Sunday, June 3, 2012

Kembara Mencari Cinta

Assalamualaikum semua rakan blogger.


Terlalu lama tidak menanam pokok di tanah lapang ini. Hari ini, ingin sekali rasa hati mengembara di tanah lapang meninjau-ninjau bunga kiranya ada yang mekar di taman. Wah, ayat intro sangatlah bermadah-madah.


Alhamdulillah, aku telah selesai menjalani latihan praktikum pada 30 Mei yang lalu. Ini adalah praktikum yang paling best bagi aku kalau nak dibandingkan masa diploma dulu. Cuma, sekarang ni adalah masa untuk aku berhempas-pulas menyiapkan laporan sebelum aku betul-betul merdeka dari gelaran PELAJAR. Adakah ini kemerdekaan yang aku inginkan? Tentunya tidak. Jika ada rezeki dan peluang, pasti aku akan sambung lagi pelajaran. InsyaAllah.




Kembara aku teruskan lagi. Mencari cinta yang aku harapkan hingga ke syurga abadi milik Yang Esa. Aku berbesar hati menjemput rakan-rakan blogger yang selalu datang menghendap blog usang ni ke Majlis Perkahwinan aku. Bagi yang ada kelapangan masa dan berbesar hati untuk hadir, boleh lah tinggalkan alamat. InsyaAllah, aku akan pos kad. Majlis akan berlangsung pada 30 Jun 2012, hari Sabtu. Doakan semuanya berjalan lancar.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

9 comments:

Tukang Karut said...

teruskan mencari...

Zul Fattah said...

alahai.. sbentar rasanya perkenalan.. dah nak kahwin dah.. Apa2pun, smoga berbahagia hingga ke anak cucu dan sihat2 slalu bersama si dia..

♥ ciss peanad ♥ said...

nak kad jugak :P

♥ ciss peanad ♥ said...

nak kad jugak! :p

JIJI YU said...

dah nak kawen eh engko eh..waaaa..tahniah weh

semutsengal said...

waahhh !


repot da siap belum ? HAHAHAHAH

edz said...

x sabar dah die............. :P

cha zainol said...

izfa! saya nak datang! huwaaa. tahniah tahniah.

iPai said...

punyalah lama tak datang ..

tiba2 dah ada jemputan kawin ?????????????????

nampak sangat lama tak datang nii..

tahniah buat izfa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...