Friday, March 30, 2012

Kemalangan

Assalamualaikum semua rakan blogger.

Buat pertama kalinya, aku meng'update' blog dari ofis sejak berpraktikal. Gara-gara kejadian awal pagi tadi yang telah meragut keharmonian dan ketenteraman aku hari ini pastinya.

Hujan lebat yang melanda lembah kelang sejak awal pagi tadi telah membuatkan beberapa kawasan banjir dan menjadi tempat takungan air. Tak kurang juga, banyak jalan yang becak.

Aku keluar awal dari rumah menuju ke ofis. Ntah kenapa, sejak dari katil, aku rasa semacam. Bunyi alarm hp aku matikan tanpa perasaan, terus saja tarik kembali selimut. Suasana sejuk sangat membuai untuk teruskan tidur. Tapi, ketukan kuat di pintu dengan jeritan suara mak membuatkan aku terpaksa gagahkan mata untuk dibuka.

Selepas bersiap, keluar dari rumah, payung aku tak ada di tempat biasa. Mulalah aku membebel-bebel. "Ada je orang yang ambil barang aku nie. Banyak-banyak payung kat sini, kenapa lah payung aku jugak yang diambil. Apa pun tak boleh !". Bersusah-payah aku menempuh hujan untuk ke tempat parking kereta, tiba-tiba aku nampak payung yang dicari ada kat situ. Huh, tekanan rasa bila dah basah-basah dan sejuk-sejuk nie. Tak apalah, pagi-pagi jumaat nie bermandikan hujan. Sekali-sekala, apa salahnya.

Aku pun memandu kereta dengan sangat berhemah pagi ni, sebab jalan licin dan pandangan yang kurang jelas. Ditambah pula dengan kerabunan mata dan juga pening yang dah masuk hari ketiga tak hilang-hilang. Tekanan darah aku menurun lagi nampaknya. Di saat-saat kritikal nie, mungkin aku terlalu banyak berfikir.

Sampai kat jalan nak turun bukit (selepas dataran shah alam depan library tue), aku pun slow kan kereta. Tiba-tiba, DANGGG !!!. Allahuakbar. Aku langgar belakang kereta Saga warna kelabu. Sungguh, aku tak perasan kereta tue sebab warna dia sama dengan warna langit yang mendung. Pertama kali aku melanggar kereta orang lain sejak aku dapat lesen. Sebelum nie, hanya kes aku dilanggar saja.

Makanya, aku pun berhenti tepi, dan keluar dari kereta. Buat kali kedua aku kebasahan dalam hujan. Betul-betul hujan rahmat pagi ini. Plat kereta aku ntah terbang ke mana. Semoga lelaki budiman itu tidak membuat report dan urusannya berjalan lancar. Terima kasih juga kerana tidak membuat sebarang tuntutan. Sungguh, aku mohon maaf. Aku tak nampak ada kereta di depan aku.

Aku rasa tak sedap hati dan tak sedap badan. Perasaan yang bercampur-baur. Nak balik rumah petang nie, kena makesure singgah kedai beli plat dulu.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

13 comments:

Hayati A.G said...

salam izfa..wah dah mula berpraktikal rupanya...hehe..

a;lhamdulialh takde apae2..risau jugak bila tengok tajuk entri tadi..

jaga diri baik2 tau...:-)
ada masakena rehat juga untuk redakan pening tu..
banyakkan minum air yek:-)

Masya said...

kalau kt terlanggar org mesti rasa bersalahkan... sy pun x sihat badan jugak.. nak blk jer rasa nak ehat puas² atas tilam...

Titisan Hujan said...

untung mamat tu xmtk gnti rugi
TH dlu kaw2 punye bhabis duit



**lama xsinggah,maaf

Diila said...

arini saya pulak terkunci dalam rumah.

kunci umah dalam bag n asben sy yg baik atie dah bawah turun sekali beg tu.

kredit plak takde nk call en asben. maka terpaksa tunggu sampai dia call.

jadi terlambat 10 minit punch card. hoho

cik maz said...

bahayenye kak..mcm mn leh x perasan..lepas ni kena lebih hati2 yer...

cha zainol said...

hati hati sayang!

Cik Aish said...

erk kereta pun boleh sama kaler ngn awan mendung? hehe

Daddylicious said...

kadang2 kita bukan tak nampak tapi tak perasan...hehe

Zul Fattah said...

Alhamdulillah, x serius kan? rasa tak sedap badan itu lumrah manusia.. dan petanda dari Allah .. mungkin ada sesuatu yg akan brlaku..

ejulz said...

hahaha.. sabar je la.. hehe

Ini Kisah Tia said...

sebab tu rasa takut nak drive .. tapi takpe , kita terlalu berhati-hati pun kalau ditakdirkan jadi macam tu tak boleh kata apa jugak kan?

jeBateja said...

pehhhhh.....bahya2....boleh tak perasan erk,,,,,

saiful said...

student uum? ow.. ble abih praktikal?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...