Wednesday, October 10, 2012

UUM's 25th Convocation Day Ceremony

Assalamualaikum semua rakan blogger

Blog bersawang, menanti tuan datang bertandang. Fuh kiri, fuh kanan. Busy yang konon dibuat-buat. Dah cukup panjang kot intro ni. *sambil angkat tangan tepis pukulan korang... :P

Aku sebenarnya tak ada cerita hebat nak dikongsi. Tu yang senyap sunyi je. Rasa macam rumah tinggalan pula blog ni bila hari-hari aku jenguk, tak de pula yang datang komen. Kalau korang datang pun, mesti korang cakap, "tak up to date sungguh lah minah ni. Asyik cerita raya aidilfitri tak tukar-tukar. Orang lain dah cerita pasal korban !". Gigih sungguhlah cerita pasal raya korban ye.


Kembali ke tajuk utama. Akhirnya aku berjaya menggenggam segulung ijazah ! Sangat bangga dengan diri sendiri sebab dapat lalui dugaan yang ada sepanjang tempoh belajar. Ini hadiah yang best untuk mak abah sebab aku adalah anak mereka yang pertama dapat degree. Yes, yes, yes ! Tetiba rasa hebat gile. Hahaha.

Mak abah dan adik-beradik tak dapat follow ke Kedah. Sedih sangat sebab abah ada appointment dengan IJN. Its ok. Yang penting, mak abah sihat-sihat sahaja. Disebabkan mereka tak dapat nak follow aku ke sana, makanya, aku pinjam dulu jubah dari kawan aku yang dah ambil awal. Konon-konon, shoot pre-convo lah dengan family. Kang nangis tengok gambar kawan-kawan dengan family, tapi aku tak ada. Nasib baik encik suami memahami, makanya diturutkan saja kehendak buah hatinya ni mengambil jubah pada malam hari daripada ex-classmate beberapa hari sebelum berangkat ke Kedah.

Hasil tangkapan pre-convo pada malam hari time semua dah mengantuk sampaikan si mulut becok dah tak larat nak menunggu dan tidur, makanya :

Bersama mak abah tercinta
Bersama adik-adik yang masih belum tidur.. :P
Anak buah yang tak habis-habis membuli. Susah nak ambil gambar dorang ni. Tak boleh duduk diam.

Bersama sebahagian ahli keluarga dan suami tersayang yang baru balik dari kerja. :)

Selesai sudah cerita pasal pre-convocation. Perjalanan panjang bermula pada petang Khamis, 04 Oktober 2012. Kali ini, untuk Majlis Konvokesyen Ijazah Sarjana Muda, aku pergi berkonvo bersama encik suami. Kami sampai di rumah kawan encik suami lebih kurang pukul 12.00 malam di Kepala Batas. Kami akan bermalam di situ pada malam itu dan juga pada malam konvokesyen pada Ahad malam Isnin. Pada hari Jumaat dan Sabtu, kami bermalam di Kuala Perlis, rumah kawan encik suami juga yang baru kahwin bulan lepas.

Aku ambil jubah hari Jumaat. Punyalah ramai orang sampaikan aku rasa dehidrated sangat-sangat tunggu encik suami belikan air mineral. Encik suami dengan kawan dia pergi solat jumaat. Makanya, aku dengan beberapa kawan-kawan aku yang ada tunggu nombor giliran masing-masing. Memang berjam-jam masa terbuang kat tempat ambil jubah. Selesai ambil jubah, kami menuju ke Padang Besar dan terus ke Kuala Perlis.

Abaikan cerita-cerita yang berlaku sebelum peristiwa konvokesyen. Cerita panjang-panjang sampai esok pun tak habis. Makanya, ini antara gambar yang encik suami snap selepas selesai majlis konvo. Terima kasih encik suami yang gigih ke sana-sini. Hahaha.

 Bersama sebahagian rakan sebelum majlis berlangsung.

 Keluar dari dewan dan di'surprise'kan oleh encik suami dengan bunga dan bear yang berat. Tq abang.

 Bersama rakan-rakan selepas majlis.

 Bersama pensyarah yang bertungkus-lumus menabur jasa. 

 Posing sakan sebelum pulang jubah.

Posing wajib bersama encik suami yang setia menemani.

Nikmat yang dirasakan untuk setiap anugerah kurniaan-Nya hanya dapat dirasai oleh hamba-Nya yang benar-benar bersyukur. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat untuk adik-adik terus belajar dan belajar. Amin.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

18 comments:

cik mah said...

tahniah...cntiklah bj...simple tp cantik....

Tukang Karut said...

tahniah...

Tukang Karut said...

ni link baru t-karut.blogspot.com

lebih baik follow sebab yang lama tu dah terdelete dah...

nadia said...

tahniah untuk segulung kejayaan ni! :) besntyaaaa. btw, tq sudi dtg jln2 blog nadia. semoga doa kita untuk bergelar ibu dimakbulkan suatu hari nanti. insyaAllah. :)

Hayati A.G said...

thniah izfa..wah posing sakan gitupic last..hehe..lagi best en suami ada kan..

kalu yati nak mcm tu kena sambung master lah gamknye..entah bila impian tu akan tercapai...huhu..

izfa ni kena bawa bekal air selalu ni.take care ok..:-)

kay_are said...

congratz sebab dah grad.. memang confirm bangga ayah ngan ibu tu =)

syiela said...

tahniah..

cantik baju.. akak suka :)

Atiqah Wadiah said...

congrat awak :)

Miss Xyz said...

Congratulations! :3

Amri Abd Rani said...

Tahniah..tahniah..

moga jadi anak,isteri n ibu yg hebat..!!

~ NANA ~ said...

congrats dear :)

Nurhayati Morshidi said...

Tahniah kak... =D
Suka tgk baju akak tu... (^^,)
Semoga bahagia bersama suami tersayang... =D

PUAN SUE said...

tahniah!! bangga dgn kamu..yeayyy

Pondok Usang said...

tahniah..

Masya said...

tahniah.... atas kejayaan berjaya mengengam segulung ijazah...

liza♥aufa said...

saya tak merasa mcm ni :(

Azura said...

cantiknya baju... simple n sweet. nway, salam kenal. thanx sudi singgah blog saya...

nadia said...

nadia singgah sini lagiiiii. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...