Thursday, December 27, 2012

Pernikahan

Assalamualaikum semua rakan blogger

Selesai sudah majlis bertunang, tiba pula majlis kami disatukan. Gitew. Bagi yang baca entry pertunangan aku, korang taulah yang aku bertunang beberapa jam sebelum nikah. Nak dijadikan cerita, lepas selesai majlis pertunangan, aku masuk bilik untuk bersiap dengan busana nikah. Busana kau, tak hengat ! Masuk je bilik, siap-siap, alamak, aku pitam ! Serius beb, siap muntah-muntah lagi dalam bilik. Nasib baik ada tong sampah dalam bilik pengantin. Wajib ada okay untuk b2b sekalian. Sila take note !



Kepanjangan intro aku rasa dah cukup. Tok kadi a.k.a atuk saudara aku tetiba call abah aku dan bagitahu, akan terus ke rumah aku dulu baru pergi ke rumah pasangan yang lagi satu. Aku dengan keadaan macam tue, ditambah pihak lelaki yang aku takut belum siap, telah membuat keadaan dalam bilik maha kelam-kabut. Dah kenapa pulak pengantin yang dah book awal tetiba lambat pula. Nasib baik assistant aku semuanya power. Siaplah aku dengan cantiknya. Perasan ! 

Bab bunga tangan lagi sekali. Aku tak nak pegang bunga tangan sebenarnya, tapi assistant MUA bising. Maka, redha lagi macam time tunang. Dia tanya aku nak pakai bunga apa, lain yang diminta, lain yang dapat. Tak apa, aku tak kisah. Asalkan cantik.



Tu je full view busana yang aku ada. Sangat simple dan mengikut apa yang arwah tukang jahit aku sempat lakarkan sebelum dia pergi. Akhirnya, idea direalisasikan oleh kawan aku. Kain yang diguna adalah satin, sama macam kain untuk baju melayu encik suami sebab dibeli oleh mak encik suami. Aku just tambah beli kain lace untuk baju sikit dan patch kat veil. Tapi, bukan aku yang patch sebab tak ada masa. Aku minta tolong kawan aku juga. Hahaha.



Alhamdulillah, lebih kurang pukul 6 petang, kami bergelar suami isteri yang sah. Abah aku yang menikahkan aku. Perasaan? Serius, aku sedang menahan muntah masa atas pelamin dan tiba-tiba, "sah !" dan bacaan doa. Bab ni serius dan tak lawak. Sila jangan gelak.






Dan bermula detik itu, aku bergelar isteri kepada encik suami. Keadaan yang dah lewat petang dan aku pun nak rush bersiap pula untuk malam berinai, makanya gambar tak banyak sangat yang sempat disnap. Tapi, OP menjalankan kerja dengan sangat berjaya. Terbaik !



Hantaran untuk majlis pernikahan cuma ini sahaja sebabnya yang lain dah diberi masa majlis tunang beberapa jam sebelumnya. Ha, kan jimat. Bab nak review barang hantaran bagai, aku tak tahulah aku pandai buat entry ke tidak. Sebab yang aku DIY pun tak banyak mana. Semua tangkap muat dan malu nak dipertontonkan. Hahaha. Tapi, disebabkan aku bangga dengan kerja aku, nanti aku try review. Boleh juga anak-anak aku imbas balik hasil kerja keras mama dia masa kahwin. Sewa khemah kat luar rumah pun jimat juga sebab sekali jalan. Gubahan hantaran untuk cincin encik suami dari aku tue disponsor oleh kawan baik aku sebab aku tak sempat dah nak buat. Rezeki, rezeki.





Last but not least, gambar yang menjadi header aku sekarang ni. Sangat suka gambar ni. 



Lepas habis semua, tok kadi a.k.a atuk saudara aku bagi sekeping kertas yang menandakan kami dah sah bergelar suami isteri. Serius, bila aku tengok kertas ni, aku macam cuak je. Laku ke ni kalau kena tangkap pencegah maksiat ? Seram je rasa bila nak pergi honeymoon cuma bawa kertas nie sebagai bukti. 


Sekarang, masa untuk promosi orang yang buat aku cantik. Cantik ke? Hahaha.

Bunga tangan dan make up : MUA Rias Mazmiera, Kak Mastura
Busana : Duan Buhari
Shawl dan veil : Pearlnity
Pelamin tunang dan nikah : Abang Amir (tak ada link)
Official photographer : Creeperz Photocraft Studio



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

27 comments:

Nurul Husna said...

Cantik veil :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. subhanallah cantiknya. macam rush sangat je buat semua dalam satu hari. hihi. yang penting dah sah akadnya. taniah (harap tak terlambat, ngeee)

cha said...

sbb tu i taknak buat nikah sanding dlm satu hari sebab taknak kelam kabut. tp respekla u. power giler siap tunang sekali siap tukar baju haha

btw gambar u yg jd bawah sekali ni ada iras fasha sandha la sekali imbas hehe

Nory Zoulkefle said...

phewwittt....selamat pengantin baru 6 bulan yer...hehehe

Cik Tia said...

alhamdulillah .. seronok saya baca cerita akak ni .. beberapa jam je bertunang terus jadi isteri orang .. saya tumpang gembira. insyaAllah , akan tiba giliran saya nanti kan ..

Mila Ahmad said...

Memg gambar header tu cute oke ! :)

::NelyLeyana:: said...

kelam kabut sgt smpi pitam... uhuhuhu

JIJI YU said...

ooo..gitu..jap ko ambik emel dari blog aku..azizi sulaiman ke weh...

kak nora said...

cantek..satu pakage cantek..termasuk pasangan pengantin nya berseri..

Innanie | Ariffin said...

jeles lagiiii. rasa nak kahwin cepat lah

Pykaa Pdott said...

taniah . memang cntik sangat :)

ameris said...

so sweet my dear..

DiilaNordin said...

Tahniah... Selamat Pengantin Baru.
Semoga Kekal ke Jannah =)

nk tgk pic lagi hehe

Hayati A.G said...

wah cantiklah izfa,,serius gambar kawen izfa sumer cantik2 terpukau gitu...

dan lagi tahan muntah tu...hehe

hari tu pun yati mcm tu jugak, asyik rasa nak termuntah je sebelum nikah..haha..

padahal sebelum tu mak ngan adik beradik sume tau time yti nervous je, mesti rasa nak muntah hehe..

bintanghati said...

congrates dear .. ~

Adriana said...

tgk gambar nie rasa mcm nk kawen lg skali

Mizz ErMa said...

best kan bila ingat balik kenangan2 taem akad nikah ritu..hihi

Masya said...

cantik sgt.... senyuman tak lekang dr bibir .. nampak bahagia sgt...

the malay male said...

Meriah dan jimat

AzLiN SaFeNa AzIhAR said...

salam perkenalan...tahniah... mmg cantik sesangat!!! semoga bahagia ke hujung nyawa... visit2 lah blog saya www.azlinsafena.com tq

Hanida Moss said...

Alahai seronok tgk org dah kawen, sbb umur saye DAH PATUT KAWEN NI. hahaha :p

Btw, selamat berkenalan, saya follow blog awk :)

~ NANA ~ said...

cantik dear :)
tiba2 teringat time nikah dulu...hihi

Amanda Suria said...

x terlewat lagi rasanya utk akk ucapkan Selamat Pengantin Baru...semoga bahagia selamanya...

Alif Haris said...

haha dah kenapa tetiba nak muntah atas pelamin kak? haha..

myb ada certain browser yg tak dpt baca hod html kotak komen tu agaknya. hmm entah.. haha

::EIDA:: said...

CAntik! Mak memang ade aura lahhhhhh

miza yusof said...

tahniah akak :)
cantik persalinan nikah :)
tetiba rasa tak sabar nak kahwin. ah, lariksss :D

Hayati A.G said...

ieza..mmg pandai posing..sume gambar cantik!tak sabar nak tunggu entry diy..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...