Wednesday, January 23, 2013

Bekerja

Assalamualaikum

Walaupun aku masih duduk bersama mak abah sedangkan sudah berkahwin, itu bukanlah bermakna mak abah aku manjakan aku macam aku masih anak dara dulu = . ='. Dan walaupun panggilan 'manja' itu masih melekat lagi sampai ke hari ini, itu juga bukan bermakna aku dimanjakan seperti dulu. Lagi sekali = . ='. Err, encik suami macam terkedu bila dengar abah aku panggil aku manja. Hahaha.

Okay, ini bukan nak cerita pasal kemanjaan ke apa. Ni cerita pasal hari ini di pagi-pagi hari. Macam biasa, aku siapakan sarapan (walaupun mak aku yang buat, aku tolong hidangkan) untuk encik suami. Nak dijadikan cerita, adik bongsu aku Fuad a.k.a si mulut becok tue siap untuk ke sekolah time yang sama dengan encik suami nak bersarapan. Tapi, dia belum sikat rambut. Makanya, 

Aku : Adik, sikat rambut tu. Comot lah.
Adik : Kenapa kak ? Nampak jambul yer ? (dia pakai songkok, so jambul terkeluar)
Aku : Ye. (Malas nak layan sebab dia akan jawab macam-macam)

Selang beberapa ketika, masa tu encik suami tengah makan roti, aku sibuk bercerita itu ini,

Adik : Akak, kenapa akak tak kerja ? Akak pakailah baju macam mak pagi-pagi. Pastu pergi sekolah SRA adik. Pastu, ajarlah.
Aku dan encik suami : (Terdiam dan menjeling antara satu sama lain. Nak gelak pun ada.)

Mak aku mengajar kat sekolah agama dia tue. Tu yang dia ingat senang-senang je boleh datang tiba-tiba dan mengajar kat situ. Selalu juga dia tanya kenapa aku tak bekerja ? Kenapa tak mengajar kat sekolah dia ? Tahukah kamu wahai adik, kakakmu ini dulu mengajar sementara di sekolah kamu sebab mengganti cikgu kamu yang cuti bersalin ?

Hurm, mentaliti dan pemikiran kanak-kanak yang nampak aku tak bekerja itu aku mampu terima. Tapi, kalau adik-adik aku yang lain cakap macam tu, memang tak berbasuh lah baju dorang, memang tak makanlah dorang, memang tak berkemaslah rumah. Hahaha. Mak aku sendiri kadang pesan kat adik-adik aku, "tolong kakak. Jangan malas. Ambil baju kat ampaian tu. Basuh pinggan sendiri. Baju tu susun elok-elok dalam almari". 

Kadang orang tak sedar betapa beruntungnya mereka yang punya mak tidak bekerja di luar. Segalanya hampir mungkin mak yang siapkan. Makanya, bersyukurlah kita dengan apa yang ada di sekeliling kita. Kadang kita tengok orang tu macam releks saja tak buat apa, tapi sebenarnya, kita tak tahu apa yang mereka lakukan untuk kita.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

23 comments:

Nurul Husna said...

ooo...dulu penah mengajar yer..tererla...ada bakat seorg guru.. :)

cha said...

oh u tak eje eh dear? tp kan jadi surirumah lg penat dr yg bekerja ni. ingat senang ke duk rumah buat itu ini? huhu

Azura said...

saya pun mak masih panggil 'adik'. skrg dok umah sendiri ngan suami, bila balik rumah mak jadi manja + malas. terbalik lak. haha

Sheila Salim said...

Assalamualaikum za, comelnya adik awak! hee. takpe duduk rumah pun bagus juga. bantu dari segi mengemas dan memasak kan. kerja pun bagus, bantu dari segi kewangan. yang penting, buat apa2 pun memberi sumbangan secara langsung atau tidak. heee. za jadi cikgu macam sesuai je. za nampak sopan :)

Mrs Velentine said...

tak kerja tapi buat kerja di rumah pun kerja juga

Hanida Moss said...

seronok la jadi housewife.. bole arrange masa sendiri tau.. huu..

ameris said...

oohh bestnya kalu dapat jd surirumah...

Nory Zoulkefle said...

ooo...anak ustazahh rupanya ....heheh

nadia said...

makkkk, kannn. julung2 kali yaya sangattt setuju dengan pendapat mak ni. kehkehkeh

Tea Dno said...

hehehe, jadi surirumah pun okay. :D
erm, yeke tea punya blog takleh nak komen?? waaa.

Tukang Karut said...

untung la tak kerja...

boni kacak said...

hahahaha,, banyak cakap betul adik awak tu kan?hehehe

betullah.. saya setuju dengan awak. kadang2 orang tak tau apa yang kita lakukan sebenarnya.. nampak kita macam rileks je, tapi sebenarnya kita seharian kepenatan..

amir aizat said...

Mcm comel nama manja tuh, hehe

MaMa Rey said...

betul tu..jangan pandang luar dia macam santai santai saja..

Ayie Abas said...

salam izfanora :)

salam maulidur rasul...entry yg menarik...:)

kanak2 memang banyak tanya lebih2 lagi jenis yg lincah...main cakap jer apa yg terlintas di fikiran dia...:)

untung suami yg isterinya sediakan semua keperluannya..sbb itulah tugas utama seorang isteri sebenarnya..mencari nafkah barulah tanggungjawab suami. :)

jeBateja said...

Wo...wo...wife den suri rumah....mmg banyak keja nya oooo.....den plak untung...segala nya sudah siap...ahakz....ahakz....

::EIDA:: said...

Sebenarnya, surirumah tu pun satu pekerjaan tau ;)

Haryati Faizal said...

tanya sepatah jawab berpatah2 ye....

myaishahhafiz said...

bestkan klau ada adik yg mulut bleh tahan becok nie :)

Shawn Razaleigh said...

comel adik hang tanya camtu. hehe

محمد رازيق said...

Bila ada mak di rumah, anak2 kan lebih terurus n rapat dengan mak.

Suspek Utama said...

kira ambil alih tugas mak la ni eh kat umah tylg kemas2 rumah, basuh baju..hm, dari rumah pon boleh bekerja jgk apa..xda hal la zaman sekarang ni..semua pun jadi ja kalau kita nak + usaha.

ayut said...

suri rumah penuh masa lg byk kerja kot...mak yg bekerja pastu kena handle umah lg penat..pengorbanan jd seorang mak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...