Wednesday, January 16, 2013

Bertandang | Part 2

Assalamualaikum semua rakan blogger

Kita teruskan cerita majlis bertandang di Pulapol, Kuala Lumpur. Bagi yang dah baca part 1 sebelum ni, mesti tau tema kat belah laki warna ungu. Dengan jujur, aku kurang minat dengan warna ungu. Hahaha, sebabnya, bukan warna kegemaran aku. Boleh ? = . ='



Rabun adalah aku. Bila ada majlis-majlis ni, nak pastikan nampak dengan jelas, nyata dan terang, makanya contact lens adalah sangat diperlukan. Tapi, aku rasa, mana-mana bride, ramai dah jadikan lens sebagai trend bila majlis kahwin. Ada dua warna yang aku guna masa majlis kahwin aku ni. Masa tunang dan nikah, aku guna warna coklat sebab nak nampak natural. Dan masa bersanding dua-dua belah pula, aku guna warna kelabu. Kenapa ? Sebab warna tue paling cantik dan sesuai untuk solekan perkahwinan. Mana aku tahu ? Based on survey dan juga MUA aku bagi pendapat. And, it's work !

Tip 1 untuk B2B
Boleh usya-usya gambar pengantin yang berlambak kat internet ni untuk pilih apa je yang sesuai digunakan pada hari persandingan. Bukan apa, kadang apa yang kita pilih tak berapa nak sesuai. So, sila buat banyak rujukan.


Siap je pengantin, kami terus rush ke dewan. Cuaca sangat baik. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Cuma kaki aku melecet sebab pakai kasut bertutup. Err, sakit sangat !

Tip 2 untuk B2B
Kasut adalah elemen yang penting masa hari persandingan. Cantik sahaja tak cukup, yang penting selesa. Kalau mampu dan ada banyak masa, boleh je beli kasut sendiri untuk keselesaan.


Di atas pelamin, kami disajikan dengan persembahan pencak silat pengantin dan juga tarian. Okay, tarian ni ada berapa kali entah, aku pun tak ingat sebabnya, masa makan pun ada persembahan tarian, masa jalan-jalan jumpa tetamu pun ada persembahan tarian juga. Layankan saja.



Bab paling menyayat hati dan touching adalah masa merenjis. Aku tak tahu kenapa air mata mengalir tak henti-henti sampaikan member aku yang jadi pengapit cakap,

"yang kau nangis ni kenapa ? Nie majlis perkahwinan, bukannya pengkebumian !"

Sengal tau ! Lepas je dia cakap macam tu, boleh pula kitaorang gelak-gelak atas pelamin tu. Hahaha.



Tip untuk B2B
Silalah pilih rakan yang paling anda senang dan mampu membantu anda di atas pelamin sebagai pengapit. Kenapa ? Sebab, anda pasti perlukan sokongan moral pengapit anda dalam situasi yang tak terjangka. So, be careful. Jangan tangkap muat, nanti menyesal. Hahaha.

Di sebelah lelaki, baju aku jenis yang common sahaja. Seriously, ketat sangat aku rasa sampaikan aku yang kelaparan, tak dapat nak makan banyak sebab baju. Apakah ? = . =' Aku siap cakap kat encik suami, "abang, ayang lapar sangat, tapi takut baju koyak !". Hahaha.



Part paling best bila kat majlis belah lelaki, encik suami kena paksa menyanyi. Time ni, aku tertanya-tanya, lagu apa yang encik suami akan bawa untuk aku. Perasan ! Hahaha. Tapi, aku tak sempat pun nak touching bagai time encik suami nyanyi sebab kesian tengok encik suami macam susah nak tarik suara. Tapi, nyanyiannya still memukau dengan lagu Puisi Cinta daripada Ilusi.

Suaramu, 
Gemersiknya bak buluh perindu,
Cuba kau lagukan,
Cuba kau dendangkan,
Mengisi di ruang kamarku . . .

Sampai saat ni, masih terngiang kat telinga aku. Bila aku suruh encik suami nyanyi saja-saja, encik suami tak nak. Kenapa entah !


Usai acara, makanya sesi bergambar. Silalah layan gambar ye. Gambar outdoor, next entry. Sekian.








+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

25 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. comelnya awak dengan suami. heee thanks for all the tips. sesuai untuk rujukan B2B kan :)

Mila Ahmad said...

hoi part guna eyemore tu sweet hokeh, kita pakai kaler contact lense yg sama cuma mila pakai kelabu time nikah coklat time sanding.

~ NANA ~ said...

cantik dear! nmpk berseri2 dlm semua pic tu :)

orked violet @ SYA said...

cantek La. though baju biase je tp still nmpk outstanding. sbb pengantin die cantekkk =)

cikpingu said...

best2... ok la mjlis btandang ko.. kherlasss.. hahahaha

ISMA ILYA AHMAD PUAD said...

hihi..
syuweeeeeeeeeeet ^_^

Tukang Karut said...

tengok gambar pun dah tau kemeriahannya...

CikNaa said...

cun laaa.. ciknaa suka purple tp kawen lgsg takde purple :)

Azura said...

cantik la warna purple ni... sweet! not too girlish la macam pink!

boni kacak said...

wah...berseri2 dan meriah majlis perkahwinan awak..hehehe..

sekali pandang, wajah suami awak macam blogger www.shakiddo.com la.hehehe

Amin A. R said...

Purple tu chantek!! :)

nadia said...

makkkk, tak nampak langsunggg macam terpaksa okk :p

KiD said...

waaaaahhh... selamat pengantin baru.. sernok baca kisah.. "jangan nangis atas pelamin'

lawak laa kata2 pengapit.. bikin kita gelak

cik mah said...

tp still nmpak cntik...ala2 ciannyer xdpt mkn....kasut pun maslahkan...tu lah cik mah beli kasut sendiri..sbb takut xselesa....pelamin tu comellah...

LadyBird said...

tahniah.. :)..
ungu memang cantik

p/s : semoga bahagia hingga ke syurga.. ameennn

jeBateja said...

Hik...hik....banyak tul tip berguna...leh buat pedoman utk yg ke 2 ni...ahakz....ahakz.....gurau jerk

cha said...

i tak beli pn lense. pak andam i suruh beli tp i fikir i ni penakut nak masukkan dlm mata so takdenya i beli kang i tak pakai haha so i guna biji mata original jela kaler brown :p

btw u lawaaaaa. gambar happy happy je, tp btul la kata kwn u u nangis knp haha. kalau nangis masa nikah takpe gak huhu :p

Nory Zoulkefle said...

cantekkk za...sweet je ngan cik husbandd....haishhh rinduuu nyer kenangan setahun lebih yg lepasss....best kan naik pelaminn...hehe

GOLD FINGER said...

comeynyaaa

Mimie said...

meriahnye majlis

combi said...

nie ase nk kawen cpt2 nie ;p

nadia said...

nak cakapppp jugakkk lagi. mak tantekkk angattt

Afasz said...

ni ke yg kata ada iras kid tu?

ada sikit la. tp kid versi dah kawin berpa tahun. hehe :D


yg ni badan masih maintain. opssss

sorry gurau je :D

::EIDA:: said...

Cantiknye makkkkkkkkkkkkkkk

LIA AZMAN said...

hehe comel jerrr akak pakai pepel... cute jerrr...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...