Monday, June 11, 2012

Datang dan Pergi mu

Assalamualaikum semua rakan blogger.

Sedih dan sayu sangat rasa hati untuk menaip entri malam ini. Sedang aku menghitung hari bergelar raja sehari, seluruh ahli keluarga disapa dengan ujian hebat. Hilang rasanya matahari yang bersinar, berganti hujan lebat dengan guruh berdentum di sana-sini. Allah Maha Berkuasa, Maha Pemberi Nyawa juga mengambilnya kembali.

07 Jun 1937 lahir seorang hamba Allah ke dunia dengan diberi nama Md Ali bin Abdullah. Di tarikh yang sama, 07 Jun 2012, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi keluarga tercinta. 

Gambar terakhir aku bersama arwah atok pada hari raya aidilfitri tahun lepas

Atok pergi selama-lamanya menghadap Yang Maha Pencipta. Pagi Khamis itu, kami di rumah menerima panggilan dari mak supaya lekas pergi ke rumah atok. Katanya, atok sakit kuat. Sampai di sana, atok baring lesu, dengan nafas tersekat-sekat, menahan batuk. Atok memang kurang sihat kerana batuk. Semua ahli keluarga dihubungi supaya pulang.

Rasanya, terlalu sekejap aku melihat atok batuk-batuk, bila tiba-tiba pakcik aku menangis laju sambil menutup muka atok dengan kain putih. Wajah atok bersih. Urusannya lancar dan cepat. Semoga Atok tenang di sana. 



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

9 comments:

iKhRam said...

perit rasanya meninggalkan atuk buat selama-lamanya

apatah lg yang sentiasa di depan mata..

saya memahami perasaan itu.

Zul Fattah said...

Innalillah.. Takziah awk.. sabar !!

cha zainol said...

takziah buat izfa dan keluarga. alfatihah.

Azroy Kassim said...

moga di cucuri rahmatNya

Nurul Iman said...

innalillah...stiap yg hidup, akn pergi jua pd yg mencipta...tabahkan htimu...

anif abdullah| AA said...

salam takziah.. semoga awak tabah menghadapi apa yg berlaku

iPai said...

Takziah buat izfa ..

Abg Stalker said...

hai sahabat :) 1st,tahniah da bergelar isteri.btw,tabahkn juga hati utk menerima apa yg prg dlm hdp kita ni.takziah,sahabat.

Nor Amira said...

takziah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...