Thursday, November 29, 2012

Petua Bahagia | Wangi

Assalamualaikum rakan blogger


curik gugel

Dah lama aku pendam idea nak post entry pasal petua-petua kebahagiaan rumah tangga ni. Gaya dah macam kaunselor pula. Aku terasa macam, "layak ke aku nak kongsi petua-petua ni semua? Aku ni kawin pun baru setahun jagung, dah berangan nak kongsi rahsia kebahagiaan bagai". Serius, aku macam takut nak buat entry ni.

Tapi, disebabkan aku fikir, ilmu yang berguna itu perlulah dikongsikan bersama. Sekurang-kurangnya jadi manfaat bersama. Bukan tamak untuk diri sendiri saja. Makanya terhasillah entry petua bahagia ni.

Sejak aku mula kahwin, rata-rata orang yang aku jumpa akan kongsi macam-macam petua dan nasihat untuk aku. Aku ni pemalu sikit nak tanya kat orang-orang tua, so bila dorang dah buka cerita, aku akan ambil petua tue untuk kebahagiaan rumah tangga yang dibina, insyaAllah.

Kali ni, cerita dari mak aku pasal WANGI.

Bak kata mak aku, kenalah selalu wangi. Kalau encik suami ada kat rumah tu (contoh hari cuti), janganlah nak bermalas-malasan sampai bangun pun nak lewat-lewat sangat. Sebabnya, bila encik suami buka mata kononya pukul 10, tengok-tengok isteri pun masih terbongkang dengan bau masam tak mandi lagi. Kan ke bagus kalau suami bangun, tengok isteri dah siap mandi, dah bersih dan sarapan dah siap semua. Mesti dia bangga tengok isteri dia. 

Yang ni memang aku kadang-kadang fail sebab aku duduk dengan family aku lagi. Kalau dah time encik suami cuti, makanya aku pun bantai bercuti dari bangun awal-awal pagi. Kena berlatih dengan konsisten lagi bab ni.

Tip lagi pasal wangi ni, janganlah kau saja yang nak wangi, tapi benda-benda sekeliling kau busuk. Kalau dah susu sebelanga busuk, jangan kau harapkan kau yang nila setitik itu akan wangi ! Apa dah peribahasa aku pakai ni. Maksud mak aku tu macam bilik tidurlah paling utama. Perlu sentiasa kemas dan wangi. Cadar tue tukarlah at least 2 minggu sekali ke. Kalau dah malas sangat, sebulan sekali pun okay. Cermin tempat make up tu, bersihkanlah. Ni sampai cermin pun nak pakai lipstik apa cerita. Hahaha.

Part nie aku rasa aku okay sangat kot sampai encik suami pun pening aku asyik tukar cadar. Kalau pergi Jusco je, mesti nak beli cadar. Gitew. 

Pastu, pakaian encik suami pun kenalah wangi. Maksudnya berbasuh dan bersih. Jangan dia dah pakai, pastu dia pergi mandi, kau sangkut pula baju yang dia dah pakai tadi kat belakang pintu bilik. Kau hengat aku tak tahu ? Bab sangkut-menyangkut ni memang ramai yang suka. 

Bab ni memang aku tak suka ! No sangkut-sangkut, lagi-lagi belakang pintu ! Apakah pemandangan yang sangat tidak menarik itu. Kalau nak sangkut pun, adalah tempat yang proper. Nampak kemas dan nice.

Yang lain-lain pasal wangi, korang fikirlah sendiri okay. Yang penting, JAGA HIDUNG SUAMI !



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

24 comments:

cha said...

Setuju sgt. Hehe weekend i selalu bgn awal sbb weekend i kt rumah mertua huhu T_T

IMaH said...

Setuju! tapikan bukan setakat isteri je kena wangi. suami pun sama. hehe...belajar dari sikap husband sendiri yg selalu wangi2 sampai kita pun terikut sama. xnak kalah. hahaha...

Nory Zoulkefle said...

kelass ko mak..siap dgn petua2 bagai...hehhehe...

Tukang Karut said...

kalau wangi, hari2 berkepit pun ok dongggg...

nadia said...

kelassssssssssss makkkk. nak wangi ajee ;))

ezasunflower said...

Bab nak bangun pagi hari cuti memang failed... Tapi takpe, Puan Izfanora dah bg tips ni so esok akan digagahkan untuk bangun pagi... Huahuahua... @___@

ZIEMA said...

Eh suruh suami WANGI sekali haha. Sound tepek je kat dia Za. Cetttt :p

::EIDA:: said...

Semua itu ida buat..... Jangan tak tahu dok umah pun ida sembur minyak wangi.... hubby ida cakap ape ke hal awak ni? bazir je! HHAHHAHAHHA

Mrs Lurve said...

hehehe..selalu dgr org kata jaga perut suami, tp nie dgr jaga hidung suami pulak..bagus tips nie, sy pun byk jgk yg terleka..

p/s: salam kenal dr azie, follow sini

Mimie said...

selalu dnga jge perut suami artikel jge idung suami...nih bce

محمد رازيق said...

nice info. nampaknya kenalah sy cari wife cenggini. hehe

ELeEa said...

Terima kasih ats pkongsian..sama2 kita saling igt mngingatkn...
Blogwalking kat sini...

Lynn Hamzah said...

salam perkenalan...
tq for sharing...
follow blog nie yer...

SURIA AMANDA said...

nice info...akak follow...salam kenal eh...

Mila Ahmad said...

mak, bab cadar tu sama suka benor warna-warni tukar-tukar pantang ada sale kat parkson aku goda laki aku suruh beli !

Zana Adieyza said...

nice sharing my dear.. :)

peringatan yg sangat2 bagus.. semoga kita semua boleh jadi isteri yang WANGI!!

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

mia izzati said...

bila dah kawin ni..mcam2 kena jaga kan..sampai tahap wangi pon kena jaga hehe..

RedRose said...

agree!! bukan setakat wangi aje. kena jaga penampilan diri, kena masak kegemaran suami, kena bercakap dengan lemah lembut. byk cara nak tackle suami sendiri ni. senang aje nak masuk syurga kan? gedik dgn suami pun dikira pahala okeyh! ha ha

nadia said...

makkkk, bz nye makk hari niii...
winduuuuuuuuuuuu ;p

onie said...

auwwwwwwwwwwwwww,mak...onie take noted ! :P

sis shuhada said...

Huhuhu wangi ehhh.. kitorg klu slh sorang wangi je mula nk tny mcm2 hihihi. Anyway, yes.. bilik tido mesti kemas bersih n wangiii!

IntaNBerliaN said...

sangkut2 tu sy xsk tp hubby plak selalu buat... adehhh

Aty_Fared said...

bagus ar petua mak awak nih..:)

Abg Stalker said...

setuju! bini kne la cantik,wangi2 dpn suami.itu bru kne tempat.ye dak. :D syg lbh cmni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...