Monday, August 13, 2012

Aplikasi versi kanak-kanak

Assalamualaikum semua rakan blogger

Kemalasan yang melampau-lampau untuk mengupdate entri telah berleluasa. Ditambah pula kerana faktor cuaca yang sangatlah panas kebelakangan ini sampaikan hari-hari aircond kat bilik nie terpasang untuk menyejukkan suasana. Memang tinggilah bil elektrik bulan ni. 

Cerita yang aku nak kongsikan nie berlaku minggu lepas time buka puasa dengan family aku. Masing-masing sibuklah siapkan diri nak berbuka bila dengar azan mula berkumandang kat tv. Encik suami yang selalu baik hati nie sibuklah menghulur buah tamar kat adik-adik ipar beliau termasuklah kepada isteri beliau; akulah tue. *mood menjiwang pula.

Sampai saja buah tamar tue kat depan adik bongsu aku si mulut becok (dah lama tak cerita pasal dia), dia menggelengkan kepala tanda tak nak buah tu. Makanya, encik suami pun meletakkan kembali buah tamar itu. Berlakulah dialog antara mak aku dan si mulut becok itu.

Mak : Kenapa adik tak nak makan buah tamar tue?

Si mulut becok : Adik tak suka makan buah tamar.

Mak : Kenapa? Nabi bila buka puasa makan buah tamar dulu. Baru makan yang lain. Dapat pahala.

Si mulut becok : Ta'marbuta . . . 


(masing-masing senyap dan terkelu . . . )

Aku terus teringat kisah yang aku baca dari buku Aku Terima Nikahnya, tulisan Hasrizal Abdul Jamil. Anak beliau juga ada mengaplikasikan perkataan yang biasa didengar. Aku yang baca pun sampai ketawa. Anak beliau bercerita dengan sepupunya pasal nama Abi (panggilan untuk beliau oleh anak-anak) ada disebut di dalam Al-Quran. 

Bila mana sepupunya bertanya, "apa nama Pak Su?", makanya anak beliau menjawab, "nama ayah kita ABI. Dalam Al-Quran sebut ... Tabbat yadaa ABI lahabin wa tabb !".


Sedangkan waktu itu beliau yang sedang minum teh boleh tersembur teh dari mulutnya, apatah lagi aku yang membaca. Tak terfikir dek akal ayat itu akan keluar.

Keadaan itu membuat aku terfikir bahawa aplikasi versi kanak-kanak kadang-kala sangat membuka mata dan hati orang dewasa yang cetek ilmu agama tanpa menggunakan bahasa yang kasar untuk menegur. Aku sendiri hampir terlupa apa itu 'ta'marbuta', sehinggalah aku ulang semula perkataan yang disebut oleh adik aku. Lepas tu, barulah terlukis kat kepala aku huruf ta bulat. Aku sendiri kadang lalai dan lupa pelajaran yang pernah diajar sewaktu dulu. Astaghfirullah.

Sungguh mudah kita mengingat sesuatu sewaktu di usia kanak-kanak berbanding usia remaja,
dan sungguh mudah juga kita melupakan sesuatu di usia remaja kala diajar diusia kanak-kanak.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

11 comments:

Tukang Karut said...

apa maksudnya ek?>

cikpingu said...

haha.. ta tamarbutoh... mcm2 lg ade.. heeee

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

hehe, cerdik lah anak2 skrg ni kan? :)

LIA AZMAN said...

bdk2 zaman skrg dah bijak2 dah :D

iPai said...

wah lama sangat dah tak singgah sini .. maaf ye PUAN izfanora .. heee

hari tu punya terkejut izfa tiba2 dah kawin kan ..

selamat hari raya, maaf zahir batin ..

Selamat pengantin baru, moga kekal ke anak cucu ..

moga berbahagia ye. Kirim salam suami ..

Sori tak dapat siggah blog izfa masa bulan Ramadhan .. agak pack sikit time tu

Ibnu Kassim said...

baa~ CAK!!

boleh kwn dgn ank ustaz hasrizal tu..

Abg Stalker said...

haha.layan budak2 mmg bt kita terkedu kdg2.sbb diorg sgt kreatif. :)

syiela said...

budak2 sekarang sangat bijak :)

BIE said...

hehehe.. kelakarlah adik bungsu puan izfanora.. hehe. tergelak bie baca :D

Titisan Hujan said...

hehehe..pending jugak awal2 tu



haa..nanti boleh la kt kongsi2 citer ye bila timing hampir sama je

amy mya said...

"dan sungguh mudah juga kita melupakan sesuatu di usia remaja kala diajar diusia kanak-kanak"Benar sungguh! hehehe
Entry baru!Clickclick

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...