Tuesday, December 25, 2012

Pertunangan

Assalamualaikum semua rakan blogger


Sebelum mula story, dengan rendah hati, aku mohon korang klik gambar di atas atau di sidebar untuk mengetahui cara memberi sumbangan kepada anak-anak yatim.


***********

Aku blur nak mulakan review bagai ni. Sumpah tak tahu nak mula macam mana sebabnya aku tak hebat macam b2b or ex b2b yang sangat comel dan superb bila buat entry. Tambah pula, props dorang hebat sangat.

Aku review ada sebab tersendiri. Antaranya, untuk kenangan generasi akan datang (kononnya, cucu aku pun boleh ambil inspirasi). Rasa tua pula bila cakap pasal cucu sedangkan anak pun belum ada. Dan lagi satu, untuk berterima kasih (bagi glamour sikit) kepada mereka-mereka yang banyak membantu. Tanpa mereka, tak warna-warni majlis aku tu.

Tak nak buang masa, aku cerita serba ringkas pasal majlis pertunangan aku tempoh hari. Dah nak enam bulan kot, baru nak cerita. Ada aku kesah? Hahaha. Actually, majlis pertunangan adalah tidak dirancang. Pihak lelaki datang merisik pada 05 Februari 2012 dan terus tetapkan tarikh perkahwinan. Punya tak sabar encik suami gamaknya. Pada masa itu, aku masih lagi bergelar pelajar tahun akhir. Makanya, aku serahkan sahaja semua bulat-bulat kepada mak abah aku sementelah mereka lebih pakar dalam hal ini.

Pada saat akhir, majlis pertunangan diadakan kerana atuk saudara aku yang jadi jurunikah tu kata untuk hari kejadian sudah ada pasangan yang book. Makanya, kami decide, adakan majlis pertunangan dahulu untuk menunggu atuk saudara datang ke rumah bagi menyelesaikan urusan pernikahan pula. Makanya, adalah juga majlis pertunangan untuk aku.

Memula, aku ingat nak pakai je baju nikah masa time tunang sementelah tak ada masa nak cari baju bagai dan nak tempah semua. Allah Maha Mengetahui, beberapa bulan sebelum majlis, tukang jahit yang selalu jahitkan baju aku pergi menghadap yang Maha Esa (entri berkenaan). Nanti aku cerita lanjut pasal baju nikah kat entry lain.

Tetiba, bff aku bagitau, dia memang dah niat nak hadiahkan aku kain untuk baju bertunang aku. Rezeki orang nak kawin rupanya mencurah-curah. Alhamdulillah. Makanya, lepas tunjuk dua helai kain kat mak aku, mak aku pilih yang ni.



Aku jenis okay saja dengan pilihan mak sebab kebanyakkan baju kurung pun memang mak yang beli. Maka, proses menempah pun berjalan. Aku hantar kat kawan aku. Akhirnya, kain ini bertukar menjadi sehelai jubah untuk majlis pertunangan aku yang diadakan pada hari Jumaat, 29 Jun 2012, jam lebih kurang 4 petang. Veil pun aku sewa je kat kawan aku. Dia buat baru untuk aku. Itu pun last minit sebab dia mengamuk bila dapat tahu aku tak nak berveil bagai. Hahaha. Nak harapkan aku DIY? Memang tak lah. Kemalasan tahap dewa time nie bila fikir hal kawin. Sebabnya, aku terasa macam cuak, adakah aku lepas praktikal aku, sekaligus tamat degree sedangkan aku dah nak berkahwin? Kau tak gila kalau tetiba gagal praktikal dan kena extent satu semester, dan kau dah feeling-feeling kawin lepas tue masuk balik belajar, konvo dengan junior? Waaa, alhamdulillah aku dah lulus. :P



Dan hasilnya di hari kejadian, i'm just love it. Kau hengat senang nak dapat benda free cantik camni? Bertuah aku ada kawan-kawan yang baik hati. Tapi, gambar full aku pakai tak ada lah pula sebab timing majlis tunang singkat je. Sebab bergegas nak bersiap untuk majlis pernikahan pula.



Ini hantaran kedua belah pihak. Korang pun boleh tahu yang mana dari aku, dan yang mana dari encik suami. Aku punya tue sangatlah comot sebab tak ada masa nak membuat ditambah tiada manusia yang boleh membantu. Sangat last minit sebab aku bertungkus-lumus bertarung dengan report praktikal. Makanya, bila aku minta mak aku belikan kain merah jambu untuk balut tapak hantaran, mak aku beli warna merah jambu yang sangatlah menyilaukan mata muda-mudi macam aku ni. Redha je lah. Apa pun, terima kasih mak.



Special thanks untuk mereka-mereka yang mencantikkan aku pada majlis tersebut. Ni promosi namanya. Kalau korang nak juga cantik macam aku, klik link yang aku bagi. Cantik ke aku? Hahaha. Kes bunga tangan juga tak menahan. Berapa minit nak majlis, baru aku dapat. Gigih adik encik suami tanya, ada bunga tangan tak? Aku dan bunga tangan? Kalau boleh aku tak nak pegang apa-apa. Hahaha. 


Pelamin : Abang Amir (tak ada link, so tak payah nak tekan kuat-kuat sangat. =P Ini pelamin nikah, nanti aku review)
Kain jubah : My bff, Eyma (tak ada link juga)
Veil dan jahitan baju : Duan Buhari
Bunga tangan : Adik ipar, Ziema
OP : Asmira

Bergelar tunangan orang untuk beberapa jam


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

23 comments:

miza yusof said...

Baju tu cantik sangat :) murah rezeki akak ye :) bab hantara tu, akak guna fresh flower ke atau bunga tisu ? cantiklah. pelapik yang warna merah/peach tu DIY ke ? cantiknyaaa. nanti buat review eh :)

iPai said...

Wah .. tunang then trus nikah ke? Untung laa... hehhe

Walaupun dah 6 bulan lepas, tahniah saya ucapkan..hee

Rara Nasiha said...

you nampak cantik sangat :)

cik violet said...

cantik :)

Cik Tia said...

semoga berbahagia untill jannah :)

IMaH said...

Cantik sgt!!! awak cantik, baju dgn veil pun cantik.

Mila Ahmad said...

baju cun mak :)

GOLD FINGER said...

alaaa..tomei2...

Nory Zoulkefle said...

selamat bertunang...hahaha...rasa mcm tak terlambat lagi nak wish kan...heheheh

Nisah Idham said...

cantik baju tu,sesuai dgn bits & kain (^_~)

::EIDA:: said...

Omey!

Lady D said...

xpe..even utk beberapa jam..kenangan manis tu stay forever..and merase jugak jadi tunangan org before akad...congrats beb!

iKhRam said...

huhu
amboi rezeki orang nak kawin kan..

ada jer kemudahan Allah beri..

nnt masa bertunang, tak tau la nak g ke tak umah bakal tunang..

kalau duduk diam2 kat umah boleh tak kak?

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. comelnya awak berbaju jubah! silalah review semuanya cepat2. nak baca. hihi :)

Titisan Hujan said...

hahaha...bagus juga buat diari camni.blh jd kenangan.

Rtp Farra Arisha said...

does it mean you got engaged then married a few hours later, on same day? wow. just wow. that's just...so cool. i hope it's not too late to wish you both a very happy and blissful married life. :)

cha said...

wah u tunang beberapa jam sebelum nikah? wahhh.

baju simple je comel. hantaran mak u beli shocking pink betul haha tapi still cantik tau :D

Ayie said...

teman pun kalau bole nak bertunang sejam, then terus nikah.. baru kewl.. hahha

Masya said...

bertunang untuk beberapa jam oklah tu... merasa juga jd tunangan orgkan..

Oh Rojak said...

nice
i follow you..

Hayati A.G said...

tungan lepas tu nikah..memang menjadi idaman..tapi yati tak berkesempatan buat mcm tu huhu..

jimat belanja buat mcm tu kan?

Zul Fattah said...

la.. dah lama..
hehe.. anyway both of u sweet couple..

Mimie said...

cantik sgt3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...