abg Stalker said...

:) alhamdulillah semuanya teratur.insyaAllah, 4 flat.awk bole za.jgn sdh2 lg k. :)hr yg baik menjadi memori manis.

Ujang said...

=)

anif abdullah| AA said...

salam.lama tak nampak izfa.hm,baguslah anak buah dah semakin sembuh..huu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...