Monday, January 14, 2013

Bertandang | Part 1

Assalamualaikum semua rakan blogger


Alhamdulillah, selesai sudah majlis resepsi belah perempuan. Dengan kegigihan dan kepenatan yang masih bersisa, majlis kami diteruskan lagi keesokkan harinya, 01 Julai 2012, Ahad, sebelah pihak lelaki. Seriously, penat sangat-sangat sebab majlis berturut dari tunang dan nikah (Jumaat), malam berinai (Jumaat), bersanding [Part 1, Part 2, Part 3] (Sabtu) dan seterusnya majlis bertandang (Ahad).

Memilih tema berwarna ungu di belah lelaki, selesai sahaja majlis, aku bertanya kepada encik suami, "abang, kenapa tak pilih warna biru? Bukan ke biru warna kegemaran abang?". Aku pelik sebab biasanya, kita akan pilih ikut warna kegemaran, macam aku pilih untuk majlis bersanding di pihak perempuan. Jawapannya mudah, "sebab mak andam cakap, muka kita sesuai dan berseri bila pakai warna ungu". Okay, aku pasrah ! Sangatlah berseri ye abang oi. Huhu.

Pagi itu, kami gerak dari rumah aku di Shah Alam ke Kuala Lumpur agak terlewat. Mana tak lewat kalau dah saudara-mara sibuk ajak bersembang. Minum pagi dah macam makan tengah hari. Makanya, kami sampai di rumah mertua betul-betul jam 10.00 pagi dan terus sahaja mula bersolek.

Tip 1 untuk B2B
Kalau boleh, sebelum bersolek, berselawat dan minum air kosong, jangan rush dan basuh muka. Semua untuk elak kita sendiri rasa macam muka tak bersih atau tak selesa bila dah dimake-up, macam aku ! Pfft.

Memang tak dan nak bergambar sangat lepas bersolek disebabkan masa tue dah nak waktu bersanding pukul 12.30 tengah hari. Sedangkan, majlis dibuat dekat dewan Pulapol, dan bukannya di rumah. Takut terlewat ke dewan, sementelah mak abah aku sudah sampai dan menunggu ketibaan pengantin. Sian mak abah.



Sampai sahaja di dewan, bila kereta yang bawa kami berhenti, terus sahaja encik suami keluar kereta. Kesian encik suami kena marah sebab belum lagi masa untuk kami keluar, dia dah keluar. Rasa macam sentap je sebab pengantin kena marah dan mood macam spoil sikit sebab benda tue, even lepas encik suami kena marah, kami gelak-gelak dalam kereta. Hahahaha.

Tips 2 untuk B2B
Sila alert dengan protokol atau undang-undang atau apa-apa sahajalah yang telah dirancang untuk majlis anda sebelum hari majlis berlangsung. Kalau tidak, anda akan malu besar dan mood anda akan ke laut. Lelaki ni biasa kalau majlis kahwin, dorang tak fikir sangat hal-hal camni sebab tak nak serabutkan kepala, tapi sekurang-kurangnya ambil tahu apa yang telah dirancang untuk memastikan semuanya berjalan lancar.




Kat belah lelaki, ada photobooth, candy buffet dan banyak lagi stall yang aku sendiri pun tak dan nak tengok. Aku dapat tengok pun dalam gambar je. =P Layankan saja gambar yang ada sebelum segalanya bermula. Time-time pengantin sedang bersiap di rumah, tetamu sudah berada di dewan, makan dan berhibur. Next entry, kita tengok gambar pengantin dan sekitar majlis pula ye. 







Tip 3 untuk B2B
Bila kat belah lelaki, kalau rasa terlalu gemuruh macam aku, bila atas pelamin or pusing-pusing jumpa tetamu, just senyum dan kalau nampak kelibat family anda, lihatlah pada mereka. InsyaAllah, itu akan meredakan gemuruh. Tapi, bila family anda sudah balik, kawal emosi anda dengan berborak dengan encik suami.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

21 comments:

Mila Ahmad said...

cantiknya wey ice yg diukir tu...grand hokeh !

Azura said...

wah meriahnya dekat sini. siap ada ukiran ais kan tu?

merahitujambu said...

tahniah dear

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. kesian suami awak kena marah ye. takpelah kesilapan tak disengajakan tu. hee cepat update gambar pengantin pula!

Eazy Izzuddin said...

Terbaik
Suka purple ;)

JIJI YU said...

mmg majlis besor gegile sgt lah ni...untung le..

Ayie Abas said...

salam izfanora :)

bila ayie tgok pic2 tu...terbayang boleh tahan jugak meriah dan besarnya majlis perkahwinan izfa dgn suami kan? :D

boni kacak said...

wah.... cantik juga warna ungu ni ye... ungu dan biru turqoise.. sama-sama cantik.

محمد رازيق said...

wah. romantis. kalu muka kami, warna apa agak2 sesuai? pink? hehe

combi said...

bestnye da kwennnn..wink*

jeBateja said...

Uikk...best lah...ini yg mcm nak naik pelamin lagik ni....ahakz

Nisah Idham said...

baca entri awak ni teringat pulak akak pada kisah 5 tahun yg lepas.. ade jugak pengalaman pahitnye . bile, make up akak sebijik mcm tepung komak.. nak menangis masa tu..

merahitujambu said...

moga di permudahkan..=)

InaAchik said...

selamat pengantin baru...
semoga bahagia sampai syurga. amin... :)

boni kacak said...

testing testing.. komen saya tak masuk ye?

CikNaa said...

wow.. gojes la sambut menantu die :)

Myzatul FarahinSatimin said...

meriahnye majlis dia... hik3... tips2 yg berguna...=)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

purple, i like it :D

Hanida Moss said...

sedihnya baca part-part last. huuu :'(

nadia said...

makkk, grand nyaaa mak kawennn T___T
jelessss. nak kawen lagi sekali ah!

Mimie said...

meriahnye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...