Monday, July 23, 2012

Kembara Ramadhan 1

Assalamualaikum semua rakan blogger.


Kalau Ramadhan yang lepas, aku berpuasa bersama keluarga, Ramadhan tahun ini berlainan sedikit bila aku berpuasa bersama keluarga + encik abang di sisi. Perasaannya sukar digambarkan dengan kata-kata. Bersyukur dengan kurniaan yang tidak ternilai pada usia aku 25 tahun. Alhamdulillah.


Ramadhan lepas, aku kenangkan dengan Di Sebalik Ramadhan. Alhamdulillah, banyak respon positif yang aku terima dari rakan-rakan blogger. Mungkin kerana aku lama menyepi, blog pun sepi. Tak mengapa, yang pentingnya hari ini, aku nak mulakan Kembara Ramadhan untuk tahun 1433 Hijrah. Semoga ada manfaat bersama untuk kita. InsyaAllah.


Disebabkan lama tak post entry, maksudnya, aku dah tertinggal Kembara Ramadhan selama dua hari. Entri ini khas untuk Hari Pertama kita semua umat Islam mula berpuasa. (nampaknya kena post dua entry hari ini)


Kita mulakan dengan kisah di malam terawikh yang pertama. Sekarang ni, aku dengan encik suami tinggal bersama abah dan mak aku. Bak kata mak aku, "tak payah nak membazir duit nak menyewa rumah bagai. Baik simpan duit untuk beli rumah. Lagipun, bukan ada sesiapa pun kat rumah ni. Duduk je sini dulu". Oleh itu, setelah berbincang, kami pun bersetuju dengan cadangan mak. Lagi pula, aku masih menganggur sejak tamat belajar tempoh hari. Saja nak follow mood bercuti pelajar-pelajar degree. =P


Malam pertama terawikh, aku berjalan kaki bersama mak dan encik suami ke surau berdekatan rumah. Perasaan macam malu-malu pula bila berjalan bersama-sama di bawah bulan purnama macam tue. Subhanallah, rasa syahdu sangat-sangat dalam hati. Hanya mereka-mereka yang pernah melaluinya tahu perasaan itu. Kalau tahun-tahun sebelum ni, aku akan berjalan bersama abah, mak, adik atau sepupu aku dan berborak macam-macam, tapi kelainan Ramadhan kali ni, berjalan sambil melayan perasaan sendiri. Nak pegang tangan, batal pula air sembahyang. =P


Seperti biasa, sebelum terawikh, ada tazkirah pendek yang dibacakan oleh ustaz bertugas. Al-maklumlah, disebabkan dah dua hari tazkirah tue aku dengar, ingatan pula tak berapa nak kuat, yang aku ingat adalah mengenai Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan, Selamat Datang Wahai Ramadhan. Mula-mula Ramadhan, tazkirah pun berkenaan kita perlu memanfaatkan Ramadhan kali ini supaya lebih baik dari Ramadhan yang lalu.


Selepas terawikh, kat rumah aku akan ada mentong (orang jawa cakap minum malam sebelum tidur). Aku rasa macam lain sangat bila minum bersama encik suami dan esoknya bersahur untuk kali pertama bersama. Dalam kepala, dah fikir macam-macam. Aku kena bangun awal dari encik suami. Segan pula kalau-kalau encik suami yang kejut bangun sahur. Hahaha. Tapi, alhamdulillah, aku bangun lebih awal dari encik suami dan sempat tolong mak untuk sediakan juadah bersahur seperti biasa. 


Hari pertama berpuasa sama seperti biasa. Cuma bezanya, aku berkemas-kemas untuk berbuka di rumah mertua di Kuala Lumpur. Hidup berkeluarga sekarang nie, kenalah bertolak-ansur. Aku akan di sana sehingga hari Ahad. Cuak sangat bila tiap kali mahu ke rumah mertua. Malu pun ada. Entahlah, macam-macam perasaan aku rasa.


Sampai di rumah mertua lewat petang sebab mak aku nak juga siapkan karipap sebagai juadah berbuka untuk keluarga mertua. Mula menguli pun dah pukul dua petang. Elok-elok aku dah siap nak bergerak ke KL, mak pun mula hidupkan api dapur. Makanya, aku pun menukar baju semula untuk menolong. Sampai di rumah mertua pun dah pukul lima. 


Ini pertama kali dalam hidup berbuka bersama keluarga mertua. Sedih pun ada sebenarnya. Dalam hati meronta-ronta nak berborak dengan keluarga sendiri bila waktu berbuka. Telan juadah pun tekak rasa perit. Tapi, teringat amanat mak beberapa hari selepas mendirikan rumah tangga. "Mula-mula memang lah macam tue. Biasalah. Dah kahwin, keluarga dia, keluarga kita juga", dalam esak tangisnya memberi nasihat dan kata penguat semangat. Masih lagi terngiang-ngiang di telinga mendengar ungkapan itu. Malam terawikh kedua, aku ke Masjid Pulapol bersama encik suami, mak mertua dan adik-adik ipar menaiki kereta. Terawikh aku di masjid ini untuk pertama kalinya dalam hidup bersama jemaah yang berbeza. Moga ada barakahnya.


"Apabila kamu berkahwin dengan seseorang, maka kamu bukan sahaja berkahwin dengan dirinya, tetapi juga seluruh ahli keluarganya" 
Kini, aku faham akan maksud ayat ini. Semoga aku mampu menjadi anak yang baik untuk kedua-dua keluargaku. Amin.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

12 comments:

♥ ciss peanad ♥ said...

amin.. :)
wahhh.. bestnya dia berpuasa dgn encik abang :) hihihihi~

selamat berpuasa :)

anif abdullah| AA said...

memang lama xnampak.haha

selamat berpuasa ye :)

cikpingu said...

wee.. seronok aku dgr kisah ko...

alhamdulillah..

shaeza aka TSA said...

Salam Ramadhan akk... thniah akk.. moga kekal hingga akhir hyat... msti best sngt kn dpt brpuase dgn encik abg, brye dgn encik abg... moga bhgian sntiasa akk... luv u olwyz

Zalin Mansor said...

Salam Ramadhan..
Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna..=)

Azza Zahra said...

Hi!

Wah bestnye dapat sambut
Ramadhan dengan yg tersayang!
Tapi bab buka ni mmg susah
siket nak berbuka tanpa
masakan mak sendiri kan. (:

Hayati A.G said...

salam..
hehe baru perasan blog dah tukar jadi "aku seorang isteri"..

wah..memang tak terungkap kata2 kan bila pergi terawih sam2 dgn suami...:-)

keluarag mertua?memng kena ikhalskan diri, bila mula2 nak bertolak dari rumah, anggap mereka mcm mak ayah kita sendiri...:-)

semoga berbahagia dunia akhirat:-)

anaztasias nora aira said...

betul2. mula2 nora kekok juga tapi family dia family kita juga kan :)

Ikhmal Yusoff said...

salam..dh lama x melawat..skali lawat dh kawen dia..ke dari dulu da kawen?haha

Ibnu Kassim said...

baa~ CAK!!

waaa.. 1st raya n puasa dgn encik abg.. pasti beronok-ronok an?

miszatie said...

seronoknyee..i dpt taya dgn suami je nnt sbb kawen mase raya ..hik3..^_^

LIA AZMAN said...

wahh kak. mesti bestkan 1st pose dgn suami. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...